Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pimpin
Kata Terbitan : berpimpin, memimpin, terpimpin, pimpinan, kepimpinan, pemimpin,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya kecewa dengan pemimpin-pemimpin Melayu semasa mereka berucap atau mengadakan sidang akhbar sama ada di TV 1, TV 2, atau TV 3. Mereka mengatakan bahasa melayu abahsa rasmi. bahasa Melayu bahasa Perpaduan tetapi semua itu hanya manis di mulut sahaja. Cakap dan tak serupa bikin. Dalam majlis yang dihadiri oleh khalayak masyarakat India atau Cina, pemimpin-pemimpin kita begitu tunjuk lagak seolah-olah merekalah yang pandai berbahasa Inggeris. Kononnya, berucap dengan bahasa Inggeris lebih difahami oleh khalayak. TAPI sebenarnya, suatu penghinaan kepada kaum India dan Cina yang telah menetap di negara ini selama lebih 50 tahun. Seolah-olah pemimpin-pemimpin kita beranggapan bahawa masyarakat India dan Cina tidak mahir berbahasa melayu. Seolah-olah mereka tidak faham apabila pemimpin berucap dalam bahasa Melayu. Saya cukup sedih dengan pemimpin kita yang berpura-pura ingin memperkasa bahasa Melayu tetapi semuanya hanya mainan bibir sahaja.

Encik Mahayuddin,

Pandangan yang tuan berikan itu memang tepat sekali. Sepatutnya para pemimpin menjadi contoh dan teladan yang baik, bukannya merendahkan martabat bahasa Melayu. Marilah kita berpegang teguh kepada Perlembagaan negara kita.

Lain-lain05.10.2010
makna kepimpinan dan pemimpin -ciri-ciri kepimpinan -kebaikan dan keburukannya -bila ianya sesuai digunakan -pemerintahan autokratikSila rujuk bahan ini : 1. Komunikasi untuk pemimpin Abdullah Hassan PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. 2001 . 2. Panduan Untuk Pemimpin John H. Zenger McGraw-Hill 2005 3. Pemimpin era globalisasi Husin @ Ibrahim Mamat Dewan Bahasa dan Pustaka 2007 . 4. Pemimpin ideal dalam Islam Hafidhuddin, Didin Pustaka Zaman 2000 Teknik Kepemimpinan Auren Uris Dewan Bahasa dan Pustaka 1980 5. Wawasan dan kepemimpinan : nilai dan strategi ke arah Wawasan 2020 Yeoh, Micheal Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad 2003 6. Prinsip perlembagaan & pemerintahan di Malaysia Mohd Salleh Abas, Tun Dewan Bahasa dan Pustaka 2006 7. Sistem pemerintahan dan pentadbiran barat : suatu tinjauan Ahmad Atory Hussain Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996Lain-lain31.07.2007
Mohon pencerahan perbezaan antara KEPIMPINAN dan KEPEMIMPINAN?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud;
1. kepimpinan = keupayaan memimpin (Contoh: "Kepimpinan melalui teladan")
2. kepemimpinan = keupayaan (kebolehan, pencapaian, dsb) sbg. pemimpin, daya (tindaktanduk, kecekapan, dsb. ) seseorang pemimpin: dalam pentadbirannnya.
(Contoh ayat: Dr. Mahathir berusaha membawa corak kepemimpinan yang berbeza daripada pemimpin-pemimpin sebelumnya.) 
Tatabahasa02.12.2014
Salam Ramadan, 1. Apakah golongan kata bagi: a) atas? b) di atas? 2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata 'atas' merujuk kepada kata arah sedangkan ada Munsyi Dewan yang mengatakan bahawa 'atas' ialah KATA SENDI NAMA manakala frasa 'di atas' ialah KATA ARAH. Apakah pendapat tuan dalam hal ini? 3. Apakah penjodoh bilangan bagi klip kertas atau klip besi? 4. Mengapakah perkataan memperolehi, mempersetujui, memperbaiki, memperdalami dan memperhalusi dianggap tidak gramatis dalam bahasa Melayu? 5. Apakah bedanya kata 'meningkatkan' dan 'mempertingkatkan'? 6. Ayat: Malangnya, kini, pemimpin-pemimpin negara khasnya pemimpin Melayu seolah-olah menganggap perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sudah sampai ke penghujungnya. Betul atau salah rangkai kata 'sudah sampai ke penghujungnya'? Terima kasih.

