Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ban.te.ra.san] | ڤمبنترسن

Definisi : perihal atau perbuatan membanteras, pembasmian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembanterasan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Baru-baru ini Kerajaan telah mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pertanyaan saya adalah sama ada penggunaan perkataan "Pencegahan" atau "Anti" atau " Pembanterasan" yang lebih sesuai digunakan memandangkan ada yang berpandangan perkataan "Pencegahan" tidak menggambarkan elemen penguatkuatkuasaan (kurang keras) berbanding perkataan "Anti" atau "Pembanterasan". Pohon juga pandangan pihak tuan sekiranya terdapat perkataan lain yang lebih bersesuaian. Sekian, terima kasih.Perkataan cegah bermaksud tegah, halang. Pencegahan bermaksud perihal(perbuatan dsb.)mencegah, penegahan, penolakan, pengawalan(pengawasan). Anti bermaksud tidak suka,, awalan asing yang bermaksud tidak menyetujui, melawan, membantah, menentang. Banteras bermaksud membasmi, menghapuskan, memerangi. Perkataan lain yang membawa maksud yang sama ialah menjauhkan, mengelakkan, menyekat, mengekang. Kami percaya pihak yang memilih perkataan pencegahan untuk menamai Suruhanjaya tersebut telah pun meneliti dan mengkaji semua perkataan yang sedia ada  secara terperinci.       Makna10.06.2008
Apakah maksud peluncuran? Saya cari kat dewan bahasa pustaka official website xda maksud diterangkan dengan terperinci tapi digunakan di dalam pelancaran sesuatu majlis. TQAssalamualaikum wbt,

Perkataan peluncuran mempunyai maksud yang sama dengan pelancaran, iaitu hal atau perbuatan memperkenalkan produk atau program. Perkataan peluncuran dalam konteks ini semakin banyak digunakan oleh pengguna bahasa Melayu sebagai variasi bagi kata pelancaran. Dalam erti kata lain, perkataan peluncuran mengalami peluasan makna. Disertakan beberapa contoh penggunaan kata peluncuran yang dipetik daripada Korpus DBP dan Google:

Selepas majlis peluncuran dibuat, acara diskusi buku akan diadakan dan disusuli dengan slot baca cerpen. 
Penerbit bercadang untuk membuat peluncuran. Namun begitu, peluncuran itu akan dibuat secara dalam talian kerana negara dilanda oleh pandemik COVID-19.
Yang Dipertua Dewan Rakyat menghadiri majlis peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) ...
Sesi lawatan ini dimulakan dengan perasmian Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Jabatan Audit Negara, Negeri Selangor.



Sekian. Terima kasih.

Istilah22.11.2024

Kembali ke atas