Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.ca] | ڤمباچ

Definisi : orang yg membaca: majalah ini banyak mempunyai ~nya; ~ pruf orang yg tugasnya membaca (meneliti) pruf dan membetulkan kesilapan yg didapati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ba.ca] | ڤمباچ

Definisi : orang yg membaca: Saya ingin menjadi ~ berita di radio (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembaca


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dengan hormatnya saya ingin membuat pertanyaan kepada pihak DBP (sebagai pemegang hak cipta buku ini) tentang penterjemahan buku "Saya Dari Hujung Kota" oleh Sasterawan Negara Noordin Hassan ke dalam bahasa Inggeris. Sebabnya adalah kerana saya berniat bahawa buku yang asalnya ditulis dalam Bahasa Malaysia ini harus dipamerkan kepada pihak pembaca-pembaca antarabangsa / dunia sebagai satu contoh keindahan kesasteraan dan budaya Melayu. Dengan hormatnya saya melampirkan fail contoh penterjemahan saya untuk pertimbangan Tuan/Puan dan saya berharap mendapat balasan dari pihak Tuan/Puan tentang cadangan saya ini. Sekian, terimakasih.Berhubung dengan pertanyaan tuan, kami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan Bahagian Harta Intelek DBP. Tuan boleh menghubungi ketuanya, Puan Hajah Kamariah Yusof, melalui talian 03-21479000 atau e-mel kamari2@dbp.gov.my.Lain-lain15.04.2015
Pembaca berita RTM sekitar jam 8 pagi 26 Mei 2025 telah menyebut "justeru itu". Saya percaya penggunaan "justeru" beliau adalah salah. Apa yang boleh saya buat?

Terima kasih atas keprihatinan tuan/puan dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Sila kemukakan semula soalan tuan/puan melalui domain Khidmat Nasihat Bahasa https://kndbp.dbp.gov.my/SoalJawab/nb_soal_jawab.aspx?LogAction=True dan pilih Aduan Bahasa.

Lain-lain26.05.2025
Pembaca berita RTM menyebut RM20.00 begini: Ringgit Malaysia dua puluh ringgit. Bukankah sebutan yang tepat ialah dua puluh ringgit (tanpa Ringgit Malaysia)? Hal ini sama seperti kita menyebut dua puluh bath, dua puluh rupiah dan dua puluh rial. Mohon penjelasan.

Dalam penulisan, yang betul ialah  ( Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ringgit Sahaja) tetapi dalam pertuturan, lazimnya disebut  dua puluh ringgit. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bank Negara  Malaysia atau Kementerian Kewangan.

Lain-lain19.09.2009
apakah perbezaan dalam penggunaan 'bagi' dan 'untuk' dalam ayat? - "kitab ini amat berfaedah bagi pembaca" dan "kitab ini amat berfaedah untuk pembaca"."kitab ini amat berfaedah bagi pembaca

"kitab ini amat berfaedah untuk pembaca". 
Kedua-dua ayat di atas betul penggunaan kata sendi nama.

Kata sendi nama 'untuk' dan 'bagi' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut:

i. menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaannya yang demikian,kata sendi nama 'untuk' dapat bervariasi dengan kata sendi nama 'bagi'.  Contohnya : Asrama untuk/bagi penuntut Sabah sedang dibina.

ii. menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, 'untuk' tidak boleh bertukar dengan 'bagi'. Contohnya: hadiah itu untukmu bukan Hadiah itu bagimu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 276.

