Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembandaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum DBP. Saya ingin bertanya apakah perkataan bahasa melayu yang sesuai bagi 'diffuse urbanisation' yang sering digunakan di dalam rujukan/buku/artikel dalam bahasa melayu. Adakah 'pembandaran berbaur' merupakan perkataan yang tepat untuk digantikan? Namun saya gagal menjumpai sebarang term 'pembandaran berbaur' digunakan di dalam penulisan berbahasa melayu. Atau adakah 'pembandaran bersebar' lebih sesuai? Mohon pencerahan. Terima kasih.Diffused diterjemahkan kepada berbaur, berselerak dan tersebar. Ada tiga konsep yang perlu dikenal pasti dalam perkataan ini, iaitu berbaur, berselerak dan tersebar, namun tersebar lazimnya dikaitkan dengan sesuatu yang abstrak seperti berita tersebar. Oleh itu, konsep diffused dalam istilah diffused urbanization hendaklah dikenal pasti terlebih dahulu, sama ada berbaur atau berselerak. Kami mencadangkan terjemahan pembandaran berbaur digunakan sekiranya sesuai dengan konsepnya.Penyemakan dan penterjemahan12.06.2019
visual papan iklan untuk majlis pembandaran iskandar putri yang disahkan oleh DBP.
Untuk permohonan pengesahan bahasa dalam talian (online), sila layari laman web dbpsahbahasa.my 
kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan visual iklan/papan premis perniagaan anda. 

Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran pendaftaran permohonan sebanyak RM10 untuk iklan papan premis/kain rentang/gegantung/poster/notis makluman/pelabelan/badan kenderaan dan RM30 untuk papan iklan luar/iklan tiang/iklan elektronik/digital. Proses pengesahan iklan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari waktu bekerja.

Sila rujuk panduan pengguna untuk maklumat lanjut.
Lain-lain18.05.2020
di mana saya boleh dapatkan surat kelulusan dewan bahasa dan pustaka.ini berkaitan pendaftaran lesen majlis pembandaranSalam sejahtera,

Tuan,
Sila layari laman web DBP Sah Bahasa melalui http://dbpsahbahasa.my/ untuk kelulusan bahasa dalam paparan iklan.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain20.02.2019
konsep urbanisasi dan perkembangan bandarUrbanisasi ialah proses, usaha dan sebagainya untuk menjadikan sesuatu keadaan atau kawasan bersifat bandar; pembandaran. Perkembangan bandar bermaksud perihal bandar yang berkembang, pertumbuhan atau kemajuan.Makna11.08.2008

Kembali ke atas