Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.kuan] | ڤمباکوان

Definisi : usaha (tindakan, proses) membakukan (menstandardkan): kecekapan sistem ini dapat mempercepat proses pembinaan dan ~ bahasa; ~ ejaan dan sebutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ba.kuan] | ڤمباکوان

Definisi : proses atau perbuatan membakukan: Kecekapan sistem ini dpt mempercepat proses pembinaan dan ~ bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembakuan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin bertanya tentang pembakuan bahasa melayuPembakuan bahasa Melayu bermaksud sistem bahasa yang digunakan seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan.Makna25.08.2006
Terangkan secara terperinci mengenai konsep dan ciri-ciri pembakuan bahasa?Konsep pembakuan bahasa dapat difahami sebagai usaha, tindakan, atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran. Usaha, atau proses tersebut ialah penetapan kod dan norma bahasa baik ejaan, istilah, tatabahasa, sebutan juga laras bahasa. Untuk lebih mendalami lagi rujuk buku Awang Sariyan - Bahasa Melayu Baku dan Perancangan Bahasa, dan Warna & Suasana Perancangan Bahasa Melayu di MalaysiaLain-lain06.09.2006
USAHA-USAHA PEMBAKUAN BAHASA MELAYU

Konsep pembakuan bahasa dapat difahami sebagai usaha, tindakan, atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran. Usaha, atau proses tersebut ialah penetapan kod dan norma bahasa baik ejaan, istilah, tatabahasa, sebutan juga laras bahasa. Untuk lebih mendalami lagi rujuk buku Awang Sariyan - Bahasa Melayu Baku dan Perancangan Bahasa, dan Warna & Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia.

Lain-lain24.06.2010
saya ingin tahu proses dan aspek -aspek penting dalam pembakuan bahasa melayu.sekian terima kasih.Pembakuan bahasa Melayu bermaksud proses penyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Anda bolehlah merujuk buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP,1988, Daftar Umum Sebutan Bahasa Melayu, DBP, 1991 dan Pedoman Sebutan BAku Bahasa Melayu, DBP,1994.Makna26.12.2006
saya ingin tahu proses dan aspek -aspek penting dalam pembakuan bahasa melayu.sekian terima kasih.Pembakuan bahasa Melayu bermaksud proses penyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Anda bolehlah merujuk buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP,1988, Daftar Umum Sebutan Bahasa Melayu, DBP, 1991 dan Pedoman Sebutan BAku Bahasa Melayu, DBP,1994.Lain-lain26.12.2006
Saya memerlukan pendapat tentang kerancuan bahasa dan kesannya terhadap pembakuan bahasa Melayu.Kerancuan bahasa Melayu amat ketara dalam pertuturan harian, iklan dan SMS. Rancu bermaksud tidak teratur, campur aduk dan kacau. Ini bermakna bahasa Melayu digunakan secara tidak teratur dan  bercampur aduk dengan bahasa asing. Aspek yang dikesan ialah dari segi tatabahasa, ejaan dan diksi. Keadaan ini akan menyebabkan pembakuan bahasa Melayu mengalami cabaran kerana pengguna tidak menggunakan bahasa baku atau bahasa standard yang telah diterima pakai dalam konteks akademik dan profesioanal.Lain-lain10.01.2008
Boleh berikan bagaimana sejarah pembakuan bahasa Melayu dan juga aspek-aspek pembakuannya secara terperinci.Bahasa baku atau bahasa standard ialah suatu variasi pertuturan yang membayangkan keseragaman dari segi bentuk dan fungsi (Haugen, 1972). Menurut Furgusan (1960:8), salahbsatu ciri bahasa standard ialah bahasa yang telah mengalami standardisasi, iaitu proses pemilihan satu variasi daripada satu bahasa yang diterima  secara meluas. Menurut Harvanek (1964:3 - 16), bahasa standard digunakan dalam hal-hal yang sifatnya akademik, falsafah dan profesional. Menurut Asmah Haji Omar, bahasa standard ialah satu dialek antarabeberapa dialek lain yang dituturkan oleh sesebuah masyarakat bahasa. Za'ba pula menyatakan bahasa baku  menggunakan konsep  gaya bahasa surat. Untuk mendapatkan huraian lanjut, sila rujuk artikel bertajuk Sebutan  Baku dalam Media Massa : Ke Arah Kesempurnaan Bahasa Melayu oleh Ab. Razak Ab. Karim dalam Jurnal Dewan Bahasa, keluaran bulan Ogos 1994, halaman 734 - 747.  Makna09.01.2008
apakah kesan kecelaruan bahasa terhadap pembakuan bahasa? apakah yang dimaksudkan dengan kecelaruan, dan contoh.Menurut Kamus Dewan, kecelaruan bermaksud perihal bercelaru (bkn keadaan, fikiran, dll atau keadaan kacau-bilau). Bagi membantu saudara mencari apakah kesan kecelaruan bahasa ini, saudara boleh membuat rujukan pada majalah-majalah atau buku terbitan Dewan Bahasa dan pustaka.Makna01.08.2007
sejarah bahasa baku di malaysia dan aspek pembakuannyaBahasa baku merangkumi aspek ejaan, tatabahasa, perbendaharaan kata, laras bahasa, istilah dan sebutan baku. Pembakuan bahasa bermula dengan penyeragaman sistem ejaan bahasa Melayu.Lain-lain23.01.2007
Bahasa Melayu Baku. trangkan n cth???BM baku ialah bahasa Melayu yg sempurna dari segi penggunaan aspek bahasanya, iaitu ejaan, tatabahasa, istilah, laras bahasa, sebutan dan penggunaan kata. Perancangan pembakuan sebutan baku bahasa Melayu menjadi salah satu objektif DBP, iaitu sebagaimana yang termaktub dlm Akta Dewan Bahasa. Untuk maklumat lanjut, saudari boleh merujuk buku i. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, ii. Daftar Umum Sebutan Bahasa Baku Bahasa Melayu, iii. Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu. Buku-buku ini ialah terbitan DBP.Lain-lain24.06.2011
12

Kembali ke atas