Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bung.kus] | ڤمبوڠکوس

Definisi : 1. bahan (kertas, kain, daun, dsb) utk membungkus sesuatu; 2. orang (syarikat dsb) yg membungkus; 3. sesuatu yg digunakan utk atau dlm kerja membungkus: mesin ~ gula-gula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bung.kus] | ڤمبوڠکوس

Definisi : bahan (kertas, kain, daun) utk membalut sesuatu: daun ~ nasi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bung.kus] | ڤمبوڠکوس

Definisi : sesuatu (kertas, kain dsb) yg digunakan utk membungkus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembungkus

Puisi
 

Anik-anik daun kedayan,
     Sungguhnya anik pembungkus nasi;
Anik-anik kedayan,
     Sungguhnya anik berani mati.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Syarikat saya mahu membuat papan iklan di pejabat saya. Saya mahu pastikan ejaan dan tatabahasa yang betul. Pihak tuan tolong nasihatkan kami untuk: "Pembungkus dan pengedar serbuk makanan kering" Kerjasama pihak tuan sangat sangat di harapkan. terima kasih.Ejaan  dan tatabahasa bagi frasa "Pembungkus dan pengedar serbuk makanan kering" betul. 

Bagi digunakan pada papan iklan pejabat, ejaan yang tepat ialah Pembungkus dan Pengedar Serbuk Makanan Kering" .
Lain-lain29.08.2013
Kepada orang ramai, individu atau sesiapa yang membuang sampah puntung rokok, kertas tisu, pembungkus makanan, tin, botol, kotak, bekas minuman dan sebagainya di merata-rata tempat atau ditempat awam adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 47 (1) (a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan1974 (Akta 133). Sila ambil perhatian bagi kesalahan ini boleh dikenakan kompaun sehingga RM 500 atau kompaun RM 10.00 serta merta. Saya ingin menyemak penggunaan kesemua perkataan ini dengan betul.Setelah dibuat pembetulan - Perbuatan membuang sampah di tempat awam termasuklah puntung rokok, kertas tisu, pembungkus makanan, tin, botol, kotak, bekas minuman dan sebagainya merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 47 (1) (a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Setiap kesalahan ini boleh dikenakan denda sehingga RM500.00 atau RM10.00 serta-merta di tempat kejadian. Tatabahasa02.07.2008

Kembali ke atas