Pada hari sukan , pemenang-pemenang berdiri di atas " podium " untuk menerima pingat. Tempat yang untuk pemenang pertama, kedua dan ketiga berdiri ialah panggil podium atau perkataan yang lain ? terima kasih.. | Podium ialah pentas tempat berucap; atau disebut juga mimbar (di dalam masjid). | Makna | 15.06.2010 |
Hari Sukan dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG). Merujuk kepada ayat di atas, kalau kita tulis karangan, pada permulaannya kita tulis ayat di atas, seterusnya kalau kita tulis di perenggan akhir ... Pengerusi PIBG menyampaikan pingat kepada pemenang-pemenang. Kita cuma tulis shortform PIBG, tidak perlu menulis sepenuhnya (Persatuan Ibubapa dan Guru), betulkah ? | Ya, betul. Tidak perlu mengulangi perkataan tersebut. | Tatabahasa | 14.07.2014 |
Adakah ayat-ayat di bawah betul dalam tatabahasa dan strukturnya ? Jika tidak, tolong berikan ayat yang betul. Terima kasih. (1) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan fasih dan menarik di atas pentas. (2) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan lancar dan menarik di atas pentas. (3) Amy yang mahir bercerita sedang mempersembahkan ceritanya dengan lancar dan menarik di atas pentas. (4) Penonton-penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali kepada Amy. (5) Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali untuk Amy. (6) Seorang jurugambar sedang mengambil gambar Amy yang sedang bercerita menggunakan camera. (7) Tiga orang pengadil sedang menyaksikan persembahan Amy sambil memberi markah. (8) Terdapat banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita. (9) Banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita. | Berikut merupakan ayat yang betul: (1) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan fasih dan menarik di atas pentas. (2) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan lancar dan menarik di atas pentas. (3) Amy yang mahir bercerita sedang mempersembahkan ceritanya dengan lancar dan menarik di atas pentas. (4) Penonton-penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali kepada Amy. (6) Seorang jurugambar sedang mengambil gambar Amy yang sedang bercerita menggunakan kamera. (7) Tiga orang pengadil sedang menyaksikan persembahan Amy sambil memberi markah. (8) Terdapat banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita. (9) Banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita. | Tatabahasa | 29.07.2014 |
Apakah nama khas bagi tempat penerimaan hadiah Johan, naib johan dan tempat ketiga bagi pemenang yang menerima pingat emas, perak dan gangsa dalam Kejohanan Olahraga / Sukan Tahunan Sekolah? | platform pemenang , rostrum pemenang. | Lain-lain | 13.05.2011 |
Siapakah pemenang pertandingan pidato antara institusi kewangan piala gabenor bank negara malaysia 2013? | Pemenang tempat pertama hingga ketiga Pidato Biala Gabenor Bank Negara Malaysia 2013 ialah Jushua Meta anak Nully (CIMB Bank Berhad), Woon Pei Jing (Maybank) dan Anuutha Valli a/p Nadarajah (Manulife Insurance Berhad). | Tatabahasa | 29.11.2013 |
contoh ayat :Pada hari sukan , tiga pemenang berdiri di atas ( ? ) . tempat yang mereka berdiri panggil apa ? pemenang pertama berdiri di tengah, yang paling tinggi itu. Terima kasih.. | Tidak ada istilah khusus yang merujuk tempat untuk acara penyampaian hadiah tersebut. Cadangan kami: pentas. | Istilah | 18.06.2010 |
prof, mana lebih tepat .. 1. Pemenang tempat ketiga jatuh kepada .......atau 2. Pemanag tempat ketiga disandang oleh...pohon pencerahan .. | 1. Pemenang tempat ketiga jatuh kepada | Lain-lain | 18.10.2014 |
1. sepohon pokok / sebatang pokok 2. Guru Besar / guru besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang | 1. Penjodoh bilangan yang betul ialah "sebatang pokok". 2. Ayat yang betul ialah "Guru besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang". | Tatabahasa | 26.03.2010 |
Wan Hanif Wan Hamid Aug 7th, 5:08pm Assalamualaikum wbt encik/puan admin. Saya Wan Hanif Wan Hamid dari Kuantan, merupakan salah seorang pemenang Hadiah Sastera Penulis Muda 2014 pada 4 Ogos 2015 tempoh hari. Saya ingin bertanya, bolehkah sekiranya saya ingin mendapatkan senarai penuh nama pemenang beserta judul karyanya? Sebab kami tidak diberikan sebarang buku atur cara melainkan kertas kehadiran untuk ditandatangani. Terima kasih. | Sila hubungi urus setia pertandingan di Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, DBP, Puan Nor Atikah Buang, di talian 03-21479000 atau e-mel noratikah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 07.08.2015 |
Untuk makluman Kedutaan Besar Malaysia di Manila akan bekerjasama dengan Universiti of Santo Tomas, Philippines untuk menjayakan pertandingan ratu cantik yang bertemakan "Malaysia". Oleh yang demikian dipohon kerjasama DBP untuk memberikan cadangan nama yang bersesuaian untuk pemenang. Kedutaan telah mencadangkan agar nama "Putera Kuala Lumpur" dan "Puteri Kuala Lumpur" digunakan namun penganjur memaklumkan penggunaan nama putera mempunyai interpretasi yang tidak sesuai dalam bahasa Tagalog (Saya dimaklumkan penggunaan "putera" mempunyai persamaan dengan panggilan anjing). Oleh yang demikian dipohon kerjasama DBP untuk mencadangkan nama yang sesuai. Mohon kerjasama untuk mendapatkan maklumbalas pada kadar SEGERA. | Untuk makluman tuan, ratu dikhususkan kepada wanita kerana ratu bermaksud permaisuri atau pemenang wanita dalam pertandingan kecantikan. Oleh itu, cadangan nama "Puteri Kuala Lumpur" atau "Puteri Malaysia" boleh digunakan. Bagaimana dengan pemenang yang bergelar "Putera Kuala Lumpur"? Adakah dia pemenang pertandingan kecantikan bagi kategori lelaki? Bagi kategori lelaki, bolehlah digunakan gelaran "Pemuda Kuala Lumpur/Malaysia" atau "Jejaka Kuala Lumpur/Malaysia". | Istilah | 11.09.2012 |