Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.for.ma.tan] | ڤمفورمتن

Definisi : perihal (proses, perbuatan dsb) memformatkan: para penterjemah banyak menghabiskan masa membuat kerja penyuntingan, ~ dokumen, dan kerja yg berkaitan dgn leksikografi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.for.ma.tan] | ڤمفورمتن

Definisi : perbuatan atau proses memformatkan: Dia membuat kerja penterjemahan dan ~ dokumen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemformatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya dari Bahagian Penyelidikan dan Penerbitan, SEARCCT. Boleh saya dapat maklumat jika pihak DBP ada melantik external reviewer dan juga Editor untuk penerbitan jurnal DBP? Dan jika ada, adakah terdapat sebarang bayaran honorarium diberikan kepada mereka? Saya cuba untuk mencari jika terdapat sebarang garis panduan pembayaran mahupun pelantikan untuk External Reviewer dan juga Editor sesebuah penerbitan jurnal. Terima kasih.Ya. Pihak DBP ada melantik penilai luar bagi penerbitan jurnal.

Tanggungjawab Penilai

  • Melakukan penilaian secara objektif, adil dan profesional serta tanpa konflik kepentingan.
  • Memaklumkan kepada Ketua editor/editor jika berlaku pelanggaran etika penerbitan dalam makalah yang dinilai.
  • Memastikan makalah yang dinilai tiada unsur plagiat atau pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan sebelum ini.
  • Memastikan penilaian dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan dan memaklumkan kepada Ketua editor/editor jika memerlukan pelanjutan masa penilaian makalah.
  • Tidak membincangkan makalah yang dinilai kepada pihak lain tanpa kebenaran.
  • Penilai perlu menilai dari aspek kualiti, kerelevanan dan ketepatan makalah serta digalakkan untuk menyemak silang sitasi dan rujukan.
 
Untuk makluman juga, penilaian akan dilakukan dalam bentuk penilaian sulit berganda (double-blind review). 
  • Penilai akan menilai kualiti makalah (termasuk pemformatan, penilaian umum, pembentangan plagiat dan perbincangan serta data) dan memberikan cadangan, sama ada makalah boleh diterima, perlu diperbaik atau ditolak.
  • Penilai akan menyerahkan laporan penilaian bersama-sama ulasan terhadap makalah kepada editor.

Sila layari pautan ini http://jurnal.dbp.my/index.php/MalayLiterature/index atau menghubungi YBrs. Dr. Rosmani binti Omar ros_omar@dbp.gov.my, Ketua Editor Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lain-lain10.07.2025

Kembali ke atas