adakah penggunaan perkataan "pemerkasaan" dalam ayat adalah betul, atau penggunaan ayat memperkasakan lebih tepat? | Kata terbitan 'pemerkasaan' dan 'memperkasakan' adalah betul, memperkasakan (kata kerja) bermaksud menjadikan hebat (unggul, kuat, terkenal, berdaulat, dominan dan sebagainya), manakala pemerkasaan (kata nama) ialah perihal memperkasakan. | Tatabahasa | 08.03.2011 |
"Kem Pemerkasaan Pelajar Orang Asli". Penggunaan kata nama pemerkasaan tepat atau tidak | Boleh digunakan. | Tatabahasa | 10.02.2009 |
adakah perkataan pemerkasaan boleh digunakan? | Perkataan pemerkasaan boleh digunakan. T.kasih. | Lain-lain | 15.08.2008 |
adakah perkataan "pemerkasaan" wujud?...penggunaan seperti dlm "permerkasaan pendidikan teknikal dan vokasional" | Ungkapan pemerkasaan pendidikan teknikal dan vokasional boleh digunakan. | Tatabahasa | 18.11.2008 |
Tuan/Puan: Apakah jumlah morfem bebas dan merfem terikat bagi perkataan: pemerkasaan, bermaharajalela, mengetengahkan, ketidakbertanggungjawaban | Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, perkataan perkasa, tengah,tanggungjawab dan tidak ialah morfem bebas, tetapi imbuhan per-... -an, menge-....-kan dan ke-... -an merupakan morfem terikat. | Tatabahasa | 05.10.2013 |
APAKAH TANGGUNGJAWAP DAN PERANAN UNTUK MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU? BAGAIMANAKAH IBU BAPA BOLEH MEMBANTU PROSES PEMERKASAAN BAHASA MELAYU DALAM SESEBUAH INSTITUSI KEKELUARGAAN? | Bahasa Melayu sebagai bahasa moden yang berkembang seiring dengan kemajuan dunia terdedah kepada pelbagai unsur yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada kualiti penggunaan bahasa Melayu. Namun apa yang penting ialah iltizam kita sebagai pengguna bahasa Melayu dan atas semangat mematuhi perlembagaan negara yang telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa perpaduan harus tekal memperkasakan bahasa Melayu. Rasa sayang kita terhadap bahasa kebangsaan harus sentiasa dipupuk malah diterapkan dalam institusi keluarga seperti mengamalkan penggunaan bahasa yang betul (mengikut situasi) dalam kalangan keluarga, jika kita berbahasa dengan betul bermakna kita menjaga adab dan susila hidup berkeluarga. Untuk maklumat lanjut, rujuk makalah yang berkaitan dalam konteks perbincangan ini. | Tatabahasa | 27.08.2010 |
Adakah istilah pengupayaan bermaksud empowerment dalam bahasa Inggeris? | Padanan empowerment ialah pemberian kuasa atau pemerkasaan. | Istilah | 22.03.2013 |
apakah istilah yang digunakan dalam bahasa Malaysia bagi perkataan empowerment? | Dalam bidang sains politik empowerment diterjemahkan kepada pemberian kuasa atau pemerkasaan, berdasarkan konteks ayat yang digunakan. | Istilah | 22.03.2013 |
apakah definisi bahasa kebangsaan | Dalam Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara. Setiap rakyat Malaysia wajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi. Oleh sebab itulah pihak kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah kebangsaan dan menengah kebangsaan serta pusat pengajian tinggi awam. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa komunikasi sosial dalam kalangan rakyat Malaysia bagi melahirkan perpaduan bangsa. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa pentadbiran, bahasa ilmu, bahasa teknologi maklumat, bahasa dalam bidang ekonomi, undang-undang dan perniagaan. Dalam usaha memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia, pihak kerajaan terus melaksanakan program pemerkasaan bahasa Melayu dalam semua aspek kehidupan agar wujud sikap megah bahasa dan jati diri. Mohon sdr. mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan atau penyelidikan. | Lain-lain | 03.06.2008 |
adalah penggunaan bahasa melayu dalam kalangan rakyat malaysia seperti melepaskan batok di tangga? | Dalam Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara. Setiap rakyat Malaysia wajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi. Oleh sebab itulah pihak kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah kebangsaan dan menengah kebangsaan serta pusat pengajian tinggi awam. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa komunikasi sosial dalam kalangan rakyat Malaysia bagi melahirkan perpaduan bangsa. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa pentadbiran, bahasa ilmu, bahasa teknologi maklumat, bahasa dalam bidang ekonomi, undang-undang dan perniagaan. Dalam usaha memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia, pihak kerajaan terus melaksanakan program pemerkasaan bahasa Melayu dalam semua aspek kehidupan agar wujud sikap megah bahasa dan jati diri. | Lain-lain | 20.02.2008 |