Assalamualaikum wbt YBhg Tuan/Puan, Minta nasihat untuk kata ganda bagi perkataan 'pemboleh ubah' yang betul. Adakah pemboleh-pemboleh ubah atau pemboleh ubah-pemboleh ubah? Terima kasih. | Bentuk kata ganda yang betul ialah “pemboleh ubah-pemboleh ubah”. | Lain-lain | 12.09.2022 |
Tuan / Puan, Penggunaan ayat / perkataan manakah yang betul? 1a) Tolakan udara ini dikenali sebagai tekanan udara. 1b) Tolakan udara ini dikenal sebagai tekanan udara. 2a) Pemboleh ubah- pemboleh ubah 2b) Pemboleh-pemboleh ubah 3a) Kita dapat menikmati pelbagai sajian makanan. 3b) Kita dapat menikmati pelbagai sajian. 4a) Ibu menghidangkan pelbagai juadah kepada tetamu. 4b) Ibu menghidangkan pelbagai juadah makanan kepada tetamu. 5a) Di akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 5b) Pada akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 6a) Di awal eksperimen, air akan mendidih. 6b) Pada awal eksperimen, air akan mendidih. 7a) Bahan toksik. 7b) Bahan yang toksik. 7c) Bahan yang bertoksik. 8a) Meramalkan kejadian taufan. 8b) Meramalkan taufan. 8c) Meramalkan ribut taufan. Sekian, terima kasih. CK | Yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut: 1. Tolakan udara ini dikenali sebagai tekanan udara. 2. Pemboleh-pemboleh ubah 3. Kita dapat menikmati pelbagai sajian makanan 4.Ibu menghidangkan pelbagai juadah makanan kepada tetamu. 5. Pada akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 6. Pada awal eksperimen, air akan mendidih. 7. Bahan toksik 8. Meramalkan taufan | Tatabahasa | 24.11.2011 |
Soalan saya. Pemboleh ubah dimanipulasi atau pemboleh ubah dimanipulasikan? | Terjemahan bagi "manipulated variable" ialah pemboleh ubah manipulasi atau pemboleh ubah dimanipulasikan. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.06.2015 |
Merujuk kepada maklum balas pihak tuan bertarikh 4 Oktober 2017, bersama-sama ini disertakan cadangan dalam Bahasa Melayu bagi istilah Bahasa Inggeris yang berikut untuk perhatian tuan selanjutnya. i) suppressor variable : pemboleh ubah penekan (dalam konteks statistik, pemboleh ubah ini berfungsi untuk menekan (suppress) varians yang tidak berkaitan dalam pemboleh ubah tidak bersandar. Hasilnya, suatu perhubungan sifar atau menghampiri sifar dapat dilihat antara pemboleh ubah penekan dengan pemboleh ubah bersandar. Selain itu, pemboleh ubah penekan turut mempunyai hubungan linear dengan satu atau lebih pemboleh ubah tidak bersandar. Pemboleh ubah penekan ini turut tergolong dalam kelompok pemboleh ubah tidak bersandar dalam model regresi linear pelbagai. ii) reciprocal suppression : tekanan timbal-balik iii) inconsistent mediation : pengantaraan tidak konsisten iv) bias-corrected confidence interval : selang keyakinan pesongan-dibetulkan v) negative suppression: tekanan negatif Adalah diharapkan agar pihak tuan dapat membantu dalam terjemahan istilah tersebut. Bantuan dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. | Disampaikan maklumat yang dilampirkan untuk makluman dan perhatian tuan selanjutnya. Terima kasih. | Istilah | 06.10.2017 |
Salam sejahtera, Mohon pencerahan cara menulis perkataan "pemboleh ubah". Dalam bahagian Khidmat Nasihat "pemboleh ubah" adalah betul. Tetapi bahagian: 1. Kamus BI 2. Istilah MABBIM 3. Istilah Malaysia menunjukkan cara menulis yang berlainan iaitu "pembolehubah". Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah pemboleh ubah. | Ejaan | 23.08.2017 |
Assalam.. penulisan pembolehubah yang betul? pemboleh ubah atau pembolehubah | Ejaan yang betul ialah pemboleh ubah. | Ejaan | 26.01.2015 |
Selamat petang, saya ingin pastikan yg mana betul; pembolehubah atau pemboleh ubah, terima kasih | Ejaan yang betul ialah pemboleh ubah. | Ejaan | 30.08.2013 |
boleh ke guna ayat argumen | Soalan yang dikemukakan kurang jelas. Untuk makluman, argument bermaksud: 1. Pemboleh ubah bebas. 2. Nilai bagi pemboleh ubah bebas. | Lain-lain | 24.01.2017 |
Mohon terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu: 1. Endogenous Variable 2. Exogenous Variable 3. Latent Variable 4. Koefisien Determination | Padanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut: 1. Endogenous Variable - Pemboleh Ubah Endogen 2. Exogenous Variable - Pemboleh Ubah Eksogen 3. Latent Variable - Pemboleh Ubah Pendam 4. Coefficient Determination - Penentuan Pekali | Istilah | 21.09.2016 |
Apakah perbezaan makna dan penggunaan bagi perkataan pemboleh ubah dan angkubah? | “Pemboleh ubah” ialah “sesuatu faktor seperti unsur, ciri, angka dan sebagainya yang tidak tetap iaitu perlu diambil kira dalam sesuatu atau perhitungan”, manakala “angkubah” pula ialah "sesuatu seperti faktor, kuantiti, perkara dan sebagainya yang berubah-ubah keadaannya". Kedua-dua perkataan tidak banyak perbezaannya. | Tatabahasa | 04.02.2022 |