Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.buk.tian] | ڤمبوقتين

Definisi : perihal (perbuatan, usaha, dsb) membuktikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembuktian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ingin mencari istilah yang tepat dalam bahasa melayu bagi PROOF OF CONCEPT (POC)..Adakah Pembuktian Konsep boleh merujuk tepat kepada POC... terima kasih A proof of concept (POC) or a proof of principle is a realization of a certain method or idea to demonstrate its feasibility, or a demonstration in principle, whose purpose is to verify that some concept or theory has the potential of being used. A proof of concept is usually small and may or may not be complete.Cadangan terjemahan proof of concept kepada pembuktian konsep boleh diterima.Penyemakan dan penterjemahan26.06.2015
assalamualaikum tuan/puan yang dihormati, saya kurang pasti jika tajuk artikel saya ini sesuai atau tidak dalam konteks penggunaan kata 'jati diri' tajuk artikel: keberkesanan kerja projek dalam membentuk jati diri pelajar terima kasih .

Mengikut Kamus Dewan, jati diri ialah sifat atau ciri yang unik dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya, agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa; identiti. Tajuk ini yang puan cadangkan terlalu umum. Tajuk ini sesuai sekiranya puan memperincikan bidang dalam kerja projek, dan yang paling penting puan harus berjaya mengaitkan perkara ini:  Bagaimana keberkesanan kerja projek (dalam bidang tersebut) dapat membentuk jati diri pelajar? Dan tidak kurang penting juga puan harus dapat membuat pembuktian dalam perkara ini.

Makna02.03.2014

Kembali ke atas