ISTILAH 'MODERATOR' TELAH DITERIMA ATAU TIDAK DALAM BAHASA MELAYU (PERBANKAN) | MODERATOR TELAH DITERIMA. SAMA MAKNA DENGA PEMUDAH CARA. | Istilah | 04.01.2011 |
Poobharathii Balakrishnan Hi admin , nak tanya macam nak daftar / reactive roadsigns poster ?? tolong bagi panduan. terima kasih | Saudara boleh ajukan pertanyaan tersebut dalam laman Khidmat Nasihat DBP. Soalan tersebut akan dijawab oleh Pemudah Cara DBP: http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/nb_halaman_utama.aspx Halaman Utama sbmb.dbp.gov.my | Lain-lain | 22.10.2013 |
For the sake of simplicity, this service manual does not contain all detailed ... Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk frasa 'For the sake of simplicity'? Demi memudahkan? Secara mudah? Ringkasnya? Demi untuk kemudahan? Sebagai pemudah cara? Sekian. Terima kasih. | Terjemahan yang dicadangkan ialah: Untuk memudahkan pengguna, ... | Penyemakan dan penterjemahan | 25.01.2017 |
As salamualaikom & selamat ptg, kalau tak keberatan dpt kiranya pihak tuan reply mana ejaan yg betul:- 1.Ulu Klang 2.Ulu Kelang 3.Hulu Kelang. Teima kasih | Saudara boleh ajukan pertanyaan tersebut dalam laman Khidmat Nasihat DBP. Soalan tersebut akan dijawab oleh Pemudah Cara DBP: http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/nb_halaman_utama.aspx Halaman Utama sbmb.dbp.gov.my | Lain-lain | 09.10.2013 |
Salam Tuan. Saya ingin mendapat pandangan DBP mengenai kemungkinan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) menggunakan istilah "jurufasilatih" untuk merujuk kepada tenaga pengajar kami. Ia mengandungi maksud seseorang yang mempunyai sifat/skil kepakaran, pemudahcara dan jurulatih kerana tenaga pengajar INTAN perlu memiliki ketiga-tiga komponen tersebut. Mohon nasihat tuan. | Untuk makluman istilah pemudah cara atau fasilitator telah diterima pakai sebagai padanan untuk facilitator dan telah mantap penggunaannya. DBP juga tidak menggalakkan pemenggalan dan percantuman beberapa perkataan untuk membentuk satu istilah yang baru. | Istilah | 14.01.2011 |
La Alexander De Ghaza assalamualaikum dan selamat menyambut aidil adha buat admin yang bertugas terpanggil saya untuk mengunakn medium yang ada untuk bertanya DPB yang mempunyai kuasa dan organisasi yang bertanggungjawab memartabatkan Bahasa kebangsaan. saya masih keliru dengan pengunaan aidil fitri ataupun eidul fitri ? manakah yang lebih tepat ? jika boleh mengunakan eidul fitri , kenapa sebelum-sebelum ini perkataan tersebut tidak digunakan . terima kasih,moga saya dapat sesuatu melalui jawapan yang diberikan oleh pihak admin DBP | Saudara boleh ajukan pertanyaan tersebut dalam laman Khidmat Nasihat DBP. Soalan tersebut akan dijawab oleh Pemudah Cara DBP: http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/nb_halaman_utama.aspx Halaman Utama sbmb.dbp.gov.my | Lain-lain | 15.10.2013 |
Nur Adilla Abd Rahim Assalamualaikum, Saya hendak bertanya. Adakah DBP boleh menguruskan penjualan buku/ ada dana untuk menyokong penjualan buku-buku DBP di luar negara? Ada beberapa universiti yang ingin meletakkan buku bahasa Melayu di librari kampus dan mengharapkan agar DBP dapat memberikan kerjasama. Contohnya, di University of Manchester, di samping komuniti Nusantara yang besar di Manchester itu sendiri, sudah ada kelab rasmi Bahasa Melayu [MALECS] di bawah payung kokurikulum universiti tersebut. MALECS sedang cuba untuk menempatkan buku berbahasa Melayu di kampus. Jika DBP boleh memberikan kerjasama, usaha memartabatkan Bahasa Melayu ini tentu lebih dipermudah. Harap dibalas ya Takkan Bahasa Melayu hilang di dunia! Assalamualaikum. | Salam. Saudara boleh ajukan pertanyaan tersebut dalam laman Khidmat Nasihat DBP. Soalan tersebut akan dijawab oleh Pemudah Cara DBP: http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/nb_halaman_utama.aspx Halaman Utama sbmb.dbp.gov.my | Lain-lain | 04.11.2013 |
Salam sejahtera. Yang manakah ayat yang betul? 1. Ali mengambil kain pada ampaian. 2. Ali mengangkat kain pada ampaian. Frasa yang manakah yang tepat? 1. Pengajaran dan pembelajaran 2. Pengajaran dan pemudahcaraan (yang baru diperkenalkan oleh KPM. Mengapakah perkhidmatan "Khidmat nasihat" pada carian PRPM ditamatkan? Sebenarnya guru-guru dapat merujuk secara terus jika ada pemasalahan dan dapat diselesaikan tanpa menggunakan e-mel. Sekian, terima kasih. | 1. Ali mengambil kain pada ampaian dan Ali mengangkat kain pada ampaian. Kedua-dua ayat ini betul, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan lihat makna mengambil dan mengangkat. 2. Pengajaran dan pembelajaran, kedua-duanya betul lihat www.prpm.dbp.gov.my untuk melihat maknanya. Tidak ada contoh penggunaan pemudahcaraan, yang ada pemudah cara. 3. Domain "Khidmat Nasihat" tidak ditamatkan tetapi ditutup sementara waktu untuk pengemaskinian data