ISTILAH YANG BETUL UNTUK 4 JENIS - JENIS GAYA PEMBELAJARAN (MENGIKIUT KOLB LEARNING SYLES,).. ADAKAH SAYA BOLEH DIRECT TRANSLATE DIVERGING LEARNING STYLE = GAYA PEMBELAJARAN DIVERGER, ACCOMMODATING LEARNING STYLE = GAYA PEMBELAJARAN AKOMODATOR, CONVERGING LEARNING SYLE = GAYA PEMBELAJARAN KONVERGER DAN ASSIMILATING LEARNING SYLE=GAYA PEMBELAJARAN ASIMILATOR.. MOHON BANTUAN, TQ | Untuk makluman, istilah yang istilah yang terdapat dalam pangkalan data kami adalah seperti yang berikut: 1. divergent learning style - gaya pembelajaran menyerak 2. convergent learning style - gaya pembelajaran bertumpuan 3. accomodative learning style - gaya pembelajaran penyesuaian diri 4. assimilative learning style - gaya pembelajaran berasimilasi
| Istilah | 01.03.2012 |
apakah perbezaan antara pembelajaran dengan pembelajaran? | Tiada perbezaan. | Lain-lain | 16.08.2010 |
apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran. | Pembelajaran lahir daripada kata dasar ajr yang membawa maksud proses (Kegiatan) belajar. | Lain-lain | 05.03.2007 |
konsep pembelajaran | Assalamualaikum Secara amnya pembelajaran adalah proses memahami sesuatu yang sebelumnya kita tidak tahu atau faham. Contohnya (i) Sebelum belajar kita tidak tahu (faham), tetapi bila telah belajar kita tahu (faham). (ii) Sebelum belajar kita tidak boleh buat sesuatu tetapi setelah belajar kita boleh buat. Jika perkara (i) dan (ii) di atas berlaku maka proses pembelajaran telah berlaku. Jika sebaliknya iaitu, (iii) Sebelum belajar kita tak tahu (faham), tetapi selepas belajar kita tmasih ak tahu (faham). (iV) Sebelum belajar kita tak boleh buat sesuatu tetapi setelah belajar kita tetap tidak boleh buat Jika perkara (iii) dan (iv) terjadi maka proses pembelajaran tidak berlaku. Yang saya huraikan di atas adalah konsep asas pembelajaran. Proses pembelajaran terjadi kepada setiap individu lebih kompleks lagi. Ia melibatkan proses kognitif, proses berfikir. Saudara bolehlah merujuk buku-buku pendidikan yang ada membincangkan konsep pembelajaran. Empat teori Pembelajaran seperti (i) Behaviourist (ii) Humanist (iii) Kognitivist (iii) Konstructivist Harap cari artikel ini dan baca dengan faham daripada tidak faham sebelum ini menjadi faham selepas membacanya supaya proses pembelajaran berlaku. Jika setelah membaca perkara tersebut masih lagi tidak faham maka proses pembelajaran belum lagi berlaku. Pastikan proses pembelajaran berlaku iaitu dengan membaca beberapa artikel atau buku sehingga faham. | Lain-lain | 28.03.2010 |
Apakah perbezaan 'pembelajaran' dan 'pemelajaran'? Yang manakah betul penggunaannya untuk istilah 'pengajaran dan pembelajaran' yang dulunya digunakan. | Pembelajaran bermaksud proses memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian dan lain-lain), manakala pemelajaran bermaksud proses mengetahui sesuatu dengan mendalam. Kedua-dua kata terbitan tersebut betul namun penggunaannya bergantung pada maksud yang dikehendaki oleh penganjur. Jika penganjur menetapkan matlamat pembelajaran maka ungkapan "pengajaran dan pembelajaran" yang digunakan. | Makna | 25.12.2009 |
Definisi Pembelajaran Tradisional | Pembelajaran Proses/kegiatan untuk memperoleh ilmu pengetahuan bersifat tradisi yang diwarisi daripada orang/sistem terdahulu. | Makna | 16.10.2009 |
Apakah maksud istilah pembelajaran bermakna | pembelajaran bermaksud proses atau kegiatan memperoleh ilmu (belajar) | Makna | 09.06.2008 |
apa beza antara perkataan pembelajaran dan pemelajaran?? | Pembelajaran bermaksud proses atau kegiatan belajar, manakala pemelajaran bermaksud perihal atau proses mempelajari. | Makna | 27.05.2011 |
AlhamduLILLAH, Berbanyak terima kasih ... maafkan saya menggunakan Bahasa Melayu yang longgar ... begitulah kiranya saya menhayati bahasa ibunda ini online ... Bertanya lagi ... apakah boleh kita terjemahkan LEADING sebagai MERAJU Jadinya LEADING LEARNING - MERAJU PEMBELAJARAN Apa pula bunyinya jikalau saya terjemahkan begini: Learning engagement - Keterlibatan pembelajaran Learning disengagement - Ketidakterlibatan pembelajaran Sekali lagi memohon maklumbalas dan berbanyak terima kasih hjhmisna * saya telah kemukakan persoalan di atas melalui emel ... mungkin di sini sepatutnya saya panjangkan ... terima kasih | Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah yang dikemukakan. Perkataan "meraju" tidak ada dalam bahasa Melayu. Perkataan meneraju pembelajaran, keterlibatan pembelajaran dan ketidakterlibatan/ketakterlibatan pembelajaran adalah betul dan boleh digunakan sekiranya sesuai dan bertepatan dengan konsep dan konteks penggunaan. | Istilah | 30.11.2012 |
Selamat malam Tuan, Baru-baru ini, saya telah melalui proses viva, terdapat persoalan tentang istilah pembelajaran regulasi kendiri. Mengikut panel saya sepatutnya menggunakan istilah pembelajaran beregulasi kendiri. Saya memohon pandangan tuan mengenai istilah manakah yang sesuai digunakan. Kebanyakkan jurnal dan artikel menggunakan istilah pembelajaran regulasi kendiri. Jadi saya ingin kepastian tentang istilah tersebut. Kerjasama tuan didahalui dengan ucapan terima kasih. M.Kananmmah 0194416000 | Untuk makluman, istilah "pembelajaran regulasi kendiri" dan "pembelajaran beregulasi kendiri" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Dari aspek pembentukan istilah, kedua-duanya adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, penggunaan "regulasi" atau "beregulasi" bergantung pada konsep istilah tersebut. | Istilah | 11.11.2013 |