Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bia.ya.an] | ڤمبياياءن

Definisi : perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai: ~ gerakan keamanan akan merumitkan kewangan negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bia.ya.an] | ڤمبياياءن

Definisi : hal atau perbuatan membiayai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembiayaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bahagian Pembiayaan Kewanganfinancing divisionLain-lain12.11.2008
Tuan, Adakah perkataan PENERIMA BIAYA sesuai digunakan kepada pelajar yang menerima pembiayaan pendidikan? Sebelum ini pihak kami menggunakan perkataan PEMINJAM bagi pelajar yang menerima pinjaman PTPTN. Walaubagaimanapun perkataan tersebut dicadangkan ditukar kepada PENERIMA BIAYA selaras dengan pertukaran kaedah pinjaman kepada pembiayaan berasaskan syariah (perkataan "pinjaman" juga ditukar kepada "pembiayaan"). Sekian, terima kasih.

Encik Mohamad Nasdi, terima kasih kerana menggunakan khidmat Nasihat DBP.

Jika melihat daripada makna yang diberikan oleh kamus DBP, ternyata   perkataan pinjaman lebih tepat dibandingkan dengan biaya. Kerana biaya tidak perlu membayar balik sementara pinjaman perlu memulangkan balik apa yang dipinjam.

memberi ~ memberi sesuatu utk digunakan buat sementara (dgn janji akan dikembalikan apabila sampai tempohnya): siapa boleh ~ saya pisau raut? 2. = minta ~ meminta menggunakan sesuatu buat sementara (dgn maksud mengembalikannya apabila sampai tempohnya): buku ini baru saya ~ dr perpustakaan; ~ sewa membeli dgn membayar beransur-ansur (dan sebelum selesai bayarannya barang itu dianggap barang sewaan sahaja); syarikat ~-meminjam syarikat yg memberi pinjaman (wang dll); ~ kayu ara prb meminjam barang orang dgn tidak berniat utk memulangkannya; meminjam 1. menggunakan barang (buku, wang dll) orang lain utk sementara waktu, minta pinjam: kedatangannya pd saat itu adalah kerana hendak ~ sedikit wang; 2. mengambil dan menggunakan (perkataan, konsep dll) yg dipetik dsb drpd sesuatu sumber: penasihat UNESCO itu ~ konsep Majlis Penyeliaan ini dr agensi berita Perancis AFP;

perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai: ~ gerakan keamanan akan merumitkan kewangan negara;

Makna01.04.2009
Assalamualaikum. Setelah mengadakan perbincangan dengan pakar kewangan dalam kumpulan telegram Lariba, mereka mempersoalkan perkataan 'pinjaman' dan 'pembiayaan'. Dakwa mereka bahawa perkataan pinjaman digunakan untuk perbankan konvensional untuk memberi ansuran terhadap pinjaman. Sementara, pembiayaan digunakan untuk perbankan Islam untuk memberi ansuran pinjaman berasaskan syariah. Oleh itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengenai ketepatan istilah ini. Sekian terima kasih.Perkataan "Pinjaman" ialah  padanam daripada  "loan'" yang bermaksud  pinjaman dalam bentuk wang tunai. Pihak institusi kewangan memberi pinjaman  sejumlah wang tunai dan pihak peminjam perlu membayar balik  secara ansuran.  Manakala "pembiayaan"  pula padanannya "financing"  ialah pinjaman bukan  bentuk tunai  tetapi untuk pembelian aset contohnya rumah dan kereta dan peminjam juga akan membayar secara ansuran. Terpulang kepada pihak bank untuk   membezakannya terma "pinjaman" dan "pembiayaan" tersebut untuk kaedah konvensional atau islamik.Istilah07.08.2019
"DENGAN INI PIHAK KAMI JUGA MEMAKLUMKAN KEPADA PIHAK TUAN MENGIKUT SURAT AKUJANJI PIHAK KAMI BERTARIKH OKTOBER 19,1995 DIKELUARKAN KEPADA BANK PEMBIAYAAN. PIHAK KAMI DI MINTA MENYERAHKAN HAKMILIK STRATA ASAL BAGI HARTANAH TERSEBUT KEPADA PEGUAM MEWAKILI BAGI PIHAK BANK PEMBIAYAAN IAITU HONG LEONG ISLAMIC BANK BHD UNTUK MEMBUAT GADAIAN." BOLEH SEMAK AYAT SAYA?Berikut petikan yang telah disemak dengan beberapa pindaan.

DENGAN INI PIHAK KAMI MEMAKLUMKAN KEPADA PIHAK TUAN MENGIKUT SURAT AKU JANJI PIHAK KAMI YANG BERTARIKH 19 OKTOBER 1995 DAN DIKELUARKAN KEPADA BANK PEMBIAYA. PIHAK KAMI DIMINTA MENYERAHKAN HAK MILIK STRATA ASAL BAGI HARTANAH TERSEBUT KEPADA PEGUAM YANG MEWAKILI PIHAK BANK PEMBIAYA IAITU HONG LEONG ISLAMIC BANK BHD UNTUK MEMBUAT GADAIAN.
Tatabahasa14.06.2013
private financing initiativeinisiatif pembiayaan peribadiIstilah20.04.2011
history dest finance credentiallatar belakang pembiayaan hutang kelayakanIstilah07.03.2012
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Saya ingin memohon bantuan pihak DBP untuk menyemak sama ada terjemahan Bahasa Melayu berikut adalah betul. Petikan Bahasa Inggeris: "With Cagamas SRP Berhad's guarantee, does it mean customer(s) under the Scheme is only liable to the bank for 90% financing only? No, the customer(s) is liable to the bank for the full financing amount. The full financing amount could be up to 110% (for property purchase priced at RM300,000 and below) or up to 100% (for property purchase priced >RM300,000 to RM500,000). The guarantee only indemnifies the bank for any loss incurred as a result of financing above 90% level." Petikan Bahasa Melayu: "Dengan jaminan Cagamas SRP Berhad, adakah ini bermakna kewajipan pembayaran pelanggan di bawah Skim ini dihadkan kepada 90% nilai pembiayaan sahaja? Tidak, tanggungjawab pelanggan kepada bank adalah atas nilai pembiayaan penuh. Nilai pembiayaan penuh tersebut adalah sehingga 110% (untuk pembelian hartanah berharga RM300,000 dan ke bawah) atau sehingga 100% (untuk pembelian hartanah berharga >RM300,000 hingga RM500,000. Jaminan tersebut hanya melindungi bank yang terlibat daripada sebarang kerugian yang dialami akibat daripada pembiayaan yang melebihi aras 90%."

