Maksud Perlesenan, Import, Eksport dan Enterport di dalam perniagaan | Pelesenan ialah urusan memberi lesen atau meluluskan lesen; import ialah pemasukan barang-barang dari luar negara; eksport ialah penghantaran barang-barang atau perkhidmatan ke luar negara; entrepot ialah pusat perdagangan, biasanya pelabuhan yang mengendalikan urusan import dan eksport semula barang-barang. | Makna | 27.02.2008 |
Adakah penggunaan istilah mesin ATM betul ? kerana dalam ATM itu sendiri sudah ada perkataan machine | Penggunaan bagi istilah ATM (Automated Teller Machine) ialah Mesin ATM. ATM ialah mesin yang membolehkan urusan perbankan seperti pengeluaran dan pemasukan wang, kemasukan cek dan pertanyaan baki dibuat melaluinya tanpa perlu ke kaunter (Kamus Dewan Perdana) | Lain-lain | 27.07.2022 |
dalam KBSR digunakan perkataan 'penyerapan nilai' manakala dalam KSSR menggunakan 'penerapan nilai'. kedua-dua perkataan tersebut merujuk kaedah pengajaran. Adakah penerapan dan penyerapan membawa maksud yang sama dalam konteks pengajaran? | Kamus Dewan mentakrifkan penyerapan sebagai proses (perbuatan dan sebagainya) menyerap, penghisapan melalui liang-liang kecil; pengambilan dan pemasukan ke dalam (sesuatu sistem, fikiran), penerimaan (dan penyebatian). Penerapan pula ialah perihal (perbuatan dan sebagainya) menerap atau memasang (enjin dan lain-lain), pemasangan (enjin dan lain-lain); perihal (perbuatan dan sebagainya) menerapkan (mengenakan pada, menyerapkan, dan sebagainya), perbuatan mempraktikkan. Berdasarkan takrifan, penerapan dan penyerapan membawa maksud yang sama dalam pengajaran. | Tatabahasa | 10.04.2013 |
Dalam dialek Negeri Sembilan, perkataan bondar merujuk kepada kawasan tepi tali air di kawasan sawah. Oleh itu, saya mencadangkan agar perkataan bondar ini didaftarkan dalam kamus dewan sekiranya tiada lagi wujud perkataan tersebut dalam daftar kamus dewan. | 1. Kata dialek Negeri Sembilan bondar masih belum terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). Sidang editor akan mempertimbangkan cadangan pemasukan kata ini. 2. Dalam bahasa baku, kata bandar yang membawa makna yang hampir sama dengan kata bondar tersebut telah dirakamkan dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 196). Makna bandar tersebut diperturunkan seperti yang berikut: bandar2 n bandar air; bandar air saluran air yg agak kecil di kawasan sawah utk mengalirkan air ke dalam atau ke luar petak sawah; tali air; bandar sampah parit tempat membuang sampah; upah lalu bandar tak masuk prb tidak sedikit pun mendatangkan hasil; membandarkan kt [psf: dibandarkan, bandarkan] mengalirkan (air) ke sst tempat; membandarkan air ke bukit prb melakukan pekerjaan yg sia-sia; bandaran n bandar air: Bandaran sawah itu sudah ditutup. | Lain-lain | 25.08.2022 |
Assalam. Maaf, saya ingin komen tentang info unsur kimia pada ketumpatan dalam Kamus Dewan Perdana. Rasanya semua salah unsur kimia mengenai ketumpatan, contohnya Litium ketumpatannya 0.53 kg/m3, sepatutnya 0.53 g/cm3 atau 530 kg/m3. | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Maklumat tentang ketumpatan unsur kimia ialah salah satu maklumat tambahan yang dimasukkan ke dalam Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020). Usaha ini merupakan langkah awal pemasukan maklumat sains ke dalam penyusunan entri bagi kamus umum terbitan DBP. Selepas disemak, tidak semua ketumpatan unsur kimia itu salah, misalnya hidrogen dan helium (dalam kg/m3). Pihak kami akan membetulkan ralat bagi ketumpatan unsur kimia yang terkhilaf (dalam bacaannya kg/m3) dalam penerbitan KDP edisi seterusnya. Keprihatinan tuan adalah sangat kami hargai. | Lain-lain | 24.07.2021 |
