Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.ri] | ڤمري

Definisi : yg menerangkan (menghuraikan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemeri


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan kata pemeri ialah dan adalah. apakah yang membezakan penggunaan dua kata pemeri ini?Kata ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263.Tatabahasa19.03.2012
PENGGUNAAN IALAH DAN ADALAHKata ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263.Tatabahasa02.07.2012
Apakah perbezaan penggunaan Ialah dan Adalah?kata ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.Tatabahasa14.02.2012
Salam, apakah perbezaan penggunaan "ialah" dan "adalah"?Kata ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama seperti Bapa saya ialah seorang guru, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 263.Tatabahasa27.04.2012
Salam, saya ingin bertanyakan kata pemeri. Apakah kata pemeri yang sesuai untuk ayat ini? Kisah yang dipamerkan di kaca televisyen itu _________ rekaan semata-mata. Terima kasih.Kata pemeri yang tepat ialah "ialah".

Kisah yang dipamerkan di kaca televisyen itu ialah rekaan semata-mata.
Tatabahasa13.09.2013
saya menghadapi masalah dalam penggunaan kata pemeri. mengikut kamus tatabahasa dewan, kata pemeri ialah mesti berada di hadapan kata atau frasa nama. sementara kata pemeri adalah hanya boleh berada di hadapan kata adjektif dan kata sendi nama. masalah saya ialah berdasarkan beberapa buku rujukan terdapat penggunaan kata pemeri di hadapan kata kerja,kata bilangan dan seumpamanya. saya ingin mendapatkan kepastian pihak tuan memandangkan buku rujukan sering menjadi tumpuan para pelajar. saya sangat bimbang keranan terdapat percanggahan pendapat dalam penggunaan ini lebih-lebih lagi jika melibatkan peperiksaaan awam kepada para pelajar. saya sangat berharap penjelasan yang lebih terperinci berkaitan pemasalahan ini. terima kasih.Merujuk buku Tatabahasa Dewan kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah" menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Umumnya kata pemeri tidak boleh di hadapan kata kerja, tetapi kata pemeri "ialah" boleh berada di hadapan kata bilangan kerana kata bilangan ialah kata nama.Lain-lain03.08.2010
apakah perbezaan (adalah / ialah), (pembelajaran / pemelajaran), pengkayaan / pengayaan,Adalah/ialah kedua-duanya kata pemeri (unsur yg menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan secara persamaan (ekuatif) menggunakan kata pemeri ialah, sementara pemerihalan secara huraian(kualitatif) menggunakan adalah. Kata Pembelajaran dan pemelajaran daripada kata dasar ajar. pembelajaran –proses (kegiatan) belajar, sementara pemelajaran- proses mempelajari-belajar utk mengetahui sst. dengan mendalam. Kata pengayaan daripada kata dasar kaya, iaitu perihal (usaha, proses,dsb) mengayakan: iaitu menjadikan kaya(berharta atau berwang banyak). Tidak terdapat kata pengkayaan dalam bahasa Melayu. Harap maklum.Makna04.12.2006
Soalan asal: Sebelum kata bilangan (rujuk kata bilangan dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga m/s 287), kata pemeri yang baku digunakan, "ialah" atau "adalah"?; dan mengapa? Sekian, terima kasih. Jawapan asal: Tidak perlu kata pemeri digunakan di hadapan kata bilangan contohnya harga barang itu dua puluh ringgit. Kata pemeri ialah diikuti oleh frasa nama, manakala kata pemeri adalah diikuti oleh frasa adjektif atau frasa sendi nama. Soalan balas: Saya faham peraturan asas yang ringkas berkenaan. Cuba teliti ayat di bawah. Adakah tuan/puan akan mencadangkan saya menggugurkan semua kata pemeri yang ada dalam ayat itu? Jika ya, saya masih mahu menggunakan kata pemeri (tidak mahu menggugurkannya) dalam ayat di bawah, oleh itu saya hendak tahu kata pemeri yang mana satukah yang baku digunakan, ialah atau adalah, kerana kata berikutnya ialah kata bilangan? Kucing dan arnab ialah/adalah sebahagian daripada haiwan perliharaan. Ayam ialah/adalah sejenis haiwan. Bilangan cuti yang diluluskan ialah/adalah dua hari. Yang dimaksudkan dengan perserta ialah/adalah semua peserta yang berdaftar secara rasmi. Sekian.Pada dasarnya kata pemeri tidak perlu hadir sebelum kata bilangan. Walau bagaimanapun jika tuan hendak menggunakan kata pemeri sebelum kata bilangan, penggunaan yang betul ialah "ialah" seperti ayat: Kucing dan arnab ialah sebahagian daripada haiwan perliharaan. Ayam ialah sejenis haiwan. Bilangan cuti yang diluluskan ialah dua hari. Yang dimaksudkan dengan perserta ialah semua peserta yang berdaftar secara rasmi.Tatabahasa11.10.2012
saya menghadapi beberapa kemusykilan tentang penggunaan kata pemeri. Merujuk tatabahasa dewan edisi ke-3 2008, subtopik 9.2.3.5 , berkenaan kata pemeri hanya ada dua iaitu adalah dan ialah. Bagaimana dengan kata 'merupakan' yang digunakan termasuk dalam teks rujukan buku ini dalam halaman 262 perenggan ke 2 dr bwh dan hlmn 444 perenggan atas. Bukankah perkataan 'merupakan' ialah bentuk kata keja transitif bukanya kata pemeri. sila bantu saya untuk memastikan perkara ini.

Puan Aina,

Menurut tatabahasa bahasa Melayu kata pemeri ialah adalah dan ialah. kata merupakan ialah kata kerja. dan bukan kata pemeri. Dalam penggunaannya kata pemeri tidak boleh diikuti dengan kata kerja. Oleh itu frasa adalah merupakan tidak boleh digunakan. Dalam halaman yang saudara nyatakan perkataan merupakan itu memang bukan kata pemeri.  

Makna perkataan merupakan adalah seperti yang berikut :  1. membentuk (membuat, men­­jadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki me­lambangkan, melukiskan, meng­gambar­kan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) ber­lagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg se­orang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu;

Tatabahasa06.10.2010
kata pemeri apakah yang paling sesuai untuk ayat berikut... Rumah agam itu ________ kepunyaan Tuan Mansor. Perkataan 'punya' tergolong dalam kata nama atau kata adjektif atau lain-lain ? sila jelaskan.Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama. Kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.  Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Walau bagaimanapun, penggunaan kata pemeri amat terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. 'Kepunyaan' ialah kata nama dan 'punya' ialah kata kerja. Kata pemeri ialah tidak diperlukan dalam ayat yang diberikan.Tatabahasa29.05.2011
12345678910...

Kembali ke atas