Assalam tuan/puan, Saya ingin dapatkan maklumat adakah buku aktiviti Matematik Tahun 1 Jilid 1 (Bahasa Melayu) telah ada dalam stok atau adakah telah dicetak? Hampir sebulan kami menunggu untuk mendapatkan buku tersebut sekitar Seremban dan Kuala Lumpur. Terima kasih atas perhatian tuan / puan/ | Waalaikumussalam WBT. Puan boleh menggunakan perkhidmatan pembelian dalam talian dengan melayari laman sesawang dbp.niaga.my. Terima kasih. | Lain-lain | 13.02.2019 |
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi "perdagangan" di muka surat berapa ya? Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, definisi "pembelian" dan "atas talian" di muka surat berapa ya? Terima kasih | 1. Definisi bagi kata perdagangan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah pada halaman 301. 2. Definisi bagi kata pembelian dalam Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua ialah pada halaman 78. Untuk keterangan mengenai kata yang lebih lengkap, sila rujuk kamus terkini terbitan DBP iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). | Makna | 19.03.2024 |
1. kain itu (berlatar, berlatarkan ) warna gelap. 2.pihak Badan Pencegah Rasuah telah ( mengumpul , mengumpulkan ) maklumat tentang pembelian kereta itu.yang mana satukah yang betul? 3.tidak mustahil kumpulan itu akan bersatu kerana prinsip perjuangannya berbeza. Apakah kesalahan ayat ini? 4. i)mangsa kemalangan itu dikejar ke hospital oleh pemandu teksi itu. ii) mangsa kemalangan itu dikejar oleh pemandu teksi itu ke hospital. yang mana satukay yang betul? sila beri tunjuk ajar. terima kasih. | 1. Kain itu berlatar warna gelap. 2. Pihak Badan Pencegah Rasuah telah mengumpulkan maklumat tentang pembelian kereta itu. 3. Ayat yang betul ialah: Tidak mustahil kumpulan itu akan bersatu walaupun prinsip perjuangannya berbeza. 4. Ayat yang betul ialah : Mangsa kemalangan itu dikejarkan ke hospital oleh pemandu teksi itu. Saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 25.05.2010 |
Selamat pagi dan terima kasih kerana membantu. 1) Bolehkah istilah Bahasa Melayu "pembelian stok perniagaan" diterima sebagai terjemahan untuk "floor stocking"? 2) Bolehkah istilah Bahasa Melayu "diskaun blok" diterima sebagai terjemahan untuk "block discount"? | Menurut rujukan kami, istilah "floor stocking" dalam bidang pentadbiran perniagaan dipadankan sebagai penstokan lantai. Namun begitu, istilah bahasa Melayu "block discount" masih belum terdapat dalam daftar istilah kami. Kami akan berbincang tentang perkara ini. Setelah perbincangan selesai, jawapan akan dimaklumkan melalui e-mel tuan/puan. | Istilah | 12.04.2019 |
A. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat-ayat berikut, tolong perbetulkan dan jelaskan mengapa ? 1. Zarina berasa kecewa kerana terpaksa memecahkan harapan keluarganya yang ingin melihatnya melanjutkan pelajaran di universiti. 2. 'Malaysia, di sini lahirnya sekeping cinta ' merupakan slogan Hari Kemerdekaan yang ke-57. 3. Lampin pakai campak keluaran syarikat Huggies menawarkan potongan harga yang menarik untuk setiap pembelian RM60.00 dan ke atas. 4. Encik Ali mengajar Geografi kepada murid-murid menengah atas. 5. Landasan konkrit projek Mass Rapid Transit yang sedang dalam proses pembinaan di Kilometer 10, Jalan Mewah menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya berikutan taraf keselamatannya yang kurang memuaskan. 6. Sempena jualan penghabisan stok di pasar raya itu, pemiliknya telah mengedarkan katalog baru kepada pembeli. 7. Hadiah kemenangan saya telah bertambah sebab saya memilih untuk menggunakan pembelian secara pukal. B. Bagaimana hendak tukarkan ayat tanya songsang kepada ayat tanya biasa bagi ayat berikut : 1. Bagaimanakah awak masuk ke rumah sedangkan awak lupa untuk membawa kunci ? C. Apakah peribahasa yang sesuai bagi kedua-dua ayat berikut ? 1. Pengadil bola keranjang itu dicemuh oleh penonton kerana bersikap _____________ ketika mengadili perlawanan. 