Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.be.rian] | ڤمبرين

Definisi : 1. = berian sesuatu (benda dll) yg diberikan: ia menolak ~ majikannya; 2. perihal memberikan: ~ hadiah; ~ ampun; ~ bantuan sumbangan kerajaan utk menutup (mencukupi) sebahagian drpd perbelanjaan (jabatan, perbadanan, dll); ~ percuma pemberian dgn tidak meminta bayaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.rian] | ڤمبرين

Definisi : 1 apa-apa yg diberikan: Ia enggan menerima ~ orang tuanya itu. 2 perbuatan memberikan; penyampaian: Majlis ~ hadiah itu telah dilakukan pd sebelah petang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemberian

Peribahasa

Bagai gembala diberi keris.

Bermaksud :

Pemberian yang tidak berfaedah.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yakinilah bahawa pemberian Allah lebih baik berbanding apa-apa yang kita hajati. Adakah perkataan “bahawa” dalam ayat ini boleh digugurkan?

Salam sejahtera,

Bagi maksud ayat yang dikemukakan, perkataan 'bahawa' boleh digugurkan namun hasilnya ayat menjadi kurang gramatis. Oleh itu, eloklah dikekalkan penggunaan perkataan 'bahawa' dalam ayat yang dikemukakan. Sehubungan dengan itu, terdapat sedikit pembetulan pada ayat menjadi 'Yakinilah bahawa pemberian Allah SWT adalah lebih baik berbanding perkara lain yang kita hajati.'

 

Tatabahasa07.01.2013
maksud istilah bagi 'tanah kekal' , 'tanah pajakan' , 'tanah bebas' dan 'tanah pajakan 99 tahun pemberian kerajaan' .Menurut istilah terdapat dua jenis status tanah sahaja iaitu freehold -pegangan kekal (tanah yang menjadi milik kekal), dan leasehold - pegangan pajak(tanah yang akan diambil semula selepas 99 tahun). Yang dimaksudkan sdr. tanah kekal dan tanah bebas merujuk 'freehold' dan tanah pajakan dan 99 tahun pemberian kerajaan merujuk 'leasehold'. Walau bagaimanapun istilah yang terbaharu dan tepat ( dalam bahasa Melayu) ialah seperti yang di atas.Makna10.05.2007
Apa beza persijilan dengan pensijilan?pemberian atau penganugerahan sijil setelah seseorang atau sesuatu mencapai atau memenuhi syarat-syarat, piawai dsb yg dikehendaki atau ditetapkanTatabahasa05.04.2011
Saya mohon bantuan untuk DBP komen /perbetulkan ayat di bawah: Pemberian ini diberikan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri untuk membantu perbelanjaan mengurus dan pembangunan agensi lain seperti Badan Berkanun, Pihak berkuasa Tempatan, Koperasi dan Badan-Bandan Bukan Kerajaan mengikut undang-undang dan aturan dan peraturan kewangan yang lain atau keputusan Majlis Kewangan Negara atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri/Kabinet Negeri. Nota: 'aturan dan peraturan' adalah merupakan satu perkara.aturan 1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini, menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya; 3. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. = ~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu; peraturan 1. segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipatuhi: setiap pekerja hendaklah mematuhi ~ pejabat; ~ lalu lintas; ~ mesyuarat; ~ kera jaan peraturan (ketentuan, garis panduan, dsb) yg dibuat oleh kerajaan; 2. sl hubungan keluarga (kpd);Makna16.08.2007
Adakah istilah pengupayaan bermaksud empowerment dalam bahasa Inggeris?Padanan empowerment ialah pemberian kuasa atau pemerkasaan.Istilah22.03.2013
Salam, saya ingin mendapatkan definasi perkataan PENSIJILAN. Terima kasih.Pensijilan bermaksud pemberian atau penganugerahan sijil setelah seseorang atau sesuatu mencapai atau memenuhi syarat-syarat, piawai dan sebagainya yang dikehendaki atau ditetapkan.Ejaan27.09.2012
MAKSUD PIAGAM DAN PELANGGANPiagam bermaksud 1. surat rasmi yang menyatakan pemberian hak atau tanah dll.(yang tertulis pada batu,logam,dll)2. surat atau tulisan rasmi yang mengandungi pernyataan dan persetujuan tentang sesuatu (dasar,dll.). Pelanggan bermaksud 1. pembeli(surat khabar, majalah)yang tetap2. orang(syarikat)dsb. yang membayar kepada seseorang seperti peguam untuk mendapatkan atau melakukan sesuatu bagi pihaknya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 883 dan 1202. Makna20.06.2008
Definisi dan Maksud perkataan Piagam.piagam membawa maksud, 1. surat rasmi yang menyatakan pemberian hak atau tanah. 2. surat atau tulisan rasmi yang mengandungi pernyataan dan persetujuan tentang sesuatu dasar dan lain-lain. 3.diploma atau ijazah.Lain-lain17.01.2007
Saya ingin bertanya makna personfikasi, bombastic ,ironi dan sebagainya berkitan dengan linguistikPersonifikasi ialah pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kepada benda tak bernyawa atau sesuatu yang abstrak dan lain-lain untuk mendapatkan kesan sastera atau seni, 2. pelambangan atau pengemukaan benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak sebagai mempunyai sifat-sifat manusia; mempersonifikasikan melambangkan atau mengumpamakan sesuatu benda yang tidak bernyawa (atau abstrak) sebagai manusia atau mempunyai sifat-sifat manusia: dia ~ Kuala Lumpur dengan kata-kata yang terpilih.


Bombastik ialah banyak menggunakan kata yang indah-indah dan luar biasa kelihatannya tanpa membawa pengertian yang bernas atau jelas: Arena Wati menggunakan bahasa yang sederhana dan mudah difahami, pemilihan kata-katanya dibuat begitu teliti dan tidak ~.


Ironi ialah keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya: ~nya jika Dasar Belia Nasional ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri.
Makna15.07.2013
Perbezaan di antara Penamaan dan Penjenamaan. Sekian terima kasih.Penamaan bermaksud perihal menamakan, manakala penjenamaan bermaksud pemberian jenama (nama tertentu) kepada sesuatu barang yang dihasilkan.Makna19.07.2012
1234

Kembali ke atas