Padanan yang sesuai ialah, "Dengan jaminan Cagamas SRP Berhad, adakah kewajipan pembayaran pelanggan di bawah skim ini dihadkan kepada 90% daripada nilai pembiayaan sahaja? Tidak, pelanggan layak mendapat nilai pembiayaan penuh daripada bank sehingga 110% (untuk pembelian hartanah berharga RM300,000 dan ke bawah) atau sehingga 100% (untuk pembelian hartanah berharga lebih daripada RM300,000 hingga RM500,000. Jaminan tersebut hanya melindungi bank yang terlibat daripada sebarang kerugian untuk pembiayaan yang melebihi 90%."

Lain-lain19.09.2019
Adakah penggunaan perkataan "diterajui" betul seperti ayat di bawah: Pembiayaan pembangunan kampus tersebut perlu diterajui oleh sektor swasta. Salam dan terima kasih.Penggunaan perkataan diterajui dalam ayat tersebut betul.  Tatabahasa01.06.2010
Mohon semakan makna dan kata seerti bagi "kebitaraan"?. Contoh ayat diterima adalah tajuk surat "memohon sumbangan kewangan bagi pembiayaan kebitaraan sofbol".Bitara bermaksud tiada tara, tiada contoh penggunaan perkataan kebitaraan dalam Kamus Dewan. Walau bagaimanapun mengambil konsep makna kata terbitan daripada apitan ke-...-an dengan kata dasar membawa maksud perihal bitara. Penggunaan kebitaraan dalam konteks ayat tersebut kurang tepat.Makna15.05.2017
Salam hormat. Saya Som Meik Ea Ut tertarik dengan dana di atas dan sangat berminat untuk memohon bagi menghasilkan buku. Persoalan saya adalah adakah permohonan hanya untuk buku yang telah disiapkan atau sebelum? Ini adalah kerana dalam dokumen yang saya muat turun dinyatakan pembiayaan peringkat pertama perlu disertakan dengan manuskrip lengkap untuk 20% pembayaran pertama. Saya berharap pihak anda dapat memberikan maklum balas, dan segala kesulitan saya sudahi dengan permohonan maaf. Sekian terima kasih, Som Meik Ea Ut (012 669 5316)

Salam sejahtera puan budiman,

Dana Penggerak Industri Buku Negara (DPIBN)

Dana Penggerak Industri Buku Negara (DPIBN) merupakan dana yang diperuntukkan oleh kerajaan melalui DBP bagi membangunkan dan menyemarakkan industri penerbitan buku negara. Dana ini disediakan untuk membantu individu warganegara Malaysia yang memiliki syarikat pemilikan tunggal, penerbit bumiputera dan persatuan yang menjalankan kegiatan penerbitan buku dan pembangunan sumber manusia dalam industri perbukuan. Penerbit atau persatuan hendaklah mengirim atau menyediakan manuskrip yang lengkap dan bersih (tiada kesalahan ejaan, tatabahasa dan fakta yang tepat) untuk diserahkan kepada urus setia DPIBN. Selain itu, penerbit juga hendaklah mengemukakan borang permohonan, menyediakan laporan penilaian manuskrip, laporan cadangan judul bagi karya asli, spesifikasi buku dan surat perakuan keaslian karya.

             Manuskrip yang diterima oleh urus setia akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian dan seterusnya dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Induk DPIBN untuk kelulusan.  Setelah manuskrip diluluskan, maka pembiayaan  kepada penerbit dibuat berdasarkan kemajuan projek, iaitu kelulusan manuskrip lengkap oleh Jawatankuasa DPIBN dan setelah perjanjian ditandatangani  dibayar sebanyak 20%, manuskrip bersih yang disahkan oleh Jawatankuasa DPIBN akan dibayar 30% dan 10 naskhah buku contoh yang diserahkan kepada urus setia akan dibayar sebanyak 50%. Perlu dimaklumkan bahawa pembiayaan akan diberikan kepada penerbit untuk kerja-kerja pembinaan judul (penyelidikan, penulisan, penilaian, penyuntingan) dan penyediaan ilustrasi. Pembiayaan tidak diberikan untuk kerja percetakan. Borang permohonan dan maklumat berkaitan DPIBN boleh dimuat turun daripada laman web www.dbp.gov.my.

 

 

MOHD BIN  AMRAN DAUD

Bahagian Pengeluaran dan Penyelarasan Penerbitan

No. Tel.: 03-2147 9497

E-mel: amran2@dbp.gov.my

Tarikh: 5 November 2019


Sekian, terima kasih.

Lain-lain25.10.2019
12

Kembali ke atas