Tatabahasa05.10.2012
Siapakah pembaca sasaran bagi terjemahan novel Salina (karya A.Samad Said) yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Harry Aveling & Hawa Abdulllah?Karya Sasterawan Negara ialah karya besar dan pembacanya terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Penterjemahan novel karya Sasterawan Negara seperti SN Usman Awang dibuat bagi memenuhi kehendak kelompok tertentu seperti golongan elit yang mencintai karya sastera.Lain-lain03.12.2015
Topi berfikir : Pembaca membayangkan apabila mereka memakai topi berfikir, mereka mesti boleh berfikir. Soalan saya, sekiranya dalam ayat, bagaimanakah cara penulisan 'topi berfikir' itu. a) Saya suka kaedah menggunakan enam 'topi berfikir'. b) Saya suka kaedah menggunakan enam topi berfikir. c) Saya suka kaedah menggunakan enam 'Topi Berfikir.' D) Saya suka kaedah menggunakan enam Topi berfikir.Saya suka kaedah menggunakan enam "Topi Berfikir".Ejaan10.10.2011
Saya merupakan pembaca setia novel lama 'Badan Bertuah' tulisan Ismail Salleh atau nama penanya Ismail Alfalah. Buku terbitan DBP, Kuala Lumpur, Siri Sastera DBP Bil.128. Novel ini merupakan pemenang peraduan novel 10 tahun kemerdekaan Malaysia. Saya amat tertarik dengan daya pemikiran, kebijaksaan dan wawasan penulisnya Ismail Salleh yang digambarkan melalui watak-watak utamanya.Novel ini memaparkan kisah sejarah Tanah Melayu dari zaman penjajahan Inggeris, Jepun, Gerila Komunis, kembali ke Inggeris dan pemerintahan anak bangsa sendiri. Saya mohon bantuan DBP untuk mendapatkan biografi terkini penulis Ismail Salleh. Alamat dan emailnya sekali agar saya dapat berhubungan atau berjumpa dengannya untuk bertukar-tukar pendapat. Ikhlas sebagai menghargai pemikiran luasnya, kebijaksanaannya dan karyanya. Bantuan DBP amat saya hargai dan menanti dengan penuh harapan. Terima Kaseh.

 

Alamat :

485, Kampung Banggol Kiri, 24000, Kemaman, Terengganu.

Saudara boleh melihat keseluruhan biografi dalam buku Biografi Penulis Wajah edisi ke 3 terbitan DBP. atau hubungi Persatuan Penulis Terengganu (PELITA) atau SUK Negeri Terengganu kerana beliau pernah menjadi ADUN Kawasan BUkit BAndi pada tahun 1986 

Lain-lain17.03.2008
Kebanyakan penutur BM, termasuk pembaca berita sering tersilap menggunakan kata UNTUK bagi menggantikan perkataan SELAMA; Contoh Kursus itu diadakan untuk dua minggu, sedangkan sepatutnya; Kursus itu diadakan selama dua hari. Dalam hal ini, saya sering tertanya-tanya, adalah para pembaca berita ini bercakap secara spontan atau ada skrip. Satu lagi stesen radio sering menggunakan kata kerja yang tak gramatis kerana tidak membubuh imbuhan me...i, me.....kan. Apakah pandangan pihah DBP dalam hal ini?Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pembaca berita membacakan berita berpandukan skrip yang disediakan. Sepatutnya berita tersebut dihasilkan dalam bahasa yang betul dan disampaikan dengan bahasa dan cara yang betul termasuklah dari aspek sebutan dan jeda antara satu berita dengan berita yang lain. Tatabahasa10.04.2012
Assalamualaikum, Yang manakah yang betul? Adab pembaca al-Quran atau adab membaca al-Quran? Terima kasih.Kedua-duanya betul. Sama ada mahu menerangkan kata nama (pembaca) atau kata kerja (membaca).Makna30.05.2019
Askum. boleh saya menghantar karya novel saya ke dewan bahasa dan pustaka. terima kasih.Saudara, saya tidak pasti siapakah sasaran pembaca novel saudara itu. Jika ia untuk pembaca remaja, saudara boleh menghantar kepada Ketua Editor Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Dewan bahasa dan Pustaka, atau di alamat e-mel arshad@dbp.gov.my. Jika untuk pembaca dewasa, sila hantar kepada Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka atau di alamat e-mel norimah@dbp.gov.my. Manuskrip saudara itu akan kami nilai kesesuaiannya terlebih dahulu sebelum dapat diterbitkan. Terima kasih. Lain-lain11.10.2010
12345678910...

Kembali ke atas