Contoh ayat: Dalam forum itu, ahli panel memfokuskan kepada isu-isu pemartabatan bahasa kebangsaan. Saya dan rakan-rakan biasa menggunakan ayat seperti ini. Mohon penjelasan pihak tuan sama ada ayat ini mengandungi kesilapan bahasa ataupun tidak. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: "Dalam forum itu, ahli panel memfokuskan isu-isu pemartabatan bahasa kebangsaan." memfokuskan bermaksud memberi tumpuan kepada. | Tatabahasa | 25.11.2009 |
apakah peranan BDP dalam memartabatkan bahasa melayu | DBP telah melaksanakan perancangan jangka panjang dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Usaha pemartabatan ini bermula dari peringkat perancangan bahasa, pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa. DBP telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris - Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi. Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahsa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa di kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa. | Lain-lain | 06.01.2009 |
apakan peranan DBP dalam memartabatkan bahasa melayu? | DBP telah melaksanakan perancangan jangka panjang dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Usaha pemartabatan ini bermula dari peringkat perancangan bahasa, pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa. DBP telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris - Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi. Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahsa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa di kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa. | Lain-lain | 06.01.2009 |
Apakah peranan DBP dalam memartabatkan bahasa Malaysia? | DBP telah melaksanakan perancangan jangka panjang dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Usaha pemartabatan ini bermula dari peringkat perancangan bahasa, pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa. DBP telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris - Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi. Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahsa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa di kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa. | Lain-lain | 11.01.2008 |
Peranan Dewan Bahasa dan Pusktaka dalam memartabatkan bahasa melayu | DBP telah melaksanakan perancangan jangka panjang dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Usaha pemartabatan ini bermula dari peringkat perancangan bahasa, pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa. DBP telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris - Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi. Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahasa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa dalam kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa. | Lain-lain | 21.11.2008 |
Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memartabatkan bahasa melayu | DBP telah melaksanakan perancangan jangka panjang dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Usaha pemartabatan ini bermula dari peringkat perancangan bahasa, pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa. DBP telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris - Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi. Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahasa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa dalam kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa. | Lain-lain | 19.11.2008 |
peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memartabatkan bahasa Melayu? | DBP telah melaksanakan perancangan jangka panjang dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Usaha pemartabatan ini bermula dari peringkat perancangan bahasa, pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa. DBP telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris - Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi. Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahsa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa di kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku berkenaan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan berdekatan. | Lain-lain | 07.11.2008 |
Bagaimanakah karya-karya kreatif yang berkualiti dalam bahasa melayu mampu memartabatkan bahasa melayu? | Pemartabatan bahasa Melayu melalui karya kreatif telah bermula pada kurun ke-15. Pada masa itu, karya-karya kreatif klasik seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Raja-Raja Pasai dan lain-lain telah mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa persuratan tinggi di Kepulauan Melayu. Dalam konteks masa kini, karya-karya kreatif sastera seperti puisi, cerpen, novel, pantun, seloka, gurindam, dan lain-lain menjadi wahana bagi menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, penghayatan bahasa Melayu melalui karya kreatif ini secara tidak langsung memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa budaya tinggi. | Lain-lain | 06.05.2010 |
Apakah sumbangan Dewan Bahasa dan pustaka(DBP)? | Soalan tidak jelas. Sekiranya peranan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi memertabatkan bahasa Melayu, DBP telah melaksanakan perancangan jangka. Usaha pemartabatan ini bermula dari peringkat perancangan bahasa, pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa. DBP telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris - Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi. Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahsa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa di kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku berkenaan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan berdekatan. | Lain-lain | 20.08.2010 |
Apakah peranan DBP dalam memartabatkan bahasa dan kesan penggunaan bahasa rojak? | DBP telah melaksanakan pelbagai program bagi memartabatkan bahasa kebangsaan. Pemartabatan bahasa kebangsaan ini merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. Dalam bidang bahasa, DBP melipatgandakan usaha pembinaan dan pengembangan seperti pembinaan istilah pelbagai bidang, penyelidikan kosa kata, penyusunan kamus, pengukuhan dasar bahasa, pemupukan bahasa, pemantauan bahasa, penataran bahasa, penyebaran bahasa dan perkhidmatan bahasa serta penerbitan bahasa. Dalam bidang sastera, program yang dijalankan ialah pengembangan sastera kebangsaan, penerbitan sastera dan komponan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dalam bidang penerbitan pula, DBP menerbitkan buku teks, buku rujukan pelbagai bidang peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti, dan ensiklopedia. Bahasa rojak memberi kesan kepada pengguna bahasa, khususnya dalam pengucapan lisan. Dalam penulisan pula, bahasa rojak banyak banyak digunakan oleh pengirim SMS dan e-mel. DBP telah mengadakan seminar bahasa rojak pada tahun 2007 dan telah membuat resolusi bagi menangani masalah ini. | Lain-lain | 11.01.2008 |