Yang manakah ayat di bawah ini betul? a)Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti yang dalam Rajah 1-1. b)Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti Rajah 1-1. Bagaimanakah penggunaan kata sendi yang betul? | Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti Rajah 1-1. | Tatabahasa | 08.07.2012 |
Saya ingin bertanya. Di INSTUN, terdapat 3 buah pusat kecemerlangan (kelas) untuk bidang ukur dan pemetaan. Bagi menggambarkan ketiga-tiga pusat kecemerlangan tersebut, bolehkah ianya disebut sebagai Kluster Kecemerlangan Ukur dan Pemetaan. Sekian, terima kasih. | Kluster Kecemerlangan Ukur dan Pemetaan boleh diterima. | Istilah | 16.01.2017 |
Di mana boleh jumpa pedoman penulisan nama geografi antarabangsa? | Sila rujuk laman web rasmi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) melalui pautan https://www.jupem.gov.my/ms | Lain-lain | 10.09.2024 |
Yang manakah ejaan yang betul bagi padanan United Arab Emirates? 1) Emirriyyah Arab Bersatu (menurut Dokumen Tambahan Garis Panduan Penentuan Nama Geografi, Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia); atau 2) Emiriah Arab Bersatu (menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan); atau 3) Emiriyah Arab Bersatu (menurut Istilah Sains Politik pada laman PRPM). Terima kasih kerana membantu. | Ejaan yang diterima pakai adalah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, iaitu “Emiriah Arab Bersatu”. | Ejaan | 30.05.2019 |
Terdahulu, saya mengajukan pertanyaan berhubung penulisan nama negara dalam Bahasa Melayu. Jawapan DBP seperti berikut: Nama negara dalam penulisan bahasa Melayu hendaklah dieja dalam bahasa Melayu atau diterjemahkan jika perlu. Nama yang digunakan hendaklah berdasarkan senarai nama negara dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Senarai nama dalam bahasa Melayu hendaklah mengikut senarai yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Contoh: Negara Italy ditulis sebagai Itali. Untuk mendapatkan senarai nama yang lebih tepat untuk penggunaan nama negara dalam bahasa Melayu, sila rujuk Garis Panduan Penentuan Nama Geografi oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Justeru, soalan selanjutnya adalah berdasarkan ayat berikut: "Senarai nama dalam bahasa Melayu hendaklah mengikut senarai yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Contoh: Negara Italy ditulis sebagai Itali." Apakah penerbitan yang diterbitkan oleh DBP yang menyenaraikan nama negara berdaulat dalam Bahasa Melayu. Rujukan telah dibuat kepada Garis Panduan Penentuan Nama Geografi oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Maklumat terjemahan dari nama asal kepada Bahasa Melayu tidak dilampirkan. | Untuk makluman puan, tidak semua nama tempat/negara terakam dalam data terbitan kami. Begitu juga dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang tidak menyenaraikan semua nama tempat dan hanya beberapa tempat/negara sebagai contoh dalam penamaan. Sebagai alternatif, puan bolehlah merujuk buku terbitan DBP, iaitu Gaya Dewan (hlm. 414 - 423) dan Kamus Dewan Perdana untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Selain itu, puan juga boleh merujuk Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai ejaan yang betul untuk nama-nama negara. | Ejaan | 31.01.2025 |
Salam, Bolehkah saya menghantar dokumen (cth: *.doc) untuk semakan ejaan dan bahasa oleh DBP. Dokumen ini adalah Akta dan juga Pekeliling jabatan saya. Selain pertanyaan di sini, di manakah tempat/laman lain DBP untuk buat semakan ejaan dan bahasa? Sekian. Mohd Yusri bin Mohd Noor Seksyen Perundangan Kadaster Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. | Kami tidak menyediakan perkhidmatan semakan dokumen kecuali untuk sekadar dua atau tiga halaman. Walau bagaimanpun kami boleh membantu mengikut kesesuaian masa dengan syarat tempoh yang diberikan tidak mengganggu tugas hakiki kami di pejabat. Sila hubungi kami melalui e-mel aishah3@dbp.gov.my untuk perbincangan lanjut. | Lain-lain | 19.07.2012 |
