PEMBETULAN AYAT: Apakah ayat yang betul? "Elakkan penggunaan gasket terpakai apabila memasang semula karburetor bagi mengelakkan sebarang kebocoran". | Cadangan ayat yang dikemukakan adalah betul penggunaan tatabahasanya. | Tatabahasa | 09.01.2020 |
Pembetulan bahasa untuk banner | Kami Pasti Kejayaan Anak Anda di pinda kepada Kami Memastikan Kejayaan Anak Anda Di.... | Penyemakan dan penterjemahan | 25.04.2014 |
Pembetulan tatabahasa dan struktur ayat: 1.Pada era kamera menggunakan film, jurufoto-jurufoto membeli berbagai-bagai jenis penapis cahaya ketika menghasikan karya mereka, namun pada era digital kebanyakan penapis tersebut telah disediakan dalam kamera ataupun boleh digunakan daripada perisian komputer bagi tujuan suntingan gambar. 2. Apabila mereka berada dalam talian, tidak ada had kepada perkara yang boleh dilakukan oleh para pelajar dengan sejumlah besar maklumat yang boleh didapati oleh mereka malah lebih daripada itu, cara mereka berkejasama dan belajar antara satu sama lain. | 1.Pada era kamera menggunakan filem, jurufoto-jurufoto membeli berbagai-bagai jenis penapis cahaya ketika menghasikan karya. Namun pada era digital, kebanyakan penapis tersebut telah disediakan di dalam kamera ataupun boleh digunakan daripada perisian komputer bagi tujuan suntingan gambar. 2. Apabila berada dalam talian, tiada had kepada perkara yang boleh dilakukan oleh para pelajar kerana maklumat yang banyak dan mereka boleh bekerjasama dan belajar antara satu dengan yang lain. | Tatabahasa | 11.12.2013 |
Pembetulan telah dibuat. Tolong sahkan. Terima kasih. | Tuan/Puan telah salah tempat menghantar iklan, sila ke domain (ruangan) sistem pengesaha bahasa. | Lain-lain | 30.04.2013 |
Pembetulan telah dibuat. Tolong sahkan. | Tuan/Puan telah salah tempat menghantar iklan, sila ke domain (ruangan) sistem pengesaha bahasa. | Lain-lain | 30.04.2013 |
Pembetulan telah dibuat. Tolong sahkan.Terima kasih. | Tuan/Puan telah salah tempat menghantar iklan, sila ke domain (ruangan) sistem pengesaha bahasa. | Lain-lain | 30.04.2013 |
pembetulan tatabahasa ayat: 1) bergantung kepada guru 2) sejak akhir ini | 1. Bergantung pada. 2. Sejak akhir-akhir ini | Tatabahasa | 30.10.2009 |
pembetulan ayat - 'masing-masing 0.2 peratus atau 0.2 peratus masing-masing' | Masing-masing 0.2 peratus. | Tatabahasa | 14.08.2008 |
Pembetulan pada soalan. 'Kerana' ialah kata hubung pancangan keterang musabab. Harap maklum | Dalam Tatabahasa Dewan, Edisi Baharu ms 241, kerana ialah kata hubung pancangan keterangan. | Tatabahasa | 12.08.2007 |
permohonan khidmat nasihat pembetulan ayat. saya sediakan lampiran di bawah. | Tuan boleh mendapatkan pengesahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan melalui dbpsahbahasa.gov.my. Dalam lampiran tuan, terdapat kesalahan bahasa dan pembetulannya adalah seperti yang berikut: 1. JURU KIMPAL (pembetulan: JURUKIMPAL) 2. Tawaran gaji & elaun yang menarik disediakan (pembetulan: Tawaran gaji dan elaun yang menarik disediakan) 3. hp (pembetulan: TB) 4. OFFICE (Pembetulan: PEJABAT: ) | Lain-lain | 06.07.2017 |