Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.be.lian] | ڤمبلين

Definisi : 1. perihal (perbuatan) membeli: pembicaraan mereka beralih kpd ~ tanah; ~ dapur gas; 2. benda yg dibeli: tilam itu ~ ibunya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.lian] | ڤمبلين

Definisi : perbuatan atau hal membeli: Pengusaha asing telah mengurus ~ getah di Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembelian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin bertanya sama ada betul atau tidak penggunaan bagi "amalan pembelian peka selamat" di mana amalan pembelian yang mengutamakan ciri-ciri keselamatan ketika pembelian dilakukan oleh pengguna."Amalan pembelian peka selamat" - ungkapan ini kurang tepat dan tidak boleh diringkaskan. Cadangan kami "Amalan pembelian yang peka terhadap keselamatan".Tatabahasa05.03.2010
As Salam DBP Untuk makluman, saya ada membuat pembayaran secara online untuk pembelian buku Isu-isu Perundangan dalam Kontrak Binaan seperti bukti pembelian di lampiran. Pohon status pembelian buku tersebut.Salam puan budiman,

Terlebih dahulu, kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana berminat membeli buku terbitan DBP.

Dimaklumkan bahawa, berdasarkan maklumat pembayaran yang dilampirkan,

Pembelian buku Isu-isu Perundangan dalam Kontrak Binaan tidak dibuat melalui Portal rasmi pembelian buku DBP, iaitu DBPNiaga.my, sebaliknya melalui portal wakil penjual bukudbp.com (Alam Murni Sdn. Bhd.)

Oleh itu, puan bolehlah menghubungi Pengarah Urusan Alam Murni, Encik Syed Ibrahim melalui talian telefon, 012-224 2316 untuk mendapatkan maklum balas selanjutnya.

terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama daripada pihak puan.
Lain-lain22.10.2019
Mohon pandangan dan nasihat berhubung ayat berikut. "pembelian mengikut tatacara perolehan yang berkuatkuasa semasa" ATAU "pembelian mengikut tatacara perolehan semasa yang berkuatkuasa". Terima kasih.Ayat yang lebih tepat ialah "pembelian mengikut tatacara perolehan semasa yang berkuat kuasa".Tatabahasa29.06.2015
Innanie Ariffin 8.29 PAGI Salam DBP. Saya ada buat pesanan pembelian Majalah sejak 2 Oktober 2017 lagi. Sehingga hari ini status pembelian saya Unfulfilled jika dilihat pd website. Boleh bantu saya. Lama saya dah tunggu. Sy dah buay aduan pada Jumaat lepas, namun satu balasan pun saya tak terima. Saya kecewa dengan servis yang diberikan sedangkan saya adalah peminat majalah-majalah DBP.Pihak puan boleh segera hubungi Bahagian Pemasaran dan Pengedaran DBP. Telefon: 03-41010033 / e-mel: pp@dbp.gov.myLain-lain10.10.2017
HR Assistant , Purchasing Assistant itu boleh kah di translate sebagai pembantu HR, Pembantu pembelian ?HR Assistant = Pembantu Sumber Manusia
Purchasing Assistant = Pembantu Pembelian
Makna19.09.2018
Sy dh bayar untuk novel korban kasih tapi no respondSalam sejahtera, Semakan pembelian buku. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman, puan boleh menghantar pesanan mesej melalui Facebook DBPNiaga dan kemukakan info pembelian untuk semakan. Atau menghubungi talian seperti yang berikut: Anjung DBP- 03-2147 9597/03-2147 9598 Kompleks DBP Hulu Kelang - 03-41010028 / 019-2141956 Atau klik pautan ini, https:3a//dbpniaga.my//Lain-lain29.05.2020
JIMAT 20% dengan pembelian keduaUntuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Tatabahasa21.05.2013
1. kain itu (berlatar, berlatarkan ) warna gelap. 2.pihak Badan Pencegah Rasuah telah ( mengumpul , mengumpulkan ) maklumat tentang pembelian kereta itu.yang mana satukah yang betul? 3.tidak mustahil kumpulan itu akan bersatu kerana prinsip perjuangannya berbeza. Apakah kesalahan ayat ini? 4. i)mangsa kemalangan itu dikejar ke hospital oleh pemandu teksi itu. ii) mangsa kemalangan itu dikejar oleh pemandu teksi itu ke hospital. yang mana satukay yang betul? sila beri tunjuk ajar. terima kasih.

1. Kain itu berlatar warna gelap.

2. Pihak Badan Pencegah Rasuah telah mengumpulkan maklumat tentang pembelian kereta itu.

3. Ayat yang betul ialah: Tidak mustahil kumpulan itu akan bersatu walaupun prinsip perjuangannya berbeza. 

4. Ayat yang betul ialah : Mangsa kemalangan itu dikejarkan ke hospital oleh pemandu teksi itu.

Saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa25.05.2010
Dalam ekonomi, istilah 'house flipping' diguna untuk merujuk kepada pembelian rumah, ubah suai dan kemudian menjualnya untuk keuntungan. Manakala pelakunya dipanggil 'house flipper'. Boleh saya tahu cadangan istilah untuk dua perkataan ini?Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "house flipping" dan "house flipper". Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.  Istilah23.03.2017
Che' Nor Nov 23rd, 9:46am Assalamualaikum.. merujuk kpd pembelian buku d DBP.. sehingga kini sy tidak menerima sebarang buku dari pihak tuan.. harap maklum. kerjasama amat dperlukan. Maklumat penting Shipping Adress Nor Azizah Adnan 42, Jln Megah 9, Taman Megah, Batu Pahat, Johor 83000 Malaysia Billing Adress Nor Azizah Adnan 42, Jln Megah 9, Taman Megah, Batu Pahat, Johor 83000 Malaysia Your order is confirm RHB Bank Name : Alam Murni Sdn. Bhd. Account Number : 21242400031720 Email: payment@dbp.gov.my Order : Topologi RM7.50 Calendar in Islamic Civilization Modern RM12.50 Langganan Majalah DBP RM60.50 Seni Bina Islam Berdasarkan Seni Bina Organik dan Nilai Islamiah RM28.00 Total : RM108.50 Shipping : RM5.50 Taxe : RM0.00 Total : RM114.00Kami panjangkan aduan tuan kepada pegawai di Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my.Lain-lain23.11.2015
12345

Kembali ke atas