Boleh saya tahu dalam kamus Dewan Bahasa, kenapa disebut sebagai Lautan Pasifik tetapi bukannya Samudera Pasifik? | Untuk makluman, “Lautan Pasifik” telah diterima secara meluas dalam semua penamaan tempat dan pemetaan geografi serta digunakan sebagai nama khas bagi menggantikan istilah bahasa Inggeris, iaitu Pacific Ocean. Nama ini telah mantap penggunaannya. Istilah “Samudra Pasifik” hanya digunakan di Indonesia. Perkataan “Samudera” lebih kerap digunakan dalam karya sastera dan laras bahasa klasik sebagai satu bentuk pilihan padanan kata yang lebih indah. | Istilah | 20.04.2020 |
Merujuk soalan kedua saya lalu, pihak tuan menyebut ejaan makkah dan Mekah diterima. Bagaimana ejaan nama-nama tempat yang lain? yg memiliki banyak versi sedangkan DBP memperjuang kecelaruan ejaan. Apakah pengguna bahasa Melayu mahu mengguna ejaan Tarabulus atau Tripoli, Sibtah atau Ceuta. Dan banyak lagi ejaan nama tempat yang berbagai versi. | Untuk makluman tuan, tidak semua nama tempat di dunia terakam dalam data terbitan kami. Sebagai pihak yang berwenang, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menerbitkan Garis Panduan Penentuan Nama Geografi sebagai panduan dan rujukan nama-nama tempat di dalam dan luar Negara. Garis Panduan ini juga tidak menyenaraikan semua nama tempat, hanya beberapa tempat/negara sebagai contoh dalam penamaan. Data DBP menggunakan nama Tripoli, dan tidak ada data yang berkaitan dengan Sibtah atau Ceuta. Sila nyatakan nama tempat yang digunakan dalam berbagai versi dalam data terbitan kami seperti yang tuan nyatakan untuk kami membuat semakan. | Tatabahasa | 06.09.2014 |
Apakah yang dimaksudkan oleh rencana? Adakah ia sama seperti esei ataupun karangan panjang? apakah ciri-ciri yang ada dalam sebuah rencana? | Rencana bermaksud 1. cerita, karangan,kisah. 2. catatan mengenai perbincangan dalam mesyuarat dll.,laporan, minit. 3. rangka sesuatu yang dikerjakan. 4. acara, agenda, jadual, program. Penulisan rencana dibahagikan kepada dua peringkat,peringkat prapenulisan dan peringkat penulisan. Peringkat prapenulisan melibatkan penentuan tajuk,pengumpulan maklumat dan memproses maklumat. Dalam pengumpulan maklumat beberapa teknik digunakan,iaitu Teknik Kategori Aristotle,,Teknik Pemetaan Fikiran, Teknik Rajah Idea dan Teknik Rangka Piramid. Jenis-jenis rencana pula ialah rencana penerangan, berita, profil, penyiasatan, pengalaman peribadi,pendapat, perbahasan,kritikan dan umum. Saudara boleh merujuk beberapa buku tentang perkara ini yang boleh diperoleh di kedai-kedai buku utama. | Lain-lain | 20.08.2009 |
Apakah maksud rencana? Apakah teknik penulisan rencana? Apakah jenis-jenis rencana? | Rencana bermaksud 1. cerita, karangan,kisah. 2. catatan mengenai perbincangan dalam mesyuarat dll.,laporan, minit.3. rangka sesuatu yang dikerjakan4. acara, agenda,jadual,program. Penulisan rencana dibahagikan kepada dua peringkat,peringkat prapenulisan dan peringkat penulisan. Peringkat prapenulisan melibatkan penentuan tajuk,pengumpulan maklumat dan memproses maklumat. Dalam pengumpulan maklumat beberapa teknik digunakan,iaitu Teknik Kategori Aristotle,,Teknik Pemetaan Fikiran, Teknik Rajah Idea dan Teknik Rangka Piramid. Jenis-jenis rencana pula ialah rencana penerangan, berita, profil, penyiasatan, pengalaman peribadi,pendapat, perbahasan,kritikan dan umum. Saudara boleh merujuk beberapa buku tentang perkara ini yang boleh diperoleh di kedai-kedai buku utama. | Makna | 01.04.2008 |