Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bu.ka] | ڤمبوک

Definisi : 1. orang yg membuka; 2. alat utk membuka (sesuatu): ~ botol; ~ surat; 3. awal, permulaan: ~ kata; ~ jalan a) perintis, pelopor; b) sesuatu yg memberikan atau mengadakan peluang (kesempatan); ~ jalan fikiran sesuatu yg menimbulkan kesedaran: petunjuk Allah adalah ~ jalan fikiran dan penyuluh hidup yg sebenar; ~ langkah sesuatu yg memulakan (kegiatan dll); ~ mata sesuatu yg menyedarkan orang atau pihak yg tertentu drpd kesilapan, kekurangan atau sesuatu yg tidak diketahui sebelum ini: kebangkitan pemain senior yg menyerlah dlm beberapa kejohanan besar menjadi ~ mata masyarakat tempatan dan antarabangsa; ~ pintu sesuatu yg memberi kesempatan kpd, sesuatu yg merintis jalan kpd; ~ selera makanan yg boleh mendatangkan selera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bu.ka] | ڤمبوک

Definisi : 1 orang yg membuka: ~ jalan. 2 alat yg digunakan utk membuka: ~ botol. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembuka

Puisi
 

Sudah ada kereta api,
     Pergi ke Kapar membeli benang;
Sudah dapat pembuka hati,
     Perut yang lapar menjadi kenyang.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan tanda pembuka kata dan pembuka kata masih dipakai pada moto BERKHIDMAT UNTU NEGARA pada penutup isi surat rasmi....t kasihTanda pembuka kata masih lagi digunakan, misalnya seperti "Berkhidmat Untuk Negara", "Bersih, Cekap, Amanah" dan "Bahasa Jiwa Bangsa". T.kasih.Lain-lain03.07.2008
1. mutiara kata atau kata mutiara? 2. hikmah kata atau kata hikmah ? 3. pembuka kata atau kata pembuka? 4. madah kata atau kata madah ?Perkataan yang betul ialah 1. mutiara kata 2. kata hikmah 3. pembuka kata  4. madahEjaan01.02.2012
Ingin bertanya, jika terdapat dialog di tengah ayat, adakah selepas pembuka kata huruf kecil @ huruf besar? CTH: (Dia membalas, “selagi Farhah jauhkan diri dari Azrul, selagi tu dia akan kacau Farhah.)Berdasarkan contoh ayat yang tuan berikan, selepas pembuka kata dieja dengan huruf kecil, kecuali jika pembuka kata itu merupakan perkataan pertama yang banyak kita temukan dalam dialog barulah ditulis dengan huruf besar.Ejaan05.02.2014
Bagaimana cara menggunakan pembuka kata dialog yang tepat?Saya masih keliru dengan penggunaan koma di dalam pembuka kata. Contohnya, Apakah betul ayat ini, "Aduh! Sakitnya!", saya menjerit. "Aduh! Sakitnya!" Saya menjerit. Mohon pencerahan daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih.

Patutnya ditulis begini; "Aduh, sakitnya!" Saya menjerit. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan.

Tatabahasa18.03.2010
Saya mempunyai kemusykilan tentang penggunaan tanda baca. Bilakah tanda baca pembuka dan penutup kata paling tepat digunakan (" ")? Sekiranya kita merujuk tajuk dalam syarahan, adakah perlu menggunakan satu pembuka kata sahaja (') kerana cara ini yang sering digunakan dalam kertas peperiksaan. Sekiranya merujuk tajuk buku atau cerpen, kita perlu menggunakan (" ") bukan? Terima kasih.Tanda petik (" ") digunakan untuk tujuan tertentu seperti berikut: a) mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis, b) Mengapit judul rencana, karangan, puisi atau bab buku yang dipakai dalam ayat.cth: Rencana yang ditulisnya, "Manusia dan Alam Sekitar", terpilih ke peringkat akhir peraduan menulis rencana anjuran Pwrsatua Sains. c) Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. cth: Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini.

Bagi merujuk tajuk dalam syarahan penggunaan tanda petik (" ") adalah tepat berbanding tanda petik tunggal (' '). Tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapait tanda petik. cth: "Amboi! Sejak menjadi "orang kaya baru', batang hidungnya pun tak nampak," sindir Hasyim.

