1. Saya potong kuku dengan pemotong kuku. 2. saya memotong kuku dengan pemotong kuku. mana satukah yang betul? | Ayat yang gramatis ialah "Saya memotong kuku menggunakan/dengan pemotong kuku" | Tatabahasa | 20.05.2013 |
1. mesin pemotong rumput atau mesin potong rumput? | Mengikut data kami, penggunaan istilah yang betul ialah mesin potong rumput. | Istilah | 09.02.2017 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1.Hydraulic Cut Offs Various 2.Hydraulic Drop Hammers Various 3.Hydraulic Flange Spreaders Various 4.Hydraulic Grapplers Various 5.Hydraulic Hole Punchers Various 6.Hydraulic Jacks Various Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1.Hydraulic Cut Offs Various - Pemotong Hidraulik 2.Hydraulic Drop Hammers Various - Tukul Jatuh Hidraulik 3.Hydraulic Flange Spreaders Various - Perebak Bebibir Hidraulik 4.Hydraulic Grapplers Various - Pencengkam Hidraulik 5.Hydraulic Hole Punchers Various - Penebuk Lubang Hidraulik 6.Hydraulic Jacks Various - Bicu Hidraulik Kami tidak pasti maksud perkataan "various" dalam konteks ini. Sekiranya bermaksud "pelbagai", boleh diletakkan di hadapan seperti yang berikut: Pelbagai Pemotong Hidraulik | Istilah | 07.03.2016 |
Assalamualaikum. Saya hidayah. Saya hendak bertanyakan beberapa istilah dalam bahasa Inggeris untuk diterjemahkan kepada bahasa Melayu. Contoh: 1. cutting-edge. Contohnya, cutting-edge 21st century software, cutting-edge voice recognition analyzer. 2. Instructional Technology 3. interconnected 4. rote learning Harap pihak tuan dapat memberikan maklum balas kepada saya berhubung dengan istilah ini. Terima kasih. | Salam sejahtera, Cadangan padanan teks bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu. Cutting-edge- mata pemotong Instructional Technology- Teknologi Sistem Pengajaran Interconnected- Saling berkait Rote learning- Pembelajaran hafal Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.07.2019 |
apakah perbezaan antara hujung dan penjuru | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, Hujung ialah 1. bahagian yg terakhir dr sesuatu yg panjang (spt jalan, tali, dll), punca, lwn pangkal: rumahnya terletak nun di ~ jalan; ~ galah; 2. akhir (bulan, minggu, tahun, dll): saya akan bercuti panjang pd ~ tahun ini; ia pulang ke kampung tiap-tiap ~ minggu; yg paling ~ yg kemudian (penghabisan dll) sekali; 3. kesudahan (percakapan, mesyuarat, dll): kedua-dua pihak telah mengeluarkan suatu kenyataan bersama di ~ pertemuan; 4. tempat yg terjauh dr orang yg bercakap, tempat yg terjauh dr pusat, yg dekat dgn tepi (bandar, kampung, dll): saya tinggal di ~ bandar Kuala Lumpur; suara azan dr langgar di ~ kampung sudah hilang; 5. bahagian yg tajam (lancip): ~ hidung (kepala, lembing, panah, pensel, pokok, tanduk, dll); 6. bahagian tanah (daratan) yg menganjur ke laut dll; ~ tanah bahagian selatan sekali dr Semenanjung Malaysia; 7. tujuan (maksud) perkataan dll: barangkali tuan-tuan dapat menangkap ~ percakapan saya itu; ~ lidah a) bahagian lidah yg di hadapan sekali; b) = sambungan ~ Mn orang yg menyampaikan ucapan (pesanan dll) orang lain pd sesuatu majlis dll; ~ mata a) penjuru mata yg di sebelah luar, ekor mata; b) bahagian yg tajam pd alat pemotong (kikir, pisau, dll); ~ Subhanallah bp di hujung yg jauh (tidak tahu hujungnya); ~ sut hujung sekali; mengadu ~ lidah berbahas (bertengkar dll); mengadu ~ penjahit (dgn) a) bertemu muka atau mulai berkenalan (dgn); b) saling menunjukkan keahliannya, kepintarannya, kepandaiannya, dll); c) berusaha mendapatkan nafkah dgn susah payah; nyawa tinggal di ~ rambut hampir-hampir mati, tidak ada harapan lagi (sakratulmaut); se~ rambut = (sampai ke) ~ rambut (sampai kpd yg) sekecil-kecilnya (sangat berkira); tidak tentu (ada, tahu) ~ pangkal tidak tentu hala tujuannya (hubung an satu sama lain); jadi ~ (penghujung) lidah prb jadi jurubicara dlm sesuatu perundingan dll; Pejuru pula ialah pojok, sudut; ~ sudut tepat (Mat) penjuru yg luasnya 90º. Penggunaannya bergantung kepada konteks ayat. | Lain-lain | 11.10.2010 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan yang sesuai bagi istilah-istilah berikut: 1. Laboratory Dounce Homogenizer 2. Festooning Machine 3. Tobacco Kiln 4. Vertical Carpet Underlay Cutting Machine 5. Tape Layering Machine 6. Rebond Carpet Underlay Form Machine 7. Rubber Carpet Underlay Extruding Machine Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Laboratory Dounce Homogenizer – Penghomogen Dounce Makmal1"> 2. Festooning Machine – Mesin Pemfestunan1"> 3. Tobacco Kiln – Tanur Tembakau1"> 4. Vertical Carpet Underlay Cutting Machine – Mesin Pemotong Alas Permaidani Tegak1"> 5. Tape Layering Machine – Mesin Pelapisan Pita1"> 6. Rebond Carpet Underlay Form Machine- Mesin Bentuk Alas Permaidani Ikat Semula1"> 7. Rubber Carpet Underlay Extruding Machine – Mesin Penyemperitan Alas Permaidani Getah | Istilah | 27.05.2016 |