pohon DBP beri pengesahan sama ada "sustainable development" diterjemahkan sebagai "pembangunan mapan" atau "pembangunan mampan". dengan memberikan contoh tertentu, apakah perbezaan antara "mapan" dan "mampan". TK | Yang betul ialah pembangunan mampan, iaitu pembangunan yang mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik. | Makna | 12.06.2008 |
APAKAH PERBEZAAN MAKSUD ANTARA PERKATAAN MAMPAN DAN MAPAN? YANG MANA SATU DIGUNAKAN UNTUK KONTEKS PEMBANGUNAN (SUSTAINABLE DEVELOPMENT)? PEMBANGUNAN MAMPAN? ATAU PEMBANGUNAN MAPAN? | Mampan bermaksud mampu meneruskan kewujudan atau mampu menghadapi dugaan dan bahasa Inggerisnya ialah sustainable, manakala mapan bermaksud mantap, tidak berubah-ubah atau sudah kukuh atau teguh (bahasa Inggerisnya established). Oleh itu sustainable development ialah pembangunan mampan. | Makna | 08.10.2009 |
1. pembangunan mapan atau pembangunan mampan ? 2. penulis mapan atau penulis mampan ? 3. ekonomi mapan atau ekonomi mampan ? | Perkataan mapan bermaksud tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum atau mantap. Mampan bermaksud mampu terus berkembang dan mencapai tahap prestasi yang baik (berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya). Oleh itu: 1. pembangunan mampan, 2. penulis mapan, 3. ekonomi mampan. | Makna | 05.09.2010 |
apa itu pembangunan lestari? | lestari-tetap spt sediakala (ttg keadaan sesuatu); tidak berubah. melestarikan membiarkan atau memelihara sesuatu supaya kekal spt sediakala (bkn hutan rimba dsb). pembangunan lestari=pembangunan tidak berubah... | Tatabahasa | 25.07.2012 |
Luxury mixed development -Kepelbagaian pembangunan mewah Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living -Pembangunan kontemporari Iskandar Puteri Your preferred waterfront address -Pembangunan pilihan anda Freehold -Milikan bebas An evergreen sanctuary -Pembangunan malar hijau Nature inspired park living -kehidupan inspirasi alam semula jadi Exclusive gated and guarded living -Kehidupan eksklusif berpagar | Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: Luxury mixed development - Pembangunan becampur yang mewah Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living - Pembangunan Persisiran Kontemporari Iskandar Puteri Your preferred waterfront address - Kediaman persisiran pilihan anda Freehold - Pegangan kekal An evergreen sanctuary - Kawasan malar hijau atau Taman malar hijau Nature inspired park living - Kehidupan berkonsepkan alam semula jadi Exclusive gated and guarded living - Kediaman eksklusif yang berpagar dan berpengawal | Penyemakan dan penterjemahan | 03.11.2016 |
Mohon penjelasan. sustainable development=pembangunan lestari atau pembangunan mampan? Terima kasih. | Padanan sustainable development dalam bahasa Melayu ialah pembangunan mampan. | Istilah | 13.09.2018 |
apa itu pembangunan lestari? | Lestari bermaksud kekal atau tidak berubah-ubah. Oleh itu pembangunan lestari bermaksud pembangunan kekal. | Makna | 11.06.2012 |
Salam, Apakah terjemahan "sustainable development" dalam Bahasa Melayu? Pembangunan mampan atau pembangunan mapan? | Padanan sustainable development dalam bahasa Melayu ialah pembangunan mampan. | Tatabahasa | 07.09.2012 |
Pembangunan di kawasan tersebut begitu pesat sekali sejak akhir-akhir ini. Apakah kesalahan dalam ayat ini? | Tiada kesalahan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 04.08.2013 |
APAKAH MAKNA PEMIKIRAN ISLAM DARI SUDUT PEMBANGUNAN NEGARA? APAKAH MAKNA PEMBANGUNAN MODAL INSAN ? KENAPA DIKATAKAN GLOBALISASI MAMPU MENGHAKIS JATI DIRI GENERASI MUDA? | Kami mohon maaf kerana tidak dapat memberikan maklum balas terhadap pertanyaan sdr. Hal ini kerana pertanyaan sdr tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Dewan yang meliputi : Khidmat Nasihat Bahasa membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu. - Ejaan Rumi dan Jawi
- Perkataan dan istilah
- Penyemakan bahasa
Khidmat Nasihat Sastera membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang berikut: - Pertanyaan aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara
- Pertanyaan bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan
- Pertanyaan sastera kanak-kanak dan remaja
- Carian pantun dan biodata penulis/penyair
- Penyemakan bahasa Melayu klasik
Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat yang meliputi: - Peluang penerbitan
- Panduan penulisan buku
- Hak cipta dan royalti.
- Penyediaan manuskrip.
- Proses penerbitan.
Khidmat Nasihat Korporat menyediakan perkhidmatan yang meliputi - Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP.
- Pertanyaan berkaitan perkhidmatan DBP.
- Penglibatan masyarakat dengan aktiviti DBP
Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun, dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Selain itu juga, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba. | Lain-lain | 23.07.2010 |