| Mana satu yang betul: Pemenangnya adalah Ali . atau Pemenangnya ialah Ali. | Ayat yang betul ialah "Pemenangnya ialah Ali." | Tatabahasa | 28.02.2015 |
| salam,,,saya ingin bertanya,saya ada masuk peraduan HADIAH KARYA ILMIAH DBP 2009, tetapi sampai sekarang saya tak tahu adakah pemenangnya telah diumumkan? saya hanya ingin tahu......boleh pihak tuan membantu saya....terima kasih... | Hadiah Karya Ilmiah sedang dalam proses penilaian manuskrip dan menentukan pemenang. Saya berharap calon yang menghantar mss diharap dapat bersabar. Sekian terima kasih | Lain-lain | 12.07.2010 |
| salam....saya ingin bertanya, tahun lepas saya ada menyertai satu peraduan penulisan ilmiah, saya ingin tahu,adakah peraduan telah diumumkan pemenangnya?bilakah pengumuman pemenang itu dibuat?harap kerjasama dari pihak tuan....terima kasih. | Adakah yang saudara maksudkan peraduan penulisan ilmiah itu ialah Peraduan Mengarang Esei 2009? Jika ya, keputusan Peraduan Mengarang Esei 2009 akan disiarkan dalam laman web DBP tidak lama lagi. | Lain-lain | 12.03.2010 |
| Apakah kesalahan penggunaan kata atau isitilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah ? 1)Pegawai kedoktoran yang dijemput dari Kuala Lumpur itu menerangkan tentang cara-cara pencegahan penyakit deman denggi. 2)Sebahagian peserta-peserta dalam pertandingan pidato itu amat becok sekali hingga menyukarkan para hakim memilih pemenangnya. 3)Rakyat Malaysia perlulah saling bantu-membantu dalam usaha memupuk sikap perpaduan kaum. | 1) Pegawai kedoktoran yang dijemput dari Kuala Lumpur itu menerangkan tentang cara-cara pencegahan penyakit deman denggi. Perkataan yang betul ialah Pegawai Kesihatan dan mencegah. 2) Sebahagian peserta-peserta dalam pertandingan pidato itu amat becok sekali hingga menyukarkan para hakim memilih pemenangnya. Frasa yang betul ialah sebahagian daripada dan petah. 3) Rakyat Malaysia perlulah saling bantu-membantu dalam usaha memupuk sikap perpaduan kaum. Frasa yang betul ialah saling membantu/bantu-membantu dan memupuk perpaduan kaum. | Tatabahasa | 27.03.2014 |