Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.buang] | ڤمبواڠ

Definisi : orang yg membuang sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembuang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah 'Detasseler' (Pertanian) Sekian, terima kasih.Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pembuang tasel atau mesin buang tasel.Istilah30.01.2016
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah 'Wood Lawn Weeder'? Sekian, terima kasih.Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk 'Wood Lawn Weeder" ialah Pencabut Rumpai Berbatang Kayu atau Pembuang Rumpai Berbatang Kayu.Istilah03.03.2016
Salam sejahtera tua/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah berikut: 1. Weeder 2. Calf & Cow Covers 3. Calf Debudding Equipment & Supplies 4. Electric Dehorner 5. Chin Ball Mating Harness Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
 
1. Weeder -Pencabut Rumpai/Pembuang Rumpai
2. Calf & Cow Covers - Penutup Badan Anak Lembu dan Lembu
3. Calf Debudding Equipment & Supplies - Peralatan Pembuangan Sel Penghasilan Tanduk
4. Electric Dehorner - Pembuang Tanduk Elektrik
5. Chin Ball Mating Harness - Abah-Abah Pengawanan di Dagu Lembu
Istilah02.03.2016

Kembali ke atas