Salam Saya mencari makna 'klik' dalam PRPM. Namun makna 1 seperti yang ada dalam Kamus Dewan Edisi 4 (sekumpulan rakan yg bersekutu...) tidak ada. Adakah ini bermaksud makna 1 ini telah digugurkan atau hanya satu kesilapan teknikal? | Untuk makluman, data yang paling tepat ialah data yang terkandung dalam edisi bercetak iaitu Kamus Dewan Edisi Keempat. Kehilangan makna KLIK 1, mungkin disebabkan kesilapan teknikal ketika pemasukan data. | Makna | 01.03.2019 |
Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 796), kata 'ianya' dimasukkan/dirakamkan kerana kata ini hadir dalam penggunaan masyarakat penutur bahasa Melayu, khususnya dalam karya-karya klasik. Sila lihat contoh penggunaan kata 'ianya' yang diberikan dalam kamus ini. Bandingkan juga contoh penggunaan bagi kata 'ia'. Dalam kamus dewan perdana, contoh "ianya" juga merangkumi penggunaan ayat moden yang menyatakan itu ialah kata ganti diri bukan manusia walaupun sudah terang-terangan pakar bahasa menyatakan ianya ialah betuk bahasa yang salah, mohon pencerahan. Menteri itu mencadangkan ianya diseragamkan dengan kaedah penilaian barangan import. | 1. Pemasukan kata ianya berserta takrif dan contoh perkataan adalah bertujuan perakaman penggunaan kata tersebut. 2.Tatabahasa Dewan (DBP, 2008: 104) tidak menyenaraikan ianya sebagai kata ganti nama diri orang ketiga. Namun buku ini menyatakan kata ganti nama diri orang ketiga -nya boleh juga berfungsi sebagai penekan dan pembenda. 3. Nahu Melayu Mutakhir (DBP, 2009:91) menyatakan bahawa ianya merupakan ganti nama diri bukan manusia (kata nama abstrak) yang digunakan dalam teks-teks lama. Menurut buku ini lagi, kata ianya muncul semula dalam tahun 1960-an. 4. Analisis korpus terkini mendapati bahawa penggunaan kata ianya terdapat dalam teks moden yang ilmiah walaupun pengajaran di sekolah telah menyatakan bentuk ini adalah salah. Hasil analisis mendapati bahawa makna bagi kata ianya adalah seperti yang terkandung dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:796). | Makna | 26.08.2022 |
Berdasarkan soalan yang diajukan pada 22/02 dan jawapan yang diberi pada 26/02, saya percaya terdapat salah faham kerana saya maksudkan perkataan 'nepotism' (ejaan Inggeris), bukan 'nepotisme' seperti dalam jawapan saudara/i berikan. Sila rujuk link: http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=nepotism dan mungkin juga gambar yang saya lampirkan bersama dalam pertanyaan lepas. Terima kasih. | Perkataan nepotism dalam naskhah bercetak Kamus Inggeris Melayu Dewan bermaksud pilih keluarga, nepotisme manakala perkataan Neptune ialah Neptun. Terdapat kesilapan pemasukan data dari naskhah bercetak ke http://prpm.dbp.gov.my. | Makna | 27.02.2018 |
Terlebih dahulu saya pohon maaf jika mengganggu pihak tuan. Saya adalah penulis buku yang berjudul Tina Dengan Ratu Semut. Saya ingin bertanya kepada pihak tuan tentang status buku Tina Dengan Ratu Semut di mana apabila saya membuat semakan dalam sistem Pejabat Maya DBP saya mendapati nama penulis telah ditukar kepada Puan Ros Azirai Binti Muhammad. Justeru saya ingin bertanya adakah terdapat sebarang perubahan kerana setakat hari ini saya tidak mendapat apa-apa berita mengenainya. Untuk makluman pihak tuan saya telah menandatangani kontrak pernerbitan dengan pihak tuan. Saya sangat berharap agar mendapat maklum balas secepat mungkin daripada pihak tuan. | Wksalam Puan Normie. Pihak kami ambil maklum tentang perkara ini. Untuk makluman puan, hal yang demikian berlaku atas kesilapan teknikal (dari segi pemasukan data penulis/manuskrip). Bahagian Sistem Maklumat DBP telah pun membuat pembetulan dan pihak kami memohon maaf atas kesilapan tersebut. Dari segi status, manuskrip ini telah diserahkan ke Bahagian Pengeluaran untuk urusan pracetak dan percetakan pada awal tahun ini. Sebarang perkembangan tentang manuskrip ini, sila hubungi editor Pn. Azihani di talian 03-21479293 atau melalui e-mel azihani@dbp.gov.my Terima kasih. Ketua Editor (BKR) | Lain-lain | 20.06.2016 |