Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ben.tang] | ڤمبنتڠ

Definisi : orang yg membentangkan sesuatu: ~ kertas kerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ben.tang] | ڤمبنتڠ

Definisi : orang yg membentangkan: ~ kertas kerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembentang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan "daripada" dalam ayat berikut adalah betul: Pembentang kes siasatan adalah pegawai daripada Jabatan Siasatan.kata sendi daripada digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca, sumber, perbezaan dan perbandingan .

Pembentang kes siasatan adalah pegawai daripada Jabatan Siasatan.
Tatabahasa21.01.2013
Apakah perbezaan antara kursus, seminar dan bengkel?Kursus biasa nya melibatkan sesi ceramah dan latihan samada dalam atau luar tempat berkursus.Seminar diadakan dalam dewan dan melibatkan pembentangan kertas oleh pembentang yang terdiri dari mereka yang pakar dalam bidang berkenaan.Manakala bengkel biasanya melibatkan perbincangan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan iaitu bengkel kerja.Lain-lain18.01.2008
APAKAH ISTILAH INDAH YANG BIASA DIGUNAKAN DALAM SESUATU FORUM?--MUNGKIN ADA ISTILAH MENARIK LAIN BAGI 'TUAN PENGERUSI MAJLIS', 'AHLI PANEL', 'PENDAPAT', 'KESIMPULAN'...?Cadangan perkataan yang sama makna dengan kesimpulan ialah akhirulkalam yang juga biasa digunakan sebagai penutup surat dan huraian. Perkataan yang boleh menggantikan ahli panel yang dicadangkan ialah barisan pembentang, barisan penghujah. Penggunaan gelaran hendaklah bertepatan dengan majlis atau konsep yang dianjurkan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku yang berkaitan.Lain-lain10.02.2009
Saya diminta untuk membuat brosur seminar pelbagai kaum.Saya ingin meminta pandangan tuan tentang maklumat yang akan di letak dalam brosur ituBrosur lazimnya memuatkan maklumat dan keterangan ringkas tentang sesuatu. Dalam hal ini brosur tersebut perlu memuatkan maklumat atau latar belakang seminar termasuklah tujuan diadakan seminar dan siapakan khalayak sasaran seminar. Maklumat lain yang diperlukan seperti tarikh dan tempat seminar diadakan, atur cara, pembentang yang terlibat, bayaran yang dikenakan (jika ada) dan sebagainya.Lain-lain19.05.2011
Saya diminta untuk membuat brosur seminar sastera pelbagai kaum.Saya ingin meminta pandangan tuan tentang maklumat yang akan di letak dalam brosur itu
Brosur lazimnya memuatkan maklumat dan keterangan ringkas tentang sesuatu. Dalam hal ini brosur tersebut perlu memuatkan maklumat atau latar belakang seminar termasuklah tujuan diadakan seminar dan siapakan khalayak sasaran seminar. Maklumat lain yang diperlukan seperti tarikh dan tempat seminar diadakan, atur cara, pembentang yang terlibat, bayaran yang dikenakan (jika ada) dan sebagainya.
Lain-lain19.05.2011

Kembali ke atas