Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.ro.lé.han]/[pe.mer.o.lé.han] | ڤمراوليهن

Definisi : perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) memperoleh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.me.ro.lé.han]/[pe.mer.o.lé.han] | ڤمراوليهن

Definisi : hal atau cara mem­­peroleh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemerolehan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin bertanya tentang pemerolehan bahasa iaitu penguasaan bahasa pertamaPemerolehan berkaitan dengan kajian psikolinguistik ketika membincangkan anak dengan bahasa ibundanya. Pemerolehan bahasa tidak dikaitkan dengan guru, kurikulum, alokasi waktu dsb. Anak bermula dari kosong, mengolah data dan memproduksi ujaran. Anak mampu menguasai tatabahasa dan menghasilkan ujaran seperti penutur dewasa.Lain-lain13.10.2006
Salam sejahtera. Terima kasih di atas pertolongan tuan/puan mengenai keutuhan wacana yang saya kehendaki tempoh hari. Di sini, saya ingin mendapatkan lebih lanjut mengenai: 1. Apakah yang dimaksudkan perkaitan Makna Perkaitan daripada sesi leksikal: Sinonim, Antonim, Hiponim dan Polisemi? 2. Apakah jenis-jenis teori pemerolehan bahasa. Adakah teori pemerolehan bahasa ini terdiri daripada teori Behavioris, Teori Mentalis, Teori Interaksionalis dan Teori koda kognitif?Soalan saudara melangkaui skop khidmat nasihat bahasa, sila rujuk profesor atau buku yang berkaitan kaedah tersebut. terima kasih. Tatabahasa03.08.2008
Tuan, betulkah penggunaan kata 'pada' dalam ayat ini Pemerolehan kata tugas pada bahagian soalan objektif akan dianalisis. Minta penjelasanPenggunaan pada dalam tersebut adalah betul. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada+pada (manusia dan haiwan dalam beberapa situasi  tertentu, seperti yang berikut;
a. menunjukkan keterangan waktu apabila mendahului kata nama yang menyatakan waktu atau masa.
b. Kata sendi nama "pada" apabila didahului "ada" mesti diikuti oleh kata nama yanh merujuk manusia dan haiwan.
c. sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kerja.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 274 untuk lebih lanjut.
Tatabahasa09.09.2013
Salam 1Bahasa, 1. Bengkel Perolehan Manuskrip ATAU Bengkel Pemerolehan Manuskrip? 2. Mereka bersorak gembira apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol ATAU Mereka bersorak kegembiraan apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol? Terima kasih.1. Bengkel Perolehan Manuskrip
2. Mereka bersorak gembira apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol.
Tatabahasa05.03.2013
Keterangan : Perbezaan peringkat analisis fonetik dan fonologi (Pasangan Minimal, kekangan urutan fonologi, kesejagatan fonologi, pemerolehan bahasa, dan suprasegmental)Fonetik merupakan ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya. Fonologi pula merupakan kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara di atas, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi karya Arbak Othman.Tatabahasa06.08.2007
definisi frasa demi frasa bagi perkataan berikut:- teknologi maklumat dan komunikasiTeknologi maklumat dan komunikasi bermaksud pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi.Makna24.12.2007
Pada semester 2 di IPKS ini, saya sedang mempelajari bidang 'Pengatar Psikolinguistik'. Jadi, masalah saya dalam hal ini adalah berkaitan sumber-sumber carian mengenai bidang ini. Begitu juga masalahnya mengenai teori-teori bahasa dan teori pemerolehan bahasa yang susah bagi saya memahaminya. Bolehkan pihak tuan/puan memberitahu sedikit sebanyak fakta-fakta mengenai bidang Pengatar Psikologi ini terutamanya mengenai teori bahasa dan teori pemerolehan bahasa. Sekian, terima kasih.Saudara dinasihati supaya membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau di perpustakaan di ipt di tempat saudara. Saudara juga  boleh berbincang untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pensyarah yang mengajarkan bidang ini.    Lain-lain27.06.2008
Saya ingin bertanya,adakah perkataan 'pemerdagangan' ada dalam kosa kata dalam bahasa Melayu? Setahu saya dalam bahasa Melayu tidak ada imbuhan 'pemer'. begitu juga dengan perkataan 'pemerolehan', yang diguna pakai sekarang ini. Sila tuan tolong jelaskan perkara ini. Terima kasih.

Pemerdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu bagi padanan bahasa Inggeris commercialization yang bermaksud perihal memperdagangkan atau menjadikan sesuatu barang, manusia dan lain-lain untuk dijual beli. Pembentukan kata pemerdagangan berasal daripada awalan peN- + kata dasar (perdagangan), terbentuklah pemerdagangan. Apabila diberikan awalan peN-, huruf pertama (p) dalam kata perdagangan itu luluh dan digantikan dengan huruf m. Oleh itu, terbentuklah istilah pemerdagangan. Sila rujuk Tatabahasa Dewan edisi ketiga, Apitan kata nama, hlm 121 -129.

Istilah25.04.2011
Perkataan "Talent Acquisition" dalam Bahasa Malaysia untuk diterjemahkan di dalam Borang Permohonan Pekerjaan Prasarana Malaysia Berhad. Borang tersebut dilampirkan untuk rujukan.Secara terjemahan langsung terjemahan untuk “Talent Acquisition Unit” ialah “Unit Perolehan/Pemerolehan Bakat”. Mengambil kira maksud keseluruhan borang puan dan maksud yang difahami, kami mencadangkan “Unit Pembinaan Bakat”.Penyemakan dan penterjemahan22.12.2014
Minta penjelasan tentang perkataan pemerdagangan. Mengapakah perkataan merbahaya terdpt dlm kamus dewan?Pembentukan kata pemerdagangan berasal daripada awlan peN- + kata dasar (perdagangan), terbentuklah pemerdagangan. Walau bagaimanapun kata terbitan yang sedemikian bentuknya tidak produktif dalam bahasa Melayu, contoh yang lain seperti pemerolehan, pemerbadanan dan pemersatuan.Tatabahasa24.11.2010
123

Kembali ke atas