Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.ka.ran] | ڤمباکرن

Definisi : 1. perihal (perbuatan dsb) membakar: ~ mayat; 2. ark tempat membakar: ~ kapur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ba.ka.ran] | ڤمباکرن

Definisi : cara atau perbuatan membakar: ~ mayat dilakukan oleh orang-orang yg beragama Hindu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembakaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Pembakaran terbuka membawa banyak kesan negatif terhadap alam sekitar." atau "Pembakaran terbuka banyak membawa kesan negatif terhadap alam sekitar." Antara yang berikut, yang manakah betul dan mengapa jawapan tersebut betul?Ayat yang betul ialah 'Pembakaran terbuka membawa banyak kesan negatif terhadap alam sekitar.' Kata bilangan banyak menjadi penerang pada frasa nama kesan dan hadir sebelum frasa tersebut.Tatabahasa22.01.2011
Tuan, sestengah upacara pengebumian (mayat) dilakukan dengan pembakaran mayat. Apakah istilah yang sesuai untuk cara pembakaran?

Encik Wong terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Setakat yang kami ketahui inilah istilah yang diguna pakai dalam upucara pengkebumian mayat. Terima kasih

Istilah13.05.2009
apakah kesalahan dalam ayat ini? orang ramai yang melakukan kebakaran secara terbuka akan didenda oleh pihak berkuasa.Ayat yang gramatis ialah "orang ramai yang melakukan pembakaran secara terbuka akan didenda oleh pihak berkuasa".Tatabahasa14.09.2012
Hi, apakan terjemahan "tub file" yang sebenarnya? Saya mendapati bahawa "tub file" ialah "fail tub", manakala "bath tub curve" ialah lengkung tab mandi. Kan baik jika adanya setakat ketekalan dengan istilah-istilah lain seperti "tab mandi", "kebuk pembakaran tab mandi", " tab luar", dan sebagainya. Bolehkah "fail tub" ditukarkan menjadi "fail tab"?Mengikut istilah komputer, "tub file" ialah "fail tub".Istilah03.08.2007

Kembali ke atas