Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.li.ha.ra.an] | ڤمليهاراءن

Definisi : 1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan: amalkan langkah-langkah asas ~ kulit; 2. pendidikan: anaknya itu diserahkan ke dlm ~ seorang pengasuh; 2. penternakan (binatang): diadakan kawasan khas utk ~ binatang-binatang ternakan; 3. penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dll: pd Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; 5. pe­nyelamatan (drpd bencana, rosak, dll): ~ tanah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.me.li.ha.ra.an] | ڤمليهاراءن

Definisi : perbuatan atau hal memelihara; penjagaan; pembelaan: Dia bercadang hendak menyerahkan Leman dlm ~ Cik Mat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pelihara
Kata Terbitan : memelihara, terpelihara, peliharaan, pemeliharaan, pemelihara,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nazairi Zaidi Mar 20th, 9:58am salam DBP, sy nk bertanyakn 1 soalan.. adakah sesuai penggunaan perkataan Pemeliharaan pokok? atau Pemuliharaan pokok? atau kedua-duanya boleh digunakan? adakah pemeliharaan hanya sesuai untuk haiwan sahajaPemeliharaan = Perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan, pendidikan, penternakan, penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa, dll. Pemuliharaan = perihal (proses, usaha, perbuatan, dsb.) memulihara (sesuatu). Oleh itu, berdasarkan maksud tersebut, kedua-dua perkataan boleh digunakan.Tatabahasa20.03.2015
Apakah bezanya "Hak Jagaan" dengan " Hak Pemeliharaan dan Kawalan" ? Adakah "Hak Jagaan" bermakna "Custody" dalam bahasa Inggeris ?Untuk makluman, istilah "Hak Jagaan" dan "Hak Pemeliharaan dan Kawalan" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk custody (dalam bidang Undang-undang) ialah jagaan. Istilah30.01.2013
Apa perbezaan penggunaan pemeliharaan dengan pemuliharaan?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pemuliharaan bermaksud perihal (proses, usaha, per­buatan, dsb) memulihara (sesuatu): kini usaha sedang dipergiat utk memelihara serta memulihkan kesuburan tanah agar dapat digunakan selama-lamanya, iaitu usaha yg dikenali sbg ~ tanah. Pemeliharaan  pula bermaksud 1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan: amalkan langkah-langkah asas ~ kulit; 2. pendidikan: anaknya itu diserahkan ke dlm ~ seorang pengasuh; 2. penternakan (binatang): diadakan kawasan khas utk ~ binatang-binatang ternakan; 3. penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dll: pd Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; 5. pe­nyelamatan (drpd bencana, rosak, dll): ~ tanah.Ejaan29.10.2014
Apakah perbezaan antara "pemuliharaan" dan "pemeliharaan"?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pemuliharaan bermaksud perihal (proses, usaha, per­buatan, dsb) memulihara (sesuatu): kini usaha sedang dipergiat utk memelihara serta memulihkan kesuburan tanah agar dapat digunakan selama-lamanya, iaitu usaha yg dikenali sbg ~ tanah. Pemeliharaan  pula bermaksud 1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan: amalkan langkah-langkah asas ~ kulit; 2. pendidikan: anaknya itu diserahkan ke dlm ~ seorang pengasuh; 2. penternakan (binatang): diadakan kawasan khas utk ~ binatang-binatang ternakan; 3. penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dll: pd Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; 5. pe­nyelamatan (drpd bencana, rosak, dll): ~ tanah.Istilah23.12.2010
Betul ke ayat di bawah? Peliharaan burung unta tidak memerlukan penjagaan rapi.

Saudara Azmazaira,

Ayat yang betul ialah : Pemeliharaan burung unta tidak memerlukan penjagaan rapi. Perkataan 'pemeliharaan' bermaksud perihal atau perbuatan memelihara, manakala perkataan 'peliharaan' bermaksud sesuatu yang dipelihara.

Tatabahasa27.04.2010
Salam sejahtera. Ayat di bawah manakah yang betul. a. Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan memelihara alam sekitar. b. Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar. Sekian terima kasih.Ayat yang lebh tepat ialah "Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar."Tatabahasa02.10.2013
Pembinaan model menara ini adalah sebahagian daripada (K)empen (P)emeliharaan (A)lam (S)ekitar yang dianjurkan oleh kakitangan kompleks beli-belah ini. ADAKAH Kempen Pemeliharaan Alam Sekitar kena huruf besar? Terima kasihPerkataan tersebut merupakan perkataan umum kerana kempen pemiliharaan alam sekitar banyak yang telah dianjurkan di tempat lain, melainkan kempen tersebut dijadikan satu nama khas atau program khas baru ditulis dengan huruf besar. Contoh Kempen Pemeliharaan Alam Sekitar DBKLTatabahasa28.09.2016
Apakah perkataan yang paling tepat bagi menggantikan "urban mining"?"Urban mining" merupakan konsep pemeliharaan alam sekitar melalui proses kitar semula peralatan elektronik dan barangan elektrik yang tidak digunakan untuk mendapatkan kembali elemen asal (logam atau mineral) daripada barangan tersebut. 

Pihak kami mencadangkan "urban mining" diterjemahkan sebagai "perlombongan urban" atau "perlombongan perbandaran", bergantung pada  konsep dan konteks penggunaannya.
Istilah04.08.2020
adakah perkataan ekolancong dan apa maksudnya terima kasih

Ekolancong atau ekopelancongan ialah pelancongan yg berasaskan sumber dan pemeliharaan alam semula jadi spt flora, fauna, pantai, tasik dan sungai. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua.

Makna31.03.2010
APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENTERNAKAN KHINZIR MENGIKUT BAHASA KAMUS DEWAN BAHASA?

PENTERNAKAN : perihal memelihara dan membiakkan binatang, pemeliharaan dan pembiakan binatang; KHINZIR : babi.

Makna03.02.2009
12

Kembali ke atas