Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pembantu kpd seseorang (pegawai) yg tertentu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
khas (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan khusus, istimewa, tertentu;,
Kata Terbitan : mengekhaskan, terkhas, kekhasan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya nak tahu tentang kerja Pekerja Am Khas

Sdr Fairuz,

Sebenarnya tidak ada jawatan Pekerja Am Khas di DBP. Jawatan yang gelarannya  hampir sama dengannya ialah Pembantu Am Pejabat (PAP), Pekerja Awam (PA) dan Pekerja Awam Khas (PAK).

Bagi jawatan PAP, tugasannya merangkumi kerja-kerja pengambilan, penerimaan dan mengedaran surat/barangan dalam pejabat, menerima/menyambut tetamu di kaunter, merekod surat/dokumen yang diteima/dihantar dan membantu dalam urusan pejabat yang lain.

Bagi jawatan PA dan PAK, kerjanya hampir sama iaitu membuat kerja-kerja rencam termasuklah mengemas/menyusun kerusi meja di bilik mesyuarat/bilik seminar, membawa/mengambil peralatan pejabat, membuat kerja-kerja pembaikan kecil dan kerja-kerja rencam yang lain. Cuma PAK mempunyai tugasan tambahan iaitu menyelia kerja yang dibuat oleh PA.

 

Lain-lain08.02.2008
Nama saya Nipari Niduemong sedang belajar Bahasa Melayu dasar di Universiti Fatoni selatan Thai. Saya igin mengetahui tentang "Golongan kata"terdapat berapa bahgian dan terima kasih.Golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat ,iaitu kata nama,kata kerja,kata adjektif dan kata tugas. 



Kata nama am ialah kata yang merujuk kepada benda, orang atau konsep yang umum, misalnya jalan, guru dan kegemilangan, manakala kata nama khas ialah kata yang merujuk kepada orang, tempat benda yang khusus, misalnya Kuala Lumpur dan Muhammad.

Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konsruksi frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan. Dua kumpulan utama golongan kata ialah kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif.

Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat. Kata adjektif boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat sakit dan indah sekali.

Kata tugas ialah unit yang tidak dapat berdiri sendiri yang memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Fungsinya sebagai  penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, dan pemeri.
Tatabahasa24.10.2013

Kembali ke atas