Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.sa.ran] | ڤماسرن

Definisi : perihal atau perbuatan mema­sarkan: rancangan ~ utk pekebun-pekebun kecil; Lembaga P~ Pertanian Persekutuan badan yg membantu (menguruskan dll) pen­jualan hasil-hasil pertanian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.sa.ran] | ڤماسرن

Definisi : perbuatan atau hal memasarkan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasar (kata nama)
Bersinonim dengan pekan, pekan sari, pasar raya, pasar mini, pasar malam, pasar kering, pasar basah, pasar tani, pasar besar, pesara, pasara;,
Kata Terbitan : memasarkan, pasaran, pemasaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana yang betul: a) Pemasaran adalah falsafah b) Pemasaran ialah falsafahPemasaran ialah falsafah.Tatabahasa05.10.2011
apakah yang dimaksudkan dengan "pengaruh iklan dan pemasaran terhadap diet dan pemakanan kanak-kanak" dari segi hurufiah dan konseptual....

Apa yang boleh kami bantu ialah menakrifkan kata demi kata (merujuk Kamus Dewan), iaitu: pengaruh = kuasa yg terbit drpd orang (benda dll) atas orang (benda dll) lain, kekuatan batin (ghaib dll) yg meninggalkan kesan pd orang (lain) dll; iklan = pemberitahuan kpd orang ramai melalui surat khabar, TV, radio, dll; pemasaran = perihal atau perbuatan memperdagangkan; terhadap = berkenaan, mengenai, tentang; diet = 1. makanan dan minuman yg biasanya diambil oleh sesuatu kumpulan, seseorang individu, atau seseekor binatang; 2. jenis dan banyaknya makanan yg ditetapkan utk seseorang atau seseekor binatang utk tujuan tertentu (spt mengawal berat badan dll); pemakanan = 1. jenis-jenis makanan yg lazimnya dimakan atau ditentukan utk dimakan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang dll 2. perbuatan (proses) makan; kanak-kanak =  budak lelaki atau perempuan yg masih kecil (biasanya yg belum berumur lebih drpd 7 atau 8 tahun). Untuk maksud keseluruhan frasa sila rujuk artikel atau buku yang ditulis tentang perkara tersebut.

Makna02.07.2008
boleh kah ayat PEMASARAN PELBAGAI PERINGKAT digunakan pada papan iklan?Jawapan anda adalah betul.Tatabahasa19.12.2007
Salam, Kami di Seksyen Pembangunan Perniagaan & Pemasaran, Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) mempunyai sebuah ruang pameran produk usahawan IKS yang diberi nama Galeri SDSI. Kini, kami ingin menukar nama galeri berkenaan kepada GALERI USAHAWAN atau GALERIA USAHAWAN. Mohon nasihat bagi penggunaan perkataan yang betul GALERI atau GALERIA. Sekian, terima kasih

Sdr. Zalazfian,

Dalam Kamus Dewan hanya terdapat perkataan galeri yang membawa makna bangunan atau bilik tempat mempamerkan sesuatu hasil dan tidak pula terdapat perkataan galeria. Jadi kami mencadangkan perkataan galeri digunakan. GALERI USAHAWAN 

Makna31.05.2010
Apakah terjemah terbaik untuk 'cold call' atau 'cold calling' iaitu istilah yang terdapat dalam pemasaran (mengikut Wikipedia).Untuk makluman, istilah "cold call" atau "cold calling" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila berikan konsep istilah tersebut agar kami dapat mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah13.04.2013
Saya bercadang menulis buku. Saya ingin mengetahui cara-cara dan proses yang diperlukan dalam menulis buku termasuk pemasaran dan royalti.Sila kemukakan cadangan penulisan, berserta sinopsis dan biodata diri kepada Pengarah Penerbitan, Tingkat 19, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Lain-lain06.08.2008
Salam, Apakah terjemahan untuk "crowdsourcing" iaitu istilah yang digunakan dalam laman web yang menawarkan iklan-iklan kerja kepada pekerja bebas (freelancer) secara sumber luar (outsource). Juga, apakah terjemahan untuk istilah "affiliate" yang sering digunakan dalam laman web pemasaran rangkaian (network marketing) dalam talian? "Affiliate" ini merujuk kepada ahli-ahli yang mendaftar kemudian boleh mengiklankan/menjual produk-produk dari laman web pemasaran rangkaian tersebut. Terima kasih.Untuk makluman belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk crowdsourcing. Istilah yang dicadangkan ialah khidmat luar kumpulan. Istilah bahasa Melayu untuk affiliate ialah ahli gabungan.Istilah17.11.2012
1. ADAKAH DBP MASIH MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENERBITAN CARA BIASA(BUKAN MELALUI PORTAL),YANG MELIPUTI ASPEK-ASPEK EDITING(KUALITI KANDUNGAN, BAHASA,FORMAT), PERCETAKAN & PEMASARAN DAN BAGAIMANA MEMPEROLEHI PERKHIDMATAN TERSEBUT?. 2. DARI SEGI PULANGAN KEPADA PENULIS, APAKAH PERBEZAAN DIANTARA KAEDAH BIASA DAN KAEDAH BARU(MELALUI E-KARYAWAN)? 3. APAKAH IMPLIKASINYA APABILA PENULIS MENDAFTAR DALAM E-KARYAWAN?1. DBP masih menyediakan perkhidmatan penerbitan cara biasa. 2. DBP memberi pulangan mengikut kaedah seperti biasa. 3. Tiada implikasi buruk terhadap penulis, tetapi ini merupakan kaedah alternatif untuk mempercepatkan proses penerbitan sesebuah buku.Lain-lain15.08.2007
apakah makna konglomerat? Merujuk Kamus DEwan Edisi Keempat, konglomerat bermakna firma perniagaan yg besar yg terdiri drpd gabungan beberapa syarikat dgn tujuan utk meningkatkan kecekapan melalui fungsi pemasaran, agihan, dan pembelian. 2.batu ~ (Geo) batu yg terdiri drpd pecahan batu atau kerikil yg bergumpalan dgn pasir dan tanah liat. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna15.10.2008
Saya ingin memulakan penulisan buku untuk di pasarkan, tetapi saya tidak mempunyai apa-apa pengalaman menulis. Untuk itu saya ingin meminta khidmat nasihat dari DBP dalam semua aspek penulisan sehinggalah kepada penerbitan dan pemasaran. Mohon penjelasanMohon berurusan dengan Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, DBP kerana bahagian tersebut banyak menyediakan peluang latihan seperti yang diperlukan itu. Lain-lain22.07.2008
123

Kembali ke atas