2. Kehidupan keempat-empat anak yatim piatu di hujung kampung itu sungguh daif dan melarat umpama ________ . Terima kasih. | 1. Zarina merasa kecewa kerana menghampakan harapan keluarganya yang ingin melihatnya melanjutkan pelajaran di universiti. Ayat ini kurang tepat kerana penggunaan kata yang tidak tepat dalam konteks ayat tersebut. Untuk melihat penggunaan kata yang tepat, sila rujuk kamus atau layari laman web kami di www.prpm.dbp.gov.my. Ruang yang terhad ini tidak dapat menghuraikan satu demi satu kesalahan dan ayat selepas ini telah diperbaiki. 2. "Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta", merupakan slogan Hari Kemerdekaan yang ke-57. 3. Lampin pakai buang keluaran syarikat Huggies menawarkan potongan harga yang menarik untuk setiap pembelian RM60.00 dan ke atas. 4. Encik Ali mengajarkan Geografi kepada murid-murid menengah atas. 5. Landasan konkrit projek Mass Rapid Transit yang sedang dalam proses pembinaan di Kilometer 10, Jalan Mewah menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya berikutan tahap keselamatannya yang kurang memuaskan. 6. Bersempena dengan jualan penghabisan stok di pasar raya itu, pemiliknya telah mengedarkan katalog baru kepada pembeli. 7. Hadiah kemenangan saya telah bertambah kerana saya memilih untuk menggunakan pembelian secara pukal. B. Bagaimanakah awak masuk ke rumah sedangkan awak lupa membawa kunci C. Sila rujuk penggunaan peribahasa yang sesuai dengan konteks ayat melalui laman web kami. | Tatabahasa | 23.09.2015 |
Adakah ayat dalam Bahasa Melayu sama maksud dengan ayat tulisan Jawi? Gollll! Menangi hadiah eksklusif ini dengan Pakej Advance MaxCheck! * Tertakluk pada Terma & Syarat. Satu (1) cabutan bertuah bagi setiap pembelian pakej Advance MaxCheck. Tawaran sah sementara stok masih ada. Gوللل مآناgي هادياه آكسكلوسيف يني دآنgان باكآج ادفانثآ ماخشآثك! طآرتاكلوك بادا تآرما دان سيارات. صاتو (أ) ثابوتان بآرتواه باgي سآتياب بآمبآليان باكآج ادفانثآ ماخشآثك. طاواران ساه سآمتارا ستوثك ماسيه ادا | Lihat Lampiran. | Ejaan | 31.03.2014 |
Soalan Pertama:Dedah pembelian secara terperinci PAC puas hati penjelasan isu harga vaksin COVID-19 Adakah kesalahan-kesalahan tersebut? Soalan kedua:Pengerusinya,Wong Kah Woh,berkata taklimat berkenaan selari dengan hasrat PAC dalam memastikan perbelanjaan kerajaan kebanar-benar telus demi manfaat rakyat secara keseluruhannya. Mengapakah ayat di sini mengunakan perkataan 'berkenaan' bukannya berkenan?Adakah perbelanjaan ada kesalahan atau ada kesalahan lain? Soalan ketiga:Bilakah menggunakan 'Bagaimanapun dan Walau bagaimanapun'' Soalan keempat:PAC komited membantu memberikan keyakinan kepada rakyat dalam mendapatkan vaksinasi COVID-19 supaya penularan wabak ini dapat dihentikan. Saya nak tanya bolehkah menggunakan dua kali imbuhan ''mem'' dalam satu ayat ?Contoh:membantu memberikan .Hal ini ialah betul atau salah? Soalan kelima:Setiap syarikat atau semua syarikat? Soalan keenam:Di kawasan rendah (untuk sentiasa )berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta bersedia berpindah ke PPS dengan segera jika diarahkan pihak berkuasa. ''Untuk sentiasa''betul atau salah.Saya ada kekeliruan dalam ayat ini kerana ayat ini adalah ''untuk sentiasa dan diarahkan''sepatutnya diarahkan bukan ke belakang mampu tambah''oleh'' ya?Minta Puan/Tuan boleh memberikan penerangan.Terima kasih. | 1. Ayat tidak lengkap. Penggunaan bahasa dalam media perlu dilihat dengan berhati-hati kerana berlaku pemendekan ayat dengan menggugurkan imbuhan dan membuang kata sendi nama. PAC berpuas hati dengan penjelasan pihak kementerian tentang isu harga vaksin COVID-19. 2. Lihat maksud perkataan berkenaan dan berkenan. Penggunaan kata berkenaan dalam konteks ayat tersebut, betul. 3. Kedua-dua perkataan ini boleh digunakan bersilih ganti, sama ada bagaimanapun atau walau bagaimanapun. 4. PAC komited membantu kerajaan memberikan keyakinan kepada rakyat dalam mendapatkan vaksinasi COVID-19 supaya penularan wabak ini dapat dihentikan. 5. Kedua-duanya betul. 6. Penduduk di kawasan rendah hendaklah sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta bersedia berpindah ke PPS dengan segera jika diarahkan pihak berkuasa.
