apakah tugas pemidato? | Pemidato ialah orang yang berpidato. Pidato bermaksud ucapan yang disampaikan kepada khalayak ramai; ceramah yang membicarakan sesuatu perkara. Jadi tugas pemidato ialah menyampaikan ucapan kepada khalayak berkenaan dengan sesuatu perkara. | Lain-lain | 08.07.2008 |
CARA BERPIDATO? BAHASA MELAYU..KALAU ADA CONTOH BOLEH EMAILKAN SEKALI..URGENT | Sebelum seseorang berpidato pemidato hendaklah terlebih dahulu mempunyai sifat-sifat yang positif supaya dapat memberikan ucapan yang berkesan. Antara sifatnya ialah berpengetahuan, berkemahiran, berkeyakinan dan berkeperibadian baik. Selain itu, prinsip asas pengucapan awam perlulah diamalkan, iaitu yang berkaitan dengan pengumpulan, penyusunan, penguasaan isi, penggunaan gaya bahasa yang sesuai dan penyampaian ucapan kepada pendengar sasaran. Untuk maklumat yang lebih terperinci saudara disarankan merujuk buku Panduan Pengucapan Awam Edisi Kedua oleh Abdul Mua'ti@Zamri Ahmad. Saudara juga boleh merujuk bahan ini: 1. Pidato Berpidato - Seni dan Teknik oleh Rahmat lsmail Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000 2. Pidato Politik - Menjana Kredibiliti mendepani Khalayak oleh Ahmad Zahid Hamidi Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2004. | Lain-lain | 31.08.2009 |
Apakah istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu kepada "Speakers Corner" dalam bahasa Inggeris. TQ | Untuk makluman, tidak ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "Speaker's Corner". Padanan bahasa Melayu untuk "speaker" ialah pembicara atau pemidato, dan padanan bahasa Melayu untuk "corner" ialah sudut. Cadangan kami ialah Sudut Pembicara atau Sudut Pemidato. | Istilah | 09.06.2012 |
apa bezanya antara 'pidato' dan 'ucapan'? bolehkah saya kata 'pidato sambutan'? | .Pidato ialah ucapan yg disampaikan kpd khalayak ramai: lebih drpd itu ia dapat juga diakui sbg seorang ahli ~ yg mempunyai bakat istimewa; 2. ark ceramah yg membicarakan sesuatu perkara; berpidato menyampaikan pidato: dia memang sudah biasa ~; kemahiran ~; mempidatoi memberi pidato kpd, berpidato kpd: aku ~ perkumpulan pemuda pd waktu malam; mempidatokan membincangkan dlm pidato; pemidato orang yg berpidato. Ucapan pula bermaksud - apa yg diucapkan, perkataan (kata-kata) yg diucapkan: aku seolah-olah terpesona dgn segala ~nya itu; 2. cara menyebut sesuatu kata, lafaz, sebutan: ~ setiap kata haruslah jelas; 3. syarahan, pidato: dia telah memberi suatu ~ pendek; 4. kata-kata yg mengandungi harapan supaya selamat (sejahtera dll), kata-kata yg menyatakan terima kasih dll: Yang di-Pertuan Agong telah mengirim ~ selamat kpd Presiden India; 5. = ~ bahasa sj peribahasa, simpulan bahasa, ungkapan; Melihat kepada keterangan yang diberikan kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang sama. Cuma tajuk yang diperkatakan sahaja yang dapat memberikan gamabaran sama ada ia berbentuk syarahan atau berpidato. | Makna | 19.02.2010 |