| Mohon bantuan untuk terjemahan personal shopper; adakah pembeli peribadi, pembeli-belah peribadi atau ada terjemahan lain yang bersesuaian? | Untuk makluman, istilah "personal shopper" tidak ada dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Pembelian Peribadi. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.10.2018 |
| Bolehkah encik kenalpasti kesalahan penggunaan bahasa dan istilah dalam ayat ini dengan segera? 1.Pihak berkuasa akan menubuhkan tabung ulangan bagi menbantu pembeli rumah di mana tidak mendapat pinjaman daripada institusi kewangan. | Ayat yang betul : Pihak berkuasa akan menubuhkan tabung ulangan bagi membantu pembeli rumah yang tidak berjaya mendapat pinjaman daripada institusi kewangan. | Lain-lain | 05.01.2011 |
| Bahasa untuk Iklan syarikat "Penjual dan Pembeli Kereta Terpakai" | Mohon hantar pengesahan bahasa untuk iklan kepada http://dbpsahbahasa.my | Lain-lain | 01.06.2017 |
| Slm, Mohon semak ayat di bawah betul atau tidak. a)Beliau pengusaha yang bersemangat gigih dan rajin. b)Keropok lekor buatannya banyak mendapat permintaan pembeli kerana rasa keropok lekor yang sedap dan harga yang murah. c)Bahan utama keropok lekornya didapati terus daripada nelayan-nelayan berhampiran kilangnya. Tq | Selamat tengah hari, Sila lihat pembetulan: a)Beliau merupakan pengusaha yang bersemangat gigih dan rajin. b)Keropok lekor buatannya banyak mendapat permintaan pembeli kerana sedap dan harga yang murah. c)Bahan utama keropok lekor diperoleh terus daripada nelayan-nelayan berhampiran kilang. Sekian, terima kasih | Tatabahasa | 08.08.2016 |
| Mohon menyemak ejaan sign board kios di dalam pusat pembeli belah IOI City Mall Putrajaya | Ejaan yang digunakan pada visual papan iklan adalah betul. Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktihkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung kepada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.
| Lain-lain | 31.10.2022 |
| suasana pasar pada pagi ahad itu_______________ dengan suara penjual dan pembeli yang tawar-menawar. A.kucar-kacir B.hiruk-piruk C.kacau-bilau D.gegak-gempeti | B. Hiruk-pikuk. T.kasih. | Lain-lain | 14.08.2008 |
| Suasana pasar pada pagi Ahad itu ________ dengan suara penjual dan pembeli yang tawar-menawar. A.kucar-kacir B.hiruk-piruk C.kacau-bilau D.gegak-gempita | Hiruk-pikuk.T.kasih. | Lain-lain | 14.08.2008 |
| Salam sejahtera dan terima kasih kerana membantu. Ungkapan/istilah “willing buyer willing seller” merujuk kepada pembeli dan penjual yang mengadakan sesuatu urus niaga jual beli tanpa paksaan, tekanan atau desakan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi ungkapan/istilah “willing buyer willing seller”? | Padanan bahasa Melayu bagi “willing buyer willing seller” ialah jual beli suka rela. Walau bagaimanapun, cadangan padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Makna | 09.07.2021 |
| Apakah jawapan untuk soalan di bawah: 1. Antonim Suasana di pasar raya itu riuh dengan suara pembeli. riuh A. bising B. sunyi C. senyap D. sepi Apakah perbezaan antara sunyi, senyap dan sepi? Terima kasih. | Perkataan yang paling tepat dalam konteks ayat tersebut ialah "sepi". | Tatabahasa | 17.10.2014 |
| Assalamualaikum, tuan. Saya ada 2 soalan. 1. perkataan tawar-menawar perlu diikuti objek? 2. Kalau tiada objek, sudah dikira gramatis? Contoh: Pembeli dan peniaga tawar-menawar harga barang di kedai itu. Mohon pencerahan. Terima kasih | Perkataan tawar-menawar tidak semestinya perlu diikuti dengan objek. Sebagai contoh, Tawar-menawar sahaja sudah mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk satu barang. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2273. | Tatabahasa | 26.11.2025 |