| Tatabahasa | 14.01.2021 |
minta tanya suku kata yang betul untuk perkataan di bawah. 1. main 2. perempuan 3. keluarga 4. ceria 5. kuih Sebelum saya pernah minta tanya, dimanakah saya dapat buku rujukan suku kata. Saya diberitahu dewan tatabahasa edisi ketiga. Boleh pihak tuan beritahu di manakah saya dapat beli atau emel muka depan supaya saya dapat cari di kedai buku. Terima kasih. | Pemenggalan suka kata bagi perkataan tersebut: Main – ma.in Perempuan – pe.rem.pu.an Keluarga – ke.lu.ar.ga Ceria – ce.ri.a Kuih - ku.ih Selain daripada buku Tatabahasa Dewan, tuan juga boleh merujuk buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. Ketiga-tiga buku tersebut merupakan terbitan DBP. Untuk melihat kulit buku, tuan boleh membuat carian melalui Internet. Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pembelian buku, tuan boleh menghubungi talian berikut: Anjung DBP: 03-2147 9597/03-2147 9598 Kompleks DBP Hulu Kelang: 03-41010028/019-2141956 (WhatsApp) Layari laman web ini https://dbpniaga.my | Tatabahasa | 17.06.2021 |
Hamizi HabriView Profile Actions 11:58AM Hamizi Habri Hamizi Assalamualaikum admin, maaf mengganggu.. boleh saya tahu judul judul di bawah ini adakah akan diulangcetak ? Jika ya dimana saya boleh mendapatkannya ? 1. Mitos Pribumi Malas 2. Intelektual masyarakat membangun 3. Rasuah : sifat, sebab & fungsi Kesemuanya karya Prof. Syed Hussein Al Attas | Untuk tempahan dan urusan pembelian buku, sila hubungi Kedai Buku melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. | Lain-lain | 31.05.2016 |
Assalamualaikum Tuan, Mohon bantuan tuan sama ada padanan istilah dalam Bahasa Melayu bagi perkataan-perkataan yang berikut adalah tepat dan bersesuaian dalam konteks ayat: (a) casual purchases “Casual purchases may be made by the Head of Division for an amount not exceeding $10,000 in respect of any item or class of related items.” Cadangan terjemahan bagi perkataan “casual purchases” ialah “belian sambilan” (b) Accepting Authority “The Quotations Committee shall receive, open and analyse all quotations and shall make recommendations in writing to the Accepting Authority. The Committee shall also submit to the Accepting Authority all quotations received.” Cadangan terjemahan bagi perkataan “Accepting Authority” ialah “ Pihak Berkuasa Penyetuju Terima” (c) Government Central Contact “Notwithstanding the provisions of these By-Laws, where it is deemed to be of benefit to the Authority, the Authority may participate in the Government Central Contract.” Cadangan terjemahan bagi perkataan “Accepting Authority” ialah “Kontrak Pusat Kerajaan” Mohon nasihat dan pandangan tuan. | Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut: 1) Casual Purchases: Pembelian Sambilan/Pembelian Sesekali 2) Accepting Authority: Pihak Berkuasa Penerima 3) Government Central Contact: Kontrak Pusat Kerajaan Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 11.04.2022 |