[pe.ma.nis] | ڤمانيس
Definisi : 1. sesuatu yg menyebabkan sesuatu yg lain menjadi manis atau bertambah manis (elok, cantik, dll); 2. = ~ muka guna-guna utk memikat hati orang (dgn menjadikan seseorang sentiasa kelihatan manis): diberi makan pula oleh kawannya sekapur sirih ~; mencarikan Ramlah ubat memperelok dan ~ rupa kembali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.ma.nis] | ڤمانيس
Definisi : apa-apa yg menyebabkan sesuatu menjadi manis atau kelihatan manis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)