Assalamualaikum..boleh jelaskan tentang makna perkataan "pembungkusan"? | Pembungkusan ialah perihal atau proses membungkus, lihat pembungkusan">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pembungkusan untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 30.07.2012 |
I.Pemulaun II.Pengesyoran III.Pengangkutan IV.Pembungkusan. Soalan : Yang manakah kata dasarnya terdiri drp KN?? bagaimana nak kenal pasti?? TQVM DBP | 2. Pengesyoran, 3. Pengangkutan dan 4. Pembungkusan. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tesaurus Bahasa Melayu Dewan. | Tatabahasa | 29.05.2011 |
Assalamualaikum, saya ingin mengemukakan satu persoalan, yang manakah kata dasarnya terdiri daripada kata nama? Mengapa? I : Pemulauan II : Pengesyoran III: Pengangkutan IV : Pembungkusan | Jika yang dimaksudkan ialah kata dasar ada dua perkataan iaitu pengangkutan - kata dasarnya angkutan dan pembungkusan - kata dasarnya bungkus. Jika merujuk kata akar hanya satu sahaja iaitu pembungkusan - bungkus. Sila rujuk pihak yang menyediakan/menerbitkan soalan tersebut untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 26.05.2011 |
Adakah perkataan di bawah merupakan kata dasar yang terdiri daripada Kata Nama 1- Pemulauan 2- Pengesyoran 3- Pengangkutan 4- Pembungkusan Boleh jelaskan TQVM | Kata dasar ialah kata kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. jawapan kepada soalan saudara ialah: 2. Pengesyoran (syor sama makna dengan cadangan - kata nama), 3. Pengangkutan (angkutan - kata nama) dan 4. Pembungkusan (bungkus - kata nama). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tesaurus Bahasa Melayu Dewan. | Tatabahasa | 27.05.2011 |
Saya ingin mencari translation LED Packaging yang berlandaskan saintifik/industri. Packaging yang dimakusdkan ada lah seperti rekabentuk package sesuatu komponen. Pembungkusan adalah translation yang tidak selari dengan maksud sebenar. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah pakej LED. | Istilah | 20.06.2008 |