Untuk merujuk tajuk buku atau cerpen, boleh menggunakan tanda petik (" ")  atau menggunakan huruf condong bagi menunjukkan ada sesuatu berlainan dalam frasa.
Tatabahasa03.08.2012
Saya masih keliru tentang cara penggunaan pembuka dan penutup kata bagi cakap ajuk yang berlangsung sehingga beberapa perenggan. Contoh: Perenggan satu: "Bila balik raya kami akan tinggal di rumah ibu saudara. Diikuti sambungannya pada perenggan kedua: Anak saudara saya sekarang ni dah 10 orang jadi saya seronok melayan telatah mereka," kata Anuar. Soalan saya, perlu kah diletakkan pembuka kata pada pembukaan perenggan kedua sedangkan dialog pertama tadi belum berakhir?Perenggan satu. "Bila balik raya kami akan tinggal di rumah ibu saudara."
Diikuti sambungannya pada perenggan kedua: Anak saudara saya sekarang ni dah 10 orang jadi saya seronok melayan telatah mereka," kata Anuar.

Ada beberapa cara seperti boleh gabungkan ayat dalam perenggan kedua dalam perenggan pertama. Hanya perlu masukkan pembuka kata pada pangkal ayat dan penutup kata kata hujung ayat bagi dialog yang diucapkan oleh orang yang sama.
Ataupun pada perenggan kedua perlu ada tanda petik pada pembuka kata... "Anak saudara saya.... manakala dihujung ayat bagi perenggan satu perlu ada pelaku dialog seperti ..ibu saudara." cerita Anuar.
Tatabahasa02.08.2012
1. Mana yang betul jika kita hendak menggunakan perkataan Majlis Penutup atau Majlis Penutupan dan Majlis Pembuka atau Majlis Pembukaan. 2. Jika pada poster/buku program/kain rentang perkataan mana yang sesuai ? 3. Atas dasar tatabahasa/fonetik/fonologi mengapakah ia dipilih ? Majlis Penutup atau Majlis Penutupan dan Majlis Pembuka/Majlis Pembukaan ?

Majlis Penutupan dan Majlis Pembukaan/Perasmian.

Pemilihan ini disesuaikan dengan makna yang mendukung setiap kata tersebut, penutupan bermaksud perihal menutup (menutupi, menutupkan), penamatan, pengakhiran, penyudahan; manakala pembukaan bermaksud perihal atau perbuatan membuka, permulaan.

Tatabahasa17.05.2008
Adakah betul sesuatu perkataan Inggeris apabila digunakan dalam sesuatu artikel dalam Bahasa Malaysia perkataan Inggeris tersebut dicondongkan. Selain dari dicondongkan ada juga yang menggunakan pembuka kata " dan penutup kata " bagi perkataan inggeris berkenaan. Pohon penjelasan pihak tuan. Terima kasih.Dalam penulisan bahasa Melayu, sekiranya terdapat bahasa asing, perkataan tersebut perlu dicondongkan atau menggunakan kata petik (kata pembuka dan penutup kata). Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa asing perlu dielakkan dalam penulisan dalam bahasa Melayu. Penulis digalakkan menggunakan bahasa Melayu dan mencari padanan bahasa Melayu yang tepat.Tatabahasa27.11.2013
Tuan, kata-kata pembuka cerita seperti syahadan, sebermula dan alkisah boleh digunakan dalam karangan zaman ini tak? Tuan sila lihat ayat-ayat yang telah saya bina, tengok betul tak ayat saya: 1. Alkisah terdapat seorang pemabuk yang terlanggar oleh kereta semalam. 2. Syahadan dia ditangkap oleh guru disiplin oleh memakai (menggunakan) telefon bimbit di sekolah. 3. Sebermula orang itu pun segera memalu (memukul) meja maka (lalu) meninggalkan bilik mesyuarat itu. Saya difahamkan oleh Kamus Dewan bahawa kata-kata seperti alkisah, sebermula dan syahadan digunakan di pangkal atau permulaan ayat untuk memulakan cerita. Jadi bolehkah perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam ayat yang telah saya bina?Perkataan syahadan, sebermula dan alkisah digunakan di pangkal atau permulaan ayat untuk memulakan cerita. Oleh itu, contoh ayat yang tuan berikan di atas adalah betul penggunaannya. Biasanya, perkataan tersebut digunakan dalam penulisan buku sastera.Sastera07.12.2014
ADAKAH PERLU KITA MELETAKKAN TANDA PEMBUKA KATA = ' ' UNTUK NAMA PROGRAM. CONTOHNYA 'PROGRAM CELIK WANG'. ADAKAH PERLU? TERIMA KASIHBoleh dibubuh tanda petik (" ") bagi nama program, seperti Persatuan Penduduk Taman Keramat akan menganjurkan program "CELIK AL-QURAN" pada minggu hadapan.Tatabahasa09.05.2016
123

Kembali ke atas