Salam sejahtera, 1. Nenek menjalani pemeriksaan berkala untuk menjaga kesihatan. 2.Nenek menjalani pemeriksaan berkala untuk menjamin kesihatan. 3. Nenek menjalani pemeriksaan berkala untuk badan sihat. 4.Nenek menjalani pemeriksaan berkala supaya badan sihat. Adakah ayat-ayat di atas betul? Sekian,terima kasih. | Ayat yang lebih sesuai digunakan ialah: 1. Nenek menjalani pemeriksaan berkala untuk menjaga kesihatan. 2. Nenek menjalani pemeriksaan berkala untuk badan sihat. 3. Nenek menjalani pemeriksaan berkala untuk menjamin kesihatan yang baik. 4. Nenek menjalani pemeriksaan berkala untuk memastikan kesihatan terjamin. | Tatabahasa | 01.04.2024 |
pemeriksaan iklan untuk tayangan media digital | 1. Sila betulkan Nafas Baru kepada Kehidupan Baharu 2. Sila betulkan ejaan Ramadhan kepada Ramadan (pada setiap tempat yang berkaitan) 3. Betulkan ayat seperti berikut: Ramadan sebagai titik mula untuk berhenti merokok 4. Betulkan Infoline kepada Talian Utama 5. Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/papan tanda premis perniagaan/kain rentang/gegantung?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan yang telah dibuat pembetulan seperti yang dicadangkan di atas. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. | Lain-lain | 13.04.2018 |
Pemeriksaan bahasa untuk Billboard | PUSAT JANTUNG DAN TAPAK TANGAN BERPELUH | Ejaan | 20.11.2013 |
pemeriksaan analitik? | Analitik ialah Istilah yang tepat bagi analitik ialah analisis, bermaksud penyelidikan atau penghuraian sesuatu (spt keadaan, masalah, persoalan, dll) utk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dll) secara terperinci atau mendalam. | Istilah | 26.04.2010 |
Beberapa orang pegawai dari Jabatan Alam Sekitar akan ________ di kawasan sungai yang dicemari oleh najis khinzir. "melakukan pemeriksaan" ATAU "melaksanakan pemeriksaan", manakah jawapan yang paling tepat? | Jawapan yang paling tepat ialah melakukan pemeriksaan. | Tatabahasa | 04.07.2013 |
Apakah istilah dalam bahasa Melayu bagi pat down search, strip search, intimate search dan intrusive search? Contohnya dalam ayat: Terdapat beberapa cara pemeriksaan badan yang dibuat ke atas seseorang yang ditahan oleh polis iaitu pat down search, strip search, intimate search dan intrusive search. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah pat down search, strip search, intimate search dan intrusive search ialah pemeriksaan tepuk, pemeriksaan tanggal, pemeriksaan dalaman dan pemeriksaan intrusif. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 09.11.2022 |
Mohon pemeriksaan terhadap file yg dilampirkan utk pencetakan banting | 1. Betulkan Soalan Spot kepada Soalan Ramalan 2. Tambah pada dan tahun seperti yang berikut: Bermula pada 7 Julai 2018 Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan pada gegantung perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my, kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan gegantung tersebut. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. | Lain-lain | 30.05.2018 |
Salam sejahtera. Bolehkah saya menterjemah istilah "ward round" dalam bidang perubatan, sebagai pemeriksaan di sekeliling wad? Terima kasih. | Kata umum boleh diterjemahkan mengikut konteks ayat tersebut, seperti ward round boleh diterjemahkan kepada pemeriksaan di wad jika merujuk pemeriksaan yang dilakukan kepada pesakit di wad berkenaan. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.04.2014 |
Mohon untuk pemeriksaan ayat Dalam Banting Yang dilampirkan | 1. Betulkan Soalan Spot kepada Soalan Ramalan 2. Tambah pada dan tahun seperti yang berikut: Bermula pada 7 Julai 2018 Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan pada gegantung perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my, kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan gegantung tersebut. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. | Lain-lain | 30.05.2018 |
Ali membuat pemeriksaan kesihatan dengan pegawai kesihatan. Tolong semak ayat di atas | Ayat yang betul ialah Ali mendapatkan pemeriksaan kesihatan daripada pegawai kesihatan. | Tatabahasa | 11.04.2019 |