1 dan 2.  Atas ialah kata arah dan kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Perkataan "di" merupakan kata sendi nama. Oleh itu frasa di atas ialah frasa sendi nama.

3. Apakah penjodoh bilangan bagi klip kertas atau klip besi? 

Penjodoh bilangan yang paling hampir untuk digandingkan dengan klip kertas ialah keping. Walau bagaimanapun lazimnya klip kertas dikira dalam bentuk unit, iaitu satu, dua dan tiga atau dalam jumlah yang lebih besar sekotak klip.

 
4. Mengapakah perkataan memperolehi, mempersetujui, memperbaiki, memperdalami dan memperhalusi dianggap tidak gramatis dalam bahasa Melayu?
Apitan memper.....i wujud hasil daripada perkembangan bahasa, iaitu keperluan menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Setakat ini hanya bentuk yang berikut sahaja yang wajar dianggap sebagai jenis kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper.....i iaitu: memperingati, memperkawani, mempersuami, dan memperisteri  sebenarnya berbentuk mempersuamii dan memperisterii  tetapi telah berlaku pengguguran satu huruf i dalam kedua-dua perkataan ini  Bentuk yang lazim digunakan merupakan bentuk terbitan yang lewah dan sepatutnya dieja seperti yang berikut: memperolehi seharusnya memperolehmemperbaiki seharusnya memperbaikmemperkuasai seharusnya menguasaimemperdalami seharusnya mendalami memperakui seharusnya mengakui/ memperakukan mempersetujui seharusnya menyetujui memperhalusi seharusnya menghalusi.

5. Apakah bedanya kata 'meningkatkan' dan 'mempertingkatkan'?

Meningkatkan ialah meninggikan kedudukan (taraf dll), membesarkan (pengeluaran dll), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi; ~ diri

Mempertingkatkan ialah menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi (kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dll), menjadikan lebih hebat (giat, erat, dll), memperhebat: peranan ~ mutu bahasa Melayu tidak terletak di bahu pengkaji dan peminat bahasa sahaja; sikap kejam Soviet itu telah menambah keazaman Mujahideen utk ~ perjuangan mereka;

6. Ayat: Malangnya, kini, pemimpin-pemimpin negara khasnya pemimpin Melayu seolah-olah menganggap perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sudah sampai ke penghujungnya.

Ayat tersebut betul.

Tatabahasa19.07.2013
Tuan, Untuk setiap dua set tiga ayat yang berikut yang manakah betul dari segi tata bahasanya? 1a) Guru sebagai pemimpin komuniti. 1b) Seorang guru sebagai pemimpin komuniti. 1c) Seorang guru sebagai seorang pemimpin komuniti. 2a) Seorang guru perlu menjadi seorang pengurus kelas yang baik. 2b) Seorang guru perlu menjadi pengurus kelas yang baik. 2c) Seorang guru perlu menjadi seorang pengurus kelas yang baik. Didahului dengan ribuan terima kasih. Yg benar, Mark.Bagi ayat nombor 1, ayat yang betul ialah 1a, iaitu Guru sebagai pemimpin komuniti.  Manakala ayat nombor 2, dicadangkan ayat berikut : Seseorang guru perlu menjadi pengurus yang baik.Tatabahasa15.11.2010
Apa kesalahan ayat berikut? 1. Turut menghadiri majlis itu ialah para pemimpin dari negara asing. 2.Pesalah itu dijatuhkan hukuman penjara kerana kes pengedaran dadah.

