1)Antara buku,pensil dengan pembaris,buku itu yang paling mahal harganya. 2)Beg itu terletak di antara pembaris,pensil dengan buku. Bolehkah tolong saya betulkan ayat-ayat tersebut? | Ayat yang betul ialah: 1. Antara buku, pensel dan pembaris, buku itu yang paling mahal harganya. 2. Beg itu terletak di antara pembaris, pensel dan buku. | Tatabahasa | 08.06.2012 |
1. Nora membeli buku atau pembaris di kedai. 2. Nora membeli buku dan pembaris di kedai. Yang mana satu ayat menggunakan kata hubung dengan betul? Sekian, terima kasih. | Ayat penyata yang betul ialah " Nora membeli buku dan pembaris di kedai ". 'dan' merupakan kata hubung gabungan yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama sifatnya. | Tatabahasa | 22.08.2011 |
Lelaki yang lurus macam _______itu selalu dibuli oleh rakannya –rakannya. A. pembaris B. bendul Kenapa jawapan pembaris salah? | Lurus macam bendul merupakan bahasa kiasan yang telah pun mantap penggunaannya. | Tatabahasa | 31.03.2007 |
Sila gunakan pembaris ketika melukis segi empat tepat supaya garisannya tidak __ (herot-berot /bengkang-bengkok) | Jawapan yang betul ialah: Sila gunakan pembaris ketika melukis segi empat tepat supaya garisannya tidak herot-berot. | Tatabahasa | 09.06.2012 |
Salam sejahtera. Apakah penjodoh bilangan bagi pembaris. Manakah yang betul bagi ayat ini. Ali memperkenalkan buah hatinya kepada kedua-dua orang ibu bapanya. atau Ali memperkenalkan buah hatinya kepada kedua orang tuanya. | Penjodoh bilangan bagi pembaris ialah batang. Ayat yang betul ialah Ali memperkenalkan buah hatinya kepada kedua-dua ibu bapanya. | Tatabahasa | 23.06.2008 |
a)Batu itu saya lontar ke dalam sungai. b)Tikar itu dianyam oleh nenek saya. ~Adakah ayat-ayat ini ayat pasif? a)Mereka sedang menyanyikan lagu Negaraku @ lagu " Negaraku". b)Meng Kiat membawa pen,pemadam dan pembaris.Adakah di depan perkataan dan perlu letak tanda baca"koma(,)? | 1. Batu itu saya lontar ke dalam sungai. Tikar itu dianyam oleh nenek saya. - kedua-duanya ayat pasif 2. Mereka sedang menyanyikan lagu "Negaraku". 3. Tidak perlu tanda koma sebelum dan. | Tatabahasa | 21.07.2011 |