Apakah tugas kerja pembinaan sastera? | Assalamualaikum, saudara, Bidang tugas pembinaan sastera dalam konteks peranan Dewan Bahasa dan Pustaka secara umumnya tertumpu kepada usaha- usaha pembinaan korpus sastera, pembinaan bakat dan kepakaran, pengiktirafan serta pemasyarakatan sastera untuk memastikan sastera kebangsaan dihayati, dinikmati dan dimanfaatkan di peringkat kebangsaan bahkan di persada antarabangsa. Pembinaan korpus sastera melalui penerbitan karya sastera kreatif dan bukan kreatif, karya asli, terjemahan karya tempatan ke dalam bhasa Inggeris /adaptasi, yang bersifat umum, ilmiah dan rujukan bacaan tambahan untuk semua peringkat khalayak pembaca yang bermutu memenuhi cita rasa khalayak pelbagai kaum/ etnik (prasekolah, kanak-kanak, remaja dan dewasa) seperti cerpen, novel, puisi, drama, dan kosa kata kesusasteraan Melayu moden dan tradisional dan glosari istilah sastera. Pembinaan bakat dan kepakaran bahkan pengiktirafan termasuklah melalui pelbagai aktiviti seperti meningkatkan keterampilan penulis melalui usaha penataran dan pembinaan penulis di peringkat kebangsaan, memberikan bantuan dalam bentuk kepakaran kepada individu atau kumpulan untuk menghasilkan kegiatan sastera atau projrk penulisan yang bermutu tinggi dalam bahasa kebangsaan. bahkan DBP juga merupakan badan induk yang memberi pengiktirafan, penghargaan dan hadiah yang sesuai kepada sasterawan atau penulis yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan kebangsaan Malaysia, seperti Anugerah Sastera Negara, Hadiah Sastera Perdana Malaysia bahkan menjadi sekreteriat bagi peniktirafan dari luar negara. . Usaha-usaha yang dilaksanakan ini dilipatgandakan lagi dengan usaha menmasyarakatkan sastera supaya sampai kepada khalayak. Pelbagai usaha dilakukan untuk memasyarakatkan sastera secara menyeluruh, termasuklah aktiviti-aktiviti ceramah sastera, seminar, kelab sastera, pementasan teater bagi menghidupkan suasana seni sastera dan seni budaya yang dinamik yang dapat mendorong penciptaan karya dan penghayatan seni dalam kalangan penulis dan masyarakat seluruhnya melalui wahana sastera. sekian, terima kasih. | Sastera | 16.03.2011 |
Pembinaan model menara ini adalah sebahagian daripada (K)empen (P)emeliharaan (A)lam (S)ekitar yang dianjurkan oleh kakitangan kompleks beli-belah ini. ADAKAH Kempen Pemeliharaan Alam Sekitar kena huruf besar? Terima kasih | Perkataan tersebut merupakan perkataan umum kerana kempen pemiliharaan alam sekitar banyak yang telah dianjurkan di tempat lain, melainkan kempen tersebut dijadikan satu nama khas atau program khas baru ditulis dengan huruf besar. Contoh Kempen Pemeliharaan Alam Sekitar DBKL | Tatabahasa | 28.09.2016 |
Pembinaan model menara ini adalah sebahagian daripada (K)empen (P)emeliharaan (A)lam (S)ekitar yang dianjurkan oleh kakitangan kompleks beli-belah ini. ADAKAH Kempen Pemeliharaan Alam Sekitar kena huruf besar? Terima kasih. | Perkataan tersebut perkataan umum kerana kempen pemiliharaan alam sekitar banyak yang telah dianjurkan di tempat lain, melainkan kempen tersebut dijadikan satu nama khas atau program khas baru ditulis dengan huruf besar. | Lain-lain | 26.09.2016 |
sejarah pembinaan bahasa melayu | Bahasa Melayu tergolong dalam rumpun Austronesia. Sejarah bahasa Melayu mempunyai sejarah yang panjang. Pakar-pakar LInguistik percaya sejarah bahasa Melayu bermula pada abad ke-7. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan semasa pemerintahan kerajaan Srivijaya. Perkembangan bahasa Melayu berterusan dan pada abad ke-16, bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu, bahasa agama, bahasa undang-undang, bahasa ketatanegaraan, bahasa diplomasi, dan bahasa peredagangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku bertajuk Malay : World Language oleh James T. Collin, Perancangan Bahasa di Asia Tenggara oleh Prof Abdullah Hassan, Parancangan Bahasa dengan Rujukan Khas kepada Perancangan bahasa Melayu oleh Prof Asmah Hj Omar, dan Ceritera Bahasa oleh Prof Awang Sariyan. | Lain-lain | 01.09.2007 |
rein statement (pembinaan) | pengembalian semula | Istilah | 21.10.2011 |
Mohon semakan bagi 3 cadangan tajuk syarahan program bicara seni kami - "Penghayatan Sejrah Dalam Pembinaan Jati Diri Bangsa" - "Penghayatan Sejarah Dalam Membina Jati Diri Bangsa" - "Penghayatan Sejarah : Pembinaan Jati Diri Bangsa" | Antara ketiga-tiga tajuk tersebut, tajuk yang paling baik ialah "Penghayatan Sejarah Dalam Pembinaan Jati Diri Bangsa. | Tatabahasa | 14.05.2014 |
pembinaan kosa kata bahasa melayu berubah mengikut zaman.. | Pembinaan kosa kata bahasa Melayu tidak berubah mengikut zaman, yang berubah ialah ejaan berdasarkan pola keselarasan bagi menyeragamkan bentukejaan. | Tatabahasa | 16.02.2009 |
Saya ingin tahu SumbanganDBP dalam Pembinaan Bahasa Melayu | Usaha pembinaan bahasa Melayu dibuat melalui kerja-kerja peristilahan, perkamusan dan penyelidikan. Dalam bidang peristilahan jutaan istilah digubal dalam pelbagai bidang, buku, glosari dan kamus istilah diterbitkan. Bidang perkamusan pula memperlihatkan penyusunan dan penerbitan Kamus ekabahasa,dwibahasa, kamus besar(peringkat penyusunan) dll.. Dalam bidang penyelidikan kerja-kerja pengumpulan data korpus, kajian dialek, kajian laras dan gaya bahasa dll. dilaksanakan. | Lain-lain | 21.04.2008 |
perbezaan antara pusat pembinaan dan pusat perkembangan bahasa melayu | Menurut data kami, maksud pembinaan ialah 1. perbuatan (kegiatan, usaha, dan sebagainya) membina (mendirikan, membangunkan): ~ jambatan; 2. pembangunan: ~ negara; 3. perihal membina (tubuh dan sebagainya): zat-zat yang membantu ~ tubuh; 4. perbuatan membina (bahasa): ~ bahasa; manakala perkembangan ialah perihal (proses dan sebagainya) berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, dan sebagainya), pertumbuhan, kemajuan: ~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; dengan~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yang dapat dikeluarkan; ~ politik; ~ ilmu pengetahuan; | Makna | 24.12.2015 |
sumbangan dewan bahasa dan pustaka terhadap pembinaan bahasa melayu | Dalam pembinaan bahasa Melayu DBP bertanggungjawab antaranya membentuk dan menyelaraskan istilah dalam pelbagai bidang, menyeragamkan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu, mengusahakan pelbagai kamus, mengusahakan buku tatabahasa bahasa Melayu dan membina pangkalan data korpus bahasa Melayu melalui pelbagai kajian dan penyelidikan . Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui buku laporan tahunan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu. | Lain-lain | 24.07.2008 |