Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.be.ri] | ڤمبري

Definisi : 1. orang yg memberi; ~ sewa orang yg pendapatannya terdiri drpd hasil sewa tanah (rumah dll); 2. suka memberi, murah hati; 3. sl pemberian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.ri] | ڤمبري

Definisi : orang yg memberikan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemberi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terdapat Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang memohon untuk menjalankan program dengan nama Diploma Pengurusan Bisnes. Soalan saya, adakah perkataan 'bisnes' ini diiktiraf di dalam kamus Melayu? Sekiranya nama program tersebut diluluskan, adakah nama tersebut akan memberi kesan negatif kepada Bahasa Melayu? Sekian, terima kasih.Padanan business dalam bahasa Melayu ialah perniagaan. Ini bermakna perkataan bisnes bukanlah bahasa yang standard, hanyalah digunakan dalam bahasa percakapan yang banyak dipengaruhi bahasa Inggeris.Istilah15.01.2015
Whistle Blower PolicyDasar Pemberi MaklumatIstilah17.08.2011
APA ISTILAH TONTO DALAM BAHASA YANG DAPAT MENERANGKANNYA DENGAN TEPATorang tengah yang bertindak sebagai pemberi maklumat dan lain-lain untuk menggagalkan tugas penguatkuasaan undang-undang dan lain-lain oleh pihak berkuasa:Tatabahasa04.10.2007
apakah terjemahan bagi 'franchisee' dan 'franchisor'?Istilah bahasa Melayu "franchisee" ialah penerima francais dan "franchisor" ialah pemberi francais.Istilah17.07.2014
Apakah imbuhan pelaku yang sesuai bagi orang yang merespons ? Adakah perespons, atau pengrespons atau penrespons ?Kami mencadangkan agar pihak tuan menggunakan pemberi maklum balas bagi menunjukkan pelaku untuk perkataan respons.Tatabahasa05.12.2019
Mencari perkataan sesuai di dalam bahasa Malaysia untuk perkataan "whistle blower"?Istilah bahasa Melayu yang sesuai bagi "whistle blower" ialah pemberi maklumat.Istilah09.07.2009
Salam, saya ingin tahu jika perkatan 'didanakan' boleh digunakan atau tidak. Terima kasih.Selamat petang,
Untuk makluman tuan/puan, dana merupakan kata nama. Perkataan "dana" boleh menerima menerbitkan perkataan lain seperti pendana dan mendanai tetapi penggunaan telah mantap sekiranya menggunakan pemberi dana dan memberi dana. Sekian, terima kasih.
Istilah09.06.2016
" You should bear expenses incurred and any other fees, expenses or recourse in respect of this product" Apakah perkataan bahasa malaysia yang sesuai bagi "recourse" di atas? Terima kasihDalam data kami, perkataan  recourse diterjemahkan sebagai berbantuan, yang bermaksud peruntukan dalam perjanjian hutang, iaitu pemberi pinjaman boleh mendapat bantuan daripada syarikat induk jika subsidari mungkir dan cagaran tidak mencukupi. Puan bolehlah melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=recourse .Penyemakan dan penterjemahan16.03.2015
Ketepatan penggunaan penanda wacana dalam karangan/esei kadang kala mengelirukan. Mohon jasa baik DBP memberikan panduan. tk.

Saudara,

Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat  lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi, Bahasa dalam Komunikasi oleh Asmah Hj. Omar.  

Lain-lain04.11.2009
1) Contoh ayat: Bersama-sama ini dilampirkan laporan dari setiap jabatan untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya. = Adakah 'jabatan' perlu ditulis dengan huruf besar di dalam surat rasmi? 2) Apakah perbezaan 'Sekian, terima kasih' dan 'Sekian, harap maklum' di dalam surat rasmi. Sekian.1. Jabatan ditulis dengan huruf kecil.
2. "Sekian, terima kasih" merupakan kata penutup yang berbentuk umum. "Sekian, harap maklum" merupakan pengharapan daripada pemberi mesej supaya penerima mesej dapat memahami maksud atau isi yang ingin disampaikan oleh pemberi mesej.
Lain-lain24.09.2018
123

Kembali ke atas