Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ben.tu.kan]/[pem.ben.tu/.kan] | ڤمبنتوقن

Definisi : perihal (perbuatan, usaha, dsb) membentuk: ia berazam utk mengambil peranan dlm ~ masyarakat baru; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ben.tu.kan]/[pem.ben.tu/.kan] | ڤمبنتوقن

Definisi : perbuatan atau hal membentuk: ~ syarikat kerjasama tsb telah mendapat sokongan drpd segenap penduduk kampung itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembentukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
aspek kesalahan bahasa secara umumKesalahan bahasa secara umum merangkumi aspek pembentukan kata, pembentukan ayat, ejaan, tanda baca dan laras bahasa. Sila rujuk buku - buku yang berkaitan aspek ini yang ada di pasaran, misalnya buku Kesalahan Umum Tatabahasa oleh Dr. Awang Sariyan.Tatabahasa24.09.2009
tolong jelaskan kepada saya tentang konsep pembentukan kata dan jenis pembentukan kata.Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataan. Ada bentuk yang bersifat tunggal, contohnya ruamh, tinggal dan putih. Di samping itu, terdapat perkataan yang dibentuk hasil proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. COntoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah putih telur dan rumah pangsa; dan perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah ialah putih-putih dan rumah-rumah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 57 yang membincangkan proses pembentukan kata secara khusus.Tatabahasa22.02.2010
Bagaimanakah pembentukan bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu?? Mengapakah terdapat perkataan yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu mempunyai perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak digunakan tetapi penggunaan bahasa Inggeris yang diserapkan digunapakai dalam penulisan serta komunikasi?Pihak DBP menerima bentuk kata pinjaman bertujuan untuk memperkaya perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu. Pada dasarnya kata yang tiada padanannya dalam bahasa Melayu, khususnya kata dalam bidang sains dan teknologi dibentuk melalui penyerapan kata tersebut ke dalam bahasa Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang-bidang khusus. Walau bagaimanapun terdapat kecenderungan pengguna untuk menggunakan kata pinjaman dalam semua konteks penggunaan. Pengguna bahasa sepatutnya dapat membezakan keperluan menggunakan kata asli dalam bahasa Melayu dan penggunaan kata pinjaman dalam urusan harian mereka.Tatabahasa27.03.2013
assalamualaikum... saya ingin bertanya tentang pembentukan kata terbitan (awalan, akhiran, apitan dan sisipan) dan pembentukan kata terbitan di dalam kata nama, kata kerja dan kata adjektif?

Puan Rabiatul Adawiyah,

Terdapat empat jenis imbuhan iaitu imbuhan awalan.

Imbuhan awalan contohnya tapa - menjadi pertapaan, tawa - menjadi ketawa

Imbuhan akhiran pula contohnya laut - menjadi lautan,ikut - menjadi ikutan

Imbuhan apitan pula contohnya tidak adil - menjadi ketidakadilan, salah guna - menjadi penyalahgunaan

Imbuhan kata sisispan pula contohnya - tapak menjadi telapak,kupas menjadi kelupas dan tunjuk menjadi telunjuk.

untuk maklumat lebih lanjut sila lihat buku tatabahasa Dewan pada halaman107 - 132. Terima kasih

 

 

Tatabahasa17.03.2010
Senaraikan pembentukan kata dalam cerpen Seintimnya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Julai 2003Dalam hal tersebut sdr bolehlah menyenaraikan pembentukan kata dalam cerpen "Seintimnya" dan mengemukakan kepada pihak kami untuk semakan. Sekian, terima kasih. Lain-lain17.02.2009
apakah yang dimaksudkan dengan pembentukan istilah?Istilah (technical term) ialah kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yg khusus yg terdapat dlm sesuatu bidang ilmu atau profesional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yg tepat bagi konteks bidangnya. Manakala pembentukan istilah meliputi kerja-kerja membina istilah iaitu pemilihan kata atau frasa drpd perbendaharaan yg sedia ada dlm bahasa Melayuberdasarkan syarat-syarat tertentu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, terbitan DBP.Makna06.08.2007
Saya kurang pasti mengenai faktor pembentukan istilah dalam Bahasa Melayu. Melalui pembacaan penyerapan istilah asing, bentuk-bentuk serapan,istilah asing yang sudah lazim, pemilihan kata daripada Bahasa Melayu, pemilihan kata daripada Rumpun Melayu, perbendaharaan kata bahasa asal dinyatakan sebagai faktor. Adakah ini benar. Mohon penjelasan dan buku rujukan.Untuk makluman, pembentukan istilah melibatkan tiga proses, iaitu pemantapan, pemadanan (penterjemahan, penyerapan, penyesuaian imbuhan istilah asing, gabungan penterjemahan dan penyerapan) dan perekaciptaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tatacara pembentukan istilah, sila rujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu edisi baharu (2005) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Istilah02.02.2013
Adakah Siri Kamus istilah MABBIM Kamus Perhutanan:Pengurusan Hutan, mempunyai bentuk istilah yang mengandungi pembentukan kata atau tidak? Adakah kamus istilah dalam bidang ini mengandungi bentuk istilah yang digubal secara asli ataupun yang dipinjam?

Saudara,

Istilah yang dibentuk menerapkan pedoman pembentukan istilah seperti yang terkandung di dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah hasil sidang MABBIM. Bentuk istilah  digubal mengikut kaedah yang ditentukan di dalam buku pedoman tersebut , iaitu  istilah bahasa Inggeris diberi padanan kata  bahasa Melayu jati atau padanan kata tersebut dipinjam dan disesuaikan bentuk ejaannya mengikut pedoman sedia ada.  

Lain-lain12.02.2010
pembentukan kata-kata ganda dan kata majmukProses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh (buku-buku), separa (lelaki), dan berentak (sayur-mayur). Pembentukan kata majmuk ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan membawa makna tertentu.Tatabahasa19.10.2006
pelajar dapat menajamkan minda mereka sehingga dapat menghayati pengalaman yang diibaratkan bahtera yang saujana mata memandang munsyi, adakah ayat ini gramatis digunakan dalam karangan . TKAyat tersebut tidak gramatis. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, lihat tajuk pembentukan kata dan pembentukan ayat serta rujuk juga kamus Dewan untuk melihat aspek semantik perkataan yang digunakan.Tatabahasa29.04.2012
12345678910...

Kembali ke atas