Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mer.ha.tian] | ڤمرهاتين

Definisi : perihal memerhatikan, usaha, dsb memerhatikan atau mengamati sesuatu: setelah diperbuat ~ dan percubaan di­ke­tahuilah asal usul penyakit itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mer.ha.tian] | ڤمرهاتين

Definisi : perbuatan memperhatikan: Asal usul penyakit itu diketahui setelah ~ dan percubaan dijalankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Salam.boleh tak memberitahu saya ,contoh bina ayat untuk perkataan perkataan tersebut.hati,pemerhatian ,pemerhati,memanggang,menjerang.sekian terima kasih"Pemerhatian: Asal usul penyakit itu diketahui setelah pemerhatian dan percubaan dijalankan. Pemerhati: Pemerhati politik yg objektif akan menyetujui Perdana Menteri. Memanggang: ibu sedang memanggang ikan di dapur. Menjerang: Nenek menjerang sup ayam di dapur.Lain-lain26.02.2013
Tuan/Puan, Mohon cadangan penterjemaahan yang sesuai untuk 'observation deck' dalam bahasa Malaysia; dek tinjauan atau tingkat pemerhatian? Terima kasihUntuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "observation deck". Walau bagaimanapun, terdapat istilah "observation platform" yang padanan bahasa Melayunya ialah pelantar tinjau.   Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk  "observation deck' ialah dek tinjau atau dek pemerhatian.Istilah27.02.2013
DBP, Terima kasih atas makluman tersebut. Menerusi pemerhatian, terdapat surat-surat, terutamanya surat rasmi khusus yang mempunyai kepala surat ketua agensi/menteri, rujukan fail dan tarikh ditulis di ruang atas sebelah kiri. Apakah pandangan DBP terhadap amalan yang tidak mematuhi PP Bil. 5/2007? Adakah surat sebegini dikecualikan daripada PP tersebut? Sekian, terima kasih. NgooGaris panduan penulisan surat rasmi kerajaan adalah seperti yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2007. Pihak DBP  menggalakkan jabatan dan agensi awam mematuhi garis panduan ini. Pihak DBP bersedia untuk memberikan kursus penyediaan surat rasmi supaya penulisan surat rasmi lebih berkualiti dari segi penggunaan bahasa dan format.Lain-lain13.10.2010
APA MAKSUD " EMPIRIKAL"Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud berdasarkan (bergantung pada) pemerhatian atau eksperimen, bukan teori: kaedah yang digunakan adalah melalui kajian-kajian ~ dengan pengumpulan data. Lain-lain18.02.2011
Benarkah tatabahasa bahasa Melayu boleh diabaikan dalam penulisan lirik lagu dan puisi ? Berdasarkan pemerhatian saya, banyak pantun, syair dan gurindam lama yang salah tatabahasa. Begitu juga sajak-sajak daripada penulis mapan yang jelas salah penggunaan tatabahasa. Apatah lagi lirik lagu masa kini yang mengabaikan terus kesantunan bertatabahasa.DBP ada menerbitkan sebuah buku "Memahami Gaya Bahasa" oleh Rahman Shaari. Dalam buku tersebut penulisnya ada membincangkan tentang 'Hubungan Tatabahasa dengan Puisi' dan tentang 'Licentia Poetica'. Buku terbitan tahun 1993 boleh dirujuk di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP Kuala Lumpur atau Wilayah dan Cawangan DBP. Sekian, terima kasih.Lain-lain29.11.2009
Adakah istilah ' golongan istimewa' sesuai digunakan. Jika sesuai, apakah perbezaannya dengan golongan kurang upaya?Istilah golongan iatimewa tidak ada dalam sumber rujukan kami. Walau bagaimanpun berdasarkan pemerhatian dan pembacaan saya, golongan istimewa ini lazimnya merujuk kepada golongan kurang upaya. Masyarakat kita tidak mahu merendahkan kedudukan golongan kurang upaya dalam kalangan masyarakat, kerana itulah istilah golongan istimewa digunakan.Lain-lain16.11.2010
1.Istilah "Empirikal" masih belum saya temui maknanya . harap tuan dapat menjelaskannya.Empirikal atau empirik ialah perkataan dlm bahasa Indonesia Belanda yg bermaksud berdasarkan (bergantung pd) pemerhatian atau eksperimen, bukan teori: cth penggunaannnya, kaedah yg digunakan adalah melalui kajian-kajian empirik (al) dgn pengumpulan data.Makna27.07.2007
jadual tugasan atau jadual betugas? Kenapa?

Puan Rohani

tugasan - kerja tertentu terutamanya yg perlu dilaksanakan (disiapkan) oleh pelajar, tugas ilmiah dsb: dlm ~ ini mereka dilatih melaporkan pemerhatian dan pengalaman sendiri; -  

betugas- (sedang atau tengah) menjalankan tugas, bekerja: dia sekarang sedang ~ sbg seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Tanjung Keling;

Jadi jika melihat daripada makna yang diberikan jadual bertugas lebih baik.

 

 

Makna09.03.2010
hemat bermaksud berhati-hati atau berjimat. jadi apa maksud 'pada hemat saya', adakah frasa ini boleh digunakan dalam membina ayat dan karangan pelajar.Selain daripada berhati-hati dan berjimat, hemat juga bermaksud pemerhatian dan pengamatan. Oleh itu, frasa "pada hemat saya" betul dan boleh digunakan.Tatabahasa01.04.2012
Saya adalah pereka motosikal di MODENAS SDN. BHD. Seperti yang diketahui ramai, terdapat pelbagai jenis dan rekaan motosikal di pasaran dunia dan tempatan. Di Malaysia, motosikal jenis "Underbone" atau "Kapcai" adalah yang paling terkenal sekali. Daripada pemerhatian yang di buat, penggunaan nama "Kapcai" telah di guna pakai lebih daripada 50 tahun . Pengguna menggunakannya dalam bahasa harian serta mampu mengenal pasti dengan tepat akan jenis motosikal tersebut dengan nama itu. Atas faktor-faktor tersebut, bolehkah "Kapcai" di daftarkan dalam Bahasa Malaysia? http://en.wikipedia.org/wiki/UnderboneBuat masa ini perkataan kapcai sudah pun dirakamkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat , halaman 674. Walau bagaimanapun perkataan ini digunakan dalam bahasa percakapan.Lain-lain05.03.2008
12

Kembali ke atas