Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mu.da] | ڤمودا

Definisi : orang yg masih muda (lelaki), anak(lelaki) yg masih remaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mu.da] | ڤمودا

Definisi : orang lelaki yg masih muda; orang muda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muda (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan belia, masih remaja, masih mentah, budak, masih hijau, setahun jagung, ubun-ubun masih lembik, masih berhingus,
Berantonim dengan tua

2. Dalam konteks buah
bersinonim dengan belum masak, belum tua, masih hijau,
Berantonim dengan tua

3. Bersinonim dengan masih awal: belum lama, belum menghujung,
Berantonim dengan lewat

Kata Terbitan : kemuda-mudaan, pemuda,

Puisi
 

Banyak terbang si burung camar,
     Di pokok ara singgah meniti;
Banyak pemuda datang melamar,
     Sayang dara hatinya terkunci.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sudah memakai adat.

Bermaksud :

Dikatakan kepada pemuda yang sudah beristeri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Di sini, saya nak tanya tentang tatabahasa. 1. kuatkuasa-----kuat kuasa penguatkuasa-----penguat kuasa penguatkuasaan-----penguat kuasaan 2. pemuda-pemuda-----pemuda-pemudi 3. pusat beli-belah-----pusat-pusat beli-belah pusat membeli-belah-----pusat-pusat membeli-belah 4. sementelahan sementelahan itu 5. justeru, justeru itu, 6. ....kita akan dapat..... .... akan kita dapat..... 7.....saya akan mendapat.... .......akan saya mendapat.... .......saya akan dapat.... .....akan saya dapat..... ....saya perlu..... .....perlu saya...... 8. anti dadah antidadah Kelab Anti Dadah Kelab Antidadah Kelab AntiDadah Kelab Anti-Dadah Kelab Anti-dadah Kelab anti-dadah Kelab anti-Dadah Kelab anti dadah Program Anti Dadah Program Antidadah Program AntiDadah Program Anti-Dadah Program Anti-dadah Program anti-dadah Program anti-Dadah Program anti dadah Kempen Antidadah Kempen anti-Dadah ...*.dan sebagainya......... 9. kita haruslah.... kita seharuslah.... kita seharusnya..... seharusnya kita........ harus kita........ haruslah kita.......... 10. keistimewaan alam semulajadi keistimewaan alam semula jadi 11. mempertingkatkan mempertingkat 12. memperbaiki memperbaik 13. perkataan yang bersifat "memper...kan" , "memper...", "memper....i".1. Kuat kuasa, penguat kuasa, pegawai penguat kuasa, penguatkuasaan. 
2. Pemuda, pemudi serta pemuda dan pemudi.  
3. Pusat beli-belah, pusat-pusat beli-belah. 
4. Sementelah dan sementelahan.
5. Justeru.
6. ... kita akan dapat ...  
7. ... saya akan mendapat ... dan ... saya perlu ... 
8. Antidadah, Kelab Antidadah, Program Antidadah, Kempen Antidadah 
9. Kita haruslah dan kita seharusnya 
10. Keistimewaan alam semula jadi 
11. Mempertingkatkan 
12. Memperbaik
13. Apitan memper...kan digunakan juga dengan kata kerja dan kata nama Apitan memper...kan dengan kata kerja membawa maksud  menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan memper...kan dengan kata nama membawa maksud kuasatif. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 208. Apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak, seperti`memperingati`, `memperkawani`, `memperisteri`dan `mempersuami`. Kata dasar lain boleh bergabung dengan apitan memper-...-i jika ada keperluan untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 211. Awalan memper- biasa juga dirujuk sebagai awalan per-. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 177.
Tatabahasa29.10.2012
Tuan betulkah ayat ini? Dialog antara abang dan adik tentang mereka yang turut bersalah tentang pemuda-pemuda yang melepak di tepi tembok berkaitan dengan didikan masyarakat kerana mereka anggota masyarakat juga. Bolehkah penggunaan kata 'tentang' digunakan sebanyak dua kali dalam satu ayat yang panjang..minta nasihat tuan untuk betulkan ayat ini..Ayat tersebut tidak gramatis kerana terlalu banyak ayat digabungkan menjadi satu ayat sahaja. Penggunaan sebarang perkataan dibenarkan dalam satu ayat asalkan sesuai dengan konteks ayat tersebut. Walau bagaimanapun pengulangan tersebut idak digalakkan.