1. Turut menghadiri majlis itu ialah para pemimpin dari negara asing. - ayat ini betul

2. Pesalah itu dijatuhkan hukuman penjara kerana kes pengedaran dadah. - salah dan penggunaan yang betul ialah dijatuhi. Apitan di-...-i ialah bentuk pasif meN-...-i yang menandakan lokatif, iaitu tempat berlakunya perbuatan - menjatuhi + objek (orang). Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 207.

Tatabahasa24.06.2011
Tolong beri penerangan tentang: 1.Pembentukan ayat yang menggunakan klausa dengan tugas-tugasnya bagi ayat-ayat di bawah. 2. Sebab-sebab klausa berfungsi sebagai tugas yang tertentu. Ayat 1 Saya jelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya Ayat 2 Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan.Kedua-dua contoh ayat yang diberikan ialah ayat komplemen. Dalam ayat pertama, Saya menjelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya. Dalam ayat tersebut, ayat "bahawa pemimpin itu tidak amanah" merupakan objek kepada kata kerja transitif "menerangkan". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 508.Tatabahasa23.08.2013
assalamaualaiku. 1.Apakah nama yang sesuai dalam Bahasa Melayu bagi orang yang menjadi instruktors?atau adakah sesuai kita gunakan juru pandu senamrobik?byukankah instruktors itu dalam Bahasa Inggeris? 2.Apakah nama perkataan sesuai untuk untuk Bahasa Melayu bagi orang yang berdiri di hadapan memimpin koir,atau memimpin nyanyian@kumpulan muzik1. Padanan instruktor dalam bahasa Melayu ialah pengajar atau jurulatih. Jika yang berkaitan akademik dan kemahiran "pengajar" lebih sesuai digunakan, manakala yang berkaitan dengan kecergasan dan kesukanan "jurulatih" yang digunakan.
2. Pemimpin kumpulan koir atau pemimpin dan pemimpin kumpulan muzik.
Tatabahasa05.07.2012
Yang mana betul. Badan Kepimpinan Pelajar atau Badan Kepemimpinan Pelajar. Ke arah KEPIMPINAN yang berkualiti dan berintegrasi atau Ke arah KEPEMIMPINAN yang berkualiti dan berintegrasi.1">Kedua-dua istilah  iaitu kepimpinan dan kepemimpinan ialah padanan bahasa Melayu untuk "leadership".   Penggunaannya bergantung pada konsep dan konteks ayat. Kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Manakala kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-­tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin.1">Contoh ayat: 
i.     Kepimpinan melalui teladan.
ii.    Tun Mahathir berusaha membawa corak kepemimpinan yang berbeza daripada pemimpin-pemimpin sebelumnya.

1">Jawapan:
i.      Badan Kepimpinan Pelajar
ii.     Ke Arah Kepimpinan yang Berkualiti dan Berintegriti
iii.    Perkataan “Integrasi” tidak sesuai digunakan dalam frasa ini kerana mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan “Integrasi” membawa maksud bergabung dan berpadu. 1">

1">

Tatabahasa19.02.2020
1.perkataan luar biasa harus dieja rapat atau jauh? 2.adakah ayat- ayat di bawah betiul dari segi ejaan, imbuhan? -sambut baik nyanyi Negaraku di pawagam - Karim dinasihat berdialog dengan bekas pemimpin dahulu. - PM seru pegang 4 asas utama perpaduan1. Ejaan yang betul ialah luar biasa. 
2. Frasa yang betul ialah "...menyambut baik nyanyian Negaraku di pawagam" dan "Karim dinasihatkan oleh ... berdialog dengan bekas pemimpin dahulu" dan "PM menyeru rakyat memegang 4 asas utama perpaduan".
Tatabahasa24.04.2014
1234

Kembali ke atas