Maksud perkataan pemantauan | Pemantauan berasal daripada kata 'pantau'yang bermakna memantau, melihat, mengawasi dan mengatur usaha atau tindakan supaya sesuatu (kegiatan, tugas dsb) berjalan lancar: Pihak atasan sentiasa memantau projek penting itu agar terlaksana mengikut jadual. pemantauan perbuatan atau tindakan memantau: Pemantauan terhadap projek penting itu sentiasa dibuat. pemantau 1 orang atau pihak yg memantau: Pasukan pemantau sedang sibuk menjalankan tugas mereka. 2 alat yg digunakan utk memantau: Mesin itu merupakan pemantau degupan jantung. Oleh itu, kata pemantauan bermakna perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau. | Makna | 06.10.2010 |
1.Apakah yang di maksudkan sistem pemantauan dalam kejurulatihan? 2. Kesan negatif dan positif sistem pemantauan dalam kejurulatihan(MENTORING SYSTEM)? | Sistem pemantauan tersebut meliputi pengurusan, penyelarasan, pengawalan ,pelaporan keatas Jurulatih. Kesan positif ialah pelaksanaan nya dapat ditadbir dan diurus dengan baik dan prestasi mereka dapat di tingkatkan. Kesan negatif ketidakselesaan dipihak Jurulatih kerana setiap aktiviti nya sentiasa dipantau. | Lain-lain | 22.08.2007 |
definasi yang lengkap tentang proses pemantauan dan penilaian | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pemantauan berasal daripada kata dasar pantau yang bermaksud 1. menengok, melihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb. Oleh itu, pemantauan bermaksud perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau. Penilaian pula bermaksud perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran. | Istilah | 30.07.2009 |
Apa maksud 'pemantauan"? | Saudara, Perkataan pemantauan bermaksud perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau. Maksud memantau ialah 1. menengok, melihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb: kerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan utk menaikkannya dgn sesuka hati; Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 22.07.2009 |
Adakah Dewan Bahasa sentiasa memantau penggunaan bahasa melayu di dalam akhbar harian samada akhbar perdana atau mingguan. Adakah Dewan Bahasa berhak menegur akhbar ini sekiranya terdapat kesalan bahasa. | Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu di bawah unit pemantauan sentiasa menjalankan pemantauan terhadap kecelaruan penggunaan bahasa Melayu sama ada dalam majalah,akhbar dan sebagainya. Dewan Bahasa telah membuat teguran kepada pengamal media yang berkenaan dalam mewujudkan suasana berbahasa yang baik dan berkesan.Berdasarkan akta Dewan bahasa dan pustaka (pindaan dan perluasan)1995, DBP telah diberi tugas dan tanggungjawab termasuk memberi arahan,ulasan,nasihat,bantuan,bimbingan dan latihan dan pengawasan kepada semua pihak demi mendaulatkan dan memartabatkan bahasa kebangsaan. | Lain-lain | 25.07.2007 |
BIDANG KUASA DBP BAGI PEMANTAUAN PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA,TINDAKAN YANG TELAH DILAKSANAKAN, AKTA-AKTA PENGUNAAN BAHASA MALAYSIA YANG TERDAPAT DI DBP. | DBP sedang membuat pindaan akta untuk mendapatkan kuasa penguatkuasaan dan mengenakan kompaun kepada pihak yang melakukan kesalahan bahasa dalam iklan, penamaan dan dokumen. Untuk makluman tuan, DBP melaksanakan kerja pemantauan penggunaan bahasa Melayu di tempat awam dan membuat teguran kepada pihak yang jelas mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. DBP sedia bekerjasama dalam hal memperkasakan bahasa Melayu, walaupun tanggungjawab memastikan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul di tempat awam ialah di bawah pihak berkuasa tempatan. DBP juga menyediakan Khidmat Nasihat Bahasa sebagai saluran untuk pengguna menanyakan hal-hal kebahasaan. | Lain-lain | 15.06.2010 |
mengapa kesalahan bahasa terlalu banyak kini ? pengunaan frasa yang tidak tepat ? pengunaan bahasa di papan tanda sangat menyedihkan. | Usaha pemantauan memang dilakukan termasuklah surat-surat teguran yang dihantar kepada syarikat atau agensi kerajaan yang melakukan kesalahan dalam apa juga jenis paparan yang ditujukan untuk umum. Selain iklan, pihak DBP juga turut membuat pemantauan tulisan yang diterbitkan melalui majalah, surat khabar dan sebagainya. Untuk pengetahuan puan, DBP sering membantu pihak berkuasa tempatan untuk meluluskan sesuatu iklan yang ingin disiarkan atau yang hendak dinaikkan. Pendeknya setiap iklan yang menggunakan bahasa Melayu sebelum disiarkan hendaklah penggunaan bahasanya diluluskan oleh DBP sebelum lesen kebenaran iklan itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. | Lain-lain | 11.01.2013 |
Adakah ada perkataan "diguna pakai" dalam bahasa Malaysia dan adakah boleh digunakan dalam ayat berikut : Sistem tersebut telah diguna pakai oleh agensi perhutanan untuk tujuan pemantauan perubahan hutan. Terima kasih. | Perkataan yang betul ialah diterima pakai, Sistem tersebut telah diterima pakai oleh agensi perhutanan untuk tujuan pemantauan perubahan hutan. | Tatabahasa | 21.09.2012 |
MAKSUD 'INSPEKTORAT PENGURUSAN' | PEMANTAUAN PENGURUSAN - BIDANG TADBIR URUS | Makna | 26.08.2010 |
Terjemahan untuk "surveillance audit" ialah "audit pengawasan" atau "audit pemantauan"? Untuk makluman, ini berkaitan dengan audit ISO. | Padanan terjemahan bagi "surveillance audit" dalam bahasa Melayu ialah audit pengawasan. | Istilah | 25.10.2013 |