Tatabahasa11.07.2012
1. ‘Pemuda-pemudi’ ada perkataan ini tak/ apa perbezaannya dengan ‘pemuda dan pemudi’ 2. Apabila membina ayat seperti perkataan dasar ( baca ) , ayatnya : Buku itu telah saya baca seminggu yang lalu. : Buku itu akan saya baca apabila saya mempunyai masa lapang. ~~penggunaan kata seperti ‘telah’, ‘akan’ perlu letak di hadapan kata ganti nama diri 1 atau bgmn 3. Perbezaan antara wakru dan masa ialah apa dan bgmn dgn penggunaannya 4. Apakah perbezaan sementelah dan sementelahan1. Dalam bentuk kata ganda, ejaan yang betul ialah pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi, namun kedua-dua perkataan ini tidak perlu digandakan kerana ia boleh merujuk kepada tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Dalam bentuk frasa yang betul ialah pemuda dan pemudi. 
2. Betul, kata telah dan akan perlu hadir sebelum kata ganti nama diri yang pertama.  
3. Dalam Kamus Dewan waktu sama dengan masa. 
4. Sementelah sama maksud dengan sementelahan, iaitu  lebih-lebih lagi atau tambahan pula.
Tatabahasa30.10.2012
(a) Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. (b) Ketiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Mana satu yang betul (ketiga-tiga atai ketiga)? (i) Ketiga-tiga orang pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. (ii) Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Mana satu yang betul tentang keahdiran penjodoh bilangan?Ayat yang betul ialah Ketiga-tiga orang pemuda tersebut berlari keluar dari pentas dan Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Perkataan ketiga bermaksud yang ketiga, manakala ketiga-tiga bermaksud semua seramai tiga. Penjodoh bilangan boleh hadir atau tidak dalam ayat tersebut.Tatabahasa06.04.2012
Pemuda yang comel serta kacak itu menjadi rebutan gadis-gadis belasan tahun di desa itu. munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TQPerkataan gadis tidak perlu digandakan. Sila rujuk kamus untuk memlilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul.Tatabahasa16.02.2012
tuan, beberapa orang pemuda telah membantu mengetepikan kereta. atau beberapa orang pemuda telah membantu menepikan kereta TQBeberapa orang pemuda telah membantu mengetepikan kereta. Mengetepikan bermaksud memindahkan ke tepi.Tatabahasa19.09.2011
Munsyi Sebaik-baik pemuda itu ada juga melakukan kesilapan. atau Sebaik-baiknya pemuda itu ada juga melakukan kesilapan. TKSebaik-baik pemuda itu ada juga melakukan kesilapan.Tatabahasa17.07.2012
Beberapa orang pemuda angkat kereta yang terbenam di dalam lumpur itu. munsyi, angkat wajarlah digantikan dengan kata apa? TQjawapan yang sesuai ialah mengangkat atau mengalihkanTatabahasa16.02.2012
tuan, 1. pemuda itu begitu gigih untuk menduduki peperiksaan walaupun telah gagal beberapa kali.( apakah kesalahan yang ditemui? saya tak faham kerana buku mengatakan bahawa ayat ini salah) 2. badannya yang gempal menjadi kering setelah mengidap penyakit asma.(saya berasa ayat ini salah tetapi buku pula mengatakan betul?) terima kasihPendapat saudara betul kerana ayat pertama tidak mengandungi kesalahan, manakala dalam ayat kedua terdapat kesalahan penggunaan kata kering. Kering bermaksud tidak berair atau tidak basah dan makna kata kering yang lain juga tidak tepat dari semantiknya untuk ayat berkenaan.Tatabahasa24.07.2011
Penggunaan dari/daripada yang mana paling tepat? a) Kenderaan berkuasa stim pertama berjaya dihasilkan oleh pemuda bernama Thomas Newcomen daripada England. b) kenderaan berkuasa stim pertama berjaya dihasilkan oleh pemuda bernama Thomas Newcomen dari England.Ayat yang gramatis ialah: b) kenderaan berkuasa stim pertama berjaya dihasilkan oleh pemuda bernama Thomas Newcomen dari England. Kata sendi nama dari hadir di hadapan kata nama/frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah.Tatabahasa09.09.2011
12345

Kembali ke atas