PEMBICARAAN ATAU PERBICARAAN | KEDUA-DUA PERKATAAN, PERBICARAAN DAN PEMBICARAAN ADALAH BETUL. MENURUT KAMUS, PERBICARAAN BERMAKSUD PENGADILAN SESUATU PERKARA DI MAHKAMAH. PEMBICARAAN PULA BERMAKSUD PERCAKAPAN, PERBINCANGAN. | Makna | 03.03.2011 |
PEMBICARAAN ATAU PERBICARA | KEDUA-DUA PERKATAAN, PERBICARAAN DAN PEMBICARAAN ADALAH BETUL. MENURUT KAMUS DEWAN, PERBICARAAN BERMAKSUD PENGADILAN SESUATU PERKARA DI MAHKAMAH. PEMBICARAAN PULA BERMAKSUD PERCAKAPAN, PERBINCANGAN. | Makna | 03.03.2011 |
Salam sejahtera. Bolehkah tolong jelaskan, "Hearing" dalam bidang undang-undang adakah membawa maksud pembicaraan atau perbicaraan? Contohnya dalam "Provisional Hearing". Terima kasih. | Istilah bahasa Melayu untuk "hearing" ialah pembicaraan. Perbicaraan ialah padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "trial". | Istilah | 13.04.2016 |
Mana ayat yang betul? 1a. 10 buah makalah termuat di dalam buku ini. 1b. 10 buah makalah termuat dalam buku ini. 2a. Bahagian A ialah pembicaraan mengenai... 2b. Bahagian A adalah pembicaraan mengenai... 3a. Di dalam buku ini, penulis memasukkan... 3b. Dalam buku ini, penulis memasukkan... 4a. Kesemua makalah dimasukkan ke dalam Bahagian A. 4b. Kesemua makalah dimasukkan dalam Bahagian A. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1b. 10 buah makalah termuat dalam buku ini. 2a. Bahagian A ialah pembicaraan mengenai ... 3b. Dalam buku ini, penulis memasukkan ... 4b. Kesemua makalah dimasukkan dalam Bahagian | Tatabahasa | 17.06.2014 |
Resensi mengikut kamus dewan - pertimbangan atau pembicaraan buku dll. Adakah betul dari segi bahasa jika saya menganjurkan satu program keilmuan dan menamakan program tersebut "Resensi Ilmu" . tk | Penamaan program “Resensi Ilmu” kurang tepat. Perkataan “dan lain-lain” dalam maksud resensi merujuk kepada bahan-bahan yang setaraf dengan buku, seperti novel, majalah, makalah, dan jurnal. Program yang selalu dibuat ialah “Resensi Buku”. Bagi program keilmuan dicadangkan “Wacana” yang merujuk kepada perbincangan atau pertukaran idea secara lisan yang bersifat intelektual. | Lain-lain | 19.02.2014 |
apakah makna tema? | Mengikut Kamus Dewan, kata ‘tema’ bermaksud subjek yang menjadi dasar sesuatu pembicaraan, wacana, karangan dan cerita. | Makna | 22.09.2014 |
laras bahasa merupakan unsur bahasa dan bukannya unsur makna.sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataaan tersebut.berikan contoh laras yang sesuai bagi menyokong pendapat anda | Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, laras bahasa ialah variasi bahasa menurut penggunaan yang dihubungkan dengan sesuatu keadaan atau situasi yang berbeza-beza menurut tajuk pembicaraan, hubungan antara pembicara, dan situasi pembicaraan. Contoh laras bahasa umum: Dilarang memijak rumput, contoh laras bahasa undang-undang: Tertakluk pada terma dan syarat | Lain-lain | 17.03.2009 |
apakah perbezaan antara tema dan maksud dalam sesebuah seloka ? | Tuan, Untuk makluman, seloka bermaksud puisi yang berisi ajaran (sindiran, jenaka dll). Tema dalam seloka ialah subjek yang menjadi dasar/pokok sesuatu pembicaraan dalam seloka. Manakala, maksud dalam seloka pula ialah tujuan sesebuah seloka itu dicipta, sama ada mengejek, menyindir secara serius atau berjenaka, mengkritik tingkah laku, sikap atau sifat negatif dan sebagainya. | Sastera | 22.04.2019 |
Apakah perbezaan antara dua peribahasa berikut: 1. Kusut di hujung bawa ke pangkal 2. Sesat dihujung jalan balik ke pangkal jalan Terima kasih | Peribahasa kusut di hujung bawa ke pangkal bermaksud pembicaraan yang sudah melentur kian ke mari, hendaklah segera kembali ke pokok masalah. Sesat dihujung jalan balik ke pangkal jalan pula bermaksud kalau dalam perundingan tidak mencapai kata sepakat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya dari semula. | Makna | 26.08.2015 |
Assalamualaikum,, Saya ingin bertanyakan maksud ragam bahasa, dan juga adakah Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai buku bertajuk karang mengarang melayu yang ditulis oleh Zaaba,, Terima kasih | Menurut data kami, maksud "ragam bahasa" ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya, yang berkaitan dengan situasi (tajuk pembicaraan, bidang, dan lain-lain yang tertentu. Untuk maklumat lanjut, berkenaan pembelian buku puan bolehlah menghubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. | Makna | 26.01.2017 |