Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bu.nuh] | ڤمبونوه

Definisi : 1. orang yg membunuh; 2. alat atau sesuatu yg digunakan utk membunuh: ubat ~ serangga; ~ bersiri orang yg membunuh beberapa orang, seorang demi seorang dlm kejadian yg berurutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bu.nuh] | ڤمبونوه

Definisi : 1 orang yg membunuh: Polis sedang mencari ~ perempuan muda itu. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membunuh: ubat ~ kuman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembunuh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa perbezaan antara menyiasat dan menyelidik

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan menyiasat bermaksud 1. menyelidiki (memeriksa) sesuatu perkara yg belum terang, mencari keterangan bkn sesuatu perkara, mengusut: kerajaan berjanji akan ~ aduan-aduan itu; kalau disiasati dgn lebih teliti, agaknya mudahlah dijejaki pembunuh-pembunuh itu; 2. menghuraikan (sesuatu perkara dll), menyelidiki (utk mengetahui kebenaran dll), menelaah: doktor sedang ~ apa jenisnya penyakit itu; mereka mempercayai apa sahaja yg didengar dgn tiada ~ atau menguji kebenarannya; 3. menanyai atau menyoal (utk mengetahui sesuatu), menemu duga: mereka telah dibawa ke Ipoh utk disiasat.

Perkataan menyelidik pula bermaksud 1. memeriksa sesuatu yg belum terang, menyiasat utk mendapat keterangan dsb tentang sesuatu: beberapa orang pakar sedang ~ kemungkinan agama Islam dibawa dr negeri China ke Tanah Melayu; 2. mempelajari sungguh-sungguh (utk mengetahui sesuatu): biarlah aku selidiki buku-buku ini, barangkali fikiran dan mataku akan lebih terang; 3. mengintip (mengintai) musuh, menyuluh.

Istilah14.07.2009
Salam sejahtera. Tuan/Puan, Saya mendapati bahawa terdapat frasa "pembunuh massal" dalam bahasa Indonesia, sebab itu saya tertanya-tanya sekiranya terdapat frasa yang hampir sama dalam bahasa Melayu, iaitu "pembunuh massa". Contoh konteks ialah: "Pihak polis akan menangkap pembunuh massa itu." Adakah frasa "pembunuh massa" sesuai dalam ayat tersebut? Saya pernah melihat "pembunuh beramai-ramai" digunakan, tetapi saya juga tidak pasti sekiranya ia adalah betul. Diharapkan Tuan/Puan boleh membantu. Terima kasih.Salam Sejahtera. Istilah "pembunuhan massal" dalam bahasa Melayu ialah "pembunuhan beramai-ramai". Umumnya, pembunuhan cara ini dilakukan bukan oleh seorang tetapi secara berkumpulan. Ayat contoh, "Pihak polis akan menangkap mereka yang terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai itu".Istilah13.07.2015
Ada Pembunuh Kucing di Laman Web YouTube! Adakah tajuk di atas mempunyai kesalahan?Ayat tersebut betul. Tatabahasa12.05.2021
Hakim menjatuhi pembunuh itu hukuman gantung (betul atau salah)betulTatabahasa20.07.2011
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada frasa "pembunuh massa" ("mass killer") wujud dalam bahasa Melayu? Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang mass killer dalam sumber rujukan kami dan carian kami di Internet. Secara literal killer boleh diterjemahkan kepada pembunuh dan mass ialah massa. Namun kita perlu melihat sama ada istillah pembunuh massa sesuai digunakan dalam konteks tertentu ataupun mungkin membawa maksud yang lain. Sila kemukakan konteks penggunaan kata tersebut.Penyemakan dan penterjemahan12.07.2015
Salam, maksud "sex killer" ialah pembunuh yang membuat serangan seksual atas mangsa. Memandangkan terjemahannya tiada dalam PRPM, bolehkah saya menggunakan istilah "pencabul-bunuh"? Jika tidak sesuai, boleh cadangkan istilah yang bersesuaian? Terima kasih. Salam.Cadangan kami untuk padanan istilah "sex killer" ialah pembunuh seksual.Istilah09.12.2020
Apakah orca atau killer whale dalam bahasa Melayu? Ikan paus pembunuh atau ikan paus orca? Adakah ejaan orca perlu ditukar "orka" atau kekal sebagai orca?Ejaan "orca" dikekalkan kerana merupakan nama spesies, manakala killer whale perlu diterjemah kepada "ikan paus pembunuh".Istilah29.01.2022
Disinfect bermaksud menyahjangkit. Disinfeksi pula merupakan kata nama yang menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua bermaksud "pembasmian kuman yg boleh menyebabkan penyakit, biasanya dgn menggunakan bahan pembunuh kuman". Adakah hanya kata nama "disinfeksi" ini sahaja yang telah dimelayukan, manakala kata kerja disinfect (disinfek) tidak? Bagaimana dengan perkataan nyah cemar? Adakah mempunyai padanan maksud yang sama dengan "nyahjangkit"? Adakah padanan bahasa Inggerisnya "disinfect"? Mohon khidmat nasihat. Terima kasih.Sebagaimana yang terdapat dalam Pangkalan Data PRPM padanan istilah Disinfect yang telah diguna pakai ialah nyahjangkit.Istilah30.03.2020

Kembali ke atas