Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bim.bing] | ڤمبيمبيڠ

Definisi : orang yg membimbing, pemandu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bim.bing] | ڤمبيمبيڠ

Definisi : 1 orang yg membimbing; penuntun. 2 sesuatu yg digunakan utk membimbing (spt buku-buku tertentu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembimbing


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, minta bantuan Tuan. saya membuat kajian mengenai tajuk ini: 1. MANAGERIAL COACHING: betulkan dalam bahasa 'Pengerusan Kejurulatihan 2. MANAGER AS A COACH : dalam konteks pengurusan bolehkan saya menyatakan peranan pengurus sebagai PEMBIMBING, kerana saya rasa tidak sesuai untuk menyatakan peranan pengurus sebagai jurulatih.Dalam konteks ini,kami berpendapat perkataan PEMBIMBING sesuai digunakan.Istilah20.03.2016
istilah perkataan mentorMakna mentor ialah pembimbing atau penasihat (yg arif dan berpengalaman) kpd seseorang.Makna24.09.2008
Assalamualaikum Saya ingin mendapatkan penjelasan terperinci tentang maksud rangkaikata berikut: 1. berpengetahuan mendalam 2. berkemahiran tinggi 3. berpengalaman luas 4. pakar bidang pengkhususan 5. mengamalkan nilai profesional 6. meningkatkan profesionalisme 7. pakar rujuk 8. pembimbing yang diperakui Sekian, terima kasih.Saudara boleh merujuk Jabatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan atau kementerian-kementerian yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat terperinci berkenaan frasa di bawah. Hanya 'pakar rujuk' merupakan rangkai kata.

1. berpengetahuan mendalam
 2. berkemahiran tinggi
3. berpengalaman luas
4. pakar bidang pengkhususan
5. mengamalkan nilai profesional
6. meningkatkan profesionalisme
7. pakar rujuk - ahli (mahir, pandai sekali) dlm sesuatu ilmu dll: orang yg ~ ; 2. orang yg ahli (pandai sekali, mahir) dlm sesuatu ilmu dll: ~ ekonomi; ~ kewangan; ~ tanaman; ~ runding pakar (dlm sesuatu bidang atau ilmu pengetahuan) yg dirujuk atau dirunding utk melaksanakan atau menyelesaikan sesuatu
 8. pembimbing yang diperakui
Tatabahasa04.10.2012
Assalamualaikum... Perkataan mentor-menti atau mentor menti tergolong dalam bentuk kata ganda atau kata majmuk? Terima kasihPerkataan mentor menti merupakan dua morfem bebas, bukannya kata ganda atau kata majmuk. Mentor bermaksud pembimbing atau penasihat manakala menti bermaksud orang yang diberi tinjuk ajar. Sama juga dengan perkataan ibu bapa, suami isteri.  Kata ganda ialah proses menggandakan kata dasar, kata majmuk pula terhasil daripada proses merangkaikan dua atau lebih kata dasar yang membawa maksud tertentu. Rujuk Tatabahasa Dewan halaman 76-79 untuk kata kata dan halaman 133-141 untuk kata majmuk.Tatabahasa02.03.2014
Saya ingin mengetahui istilah yang betul untuk "talent pool" dan "talent bench strenght" serta "coaching and mentoring"Kesemua istilah yang dikemukakan berkaitan pengurusan atau pentadbiran yang belum didaftarkan padanan nya dalam bahasa Melayu. Talent pool bermaksud pengurusan/program membangunkan kerjaya pekerja yang berpotensi. Berdasarkan istilah sumur /telaga minyak, saya cadangkan talent pool = sumur sumber manusia/sumur pekerja. Talent bench strenght = kekuatan tanda aras sumber manusia. Daripada istilah Coach = pembimbing, jurulatih, koc. mentor = mentor. Dicadangkan Coaching= bimbingan, kejurulatihan.Istilah30.07.2011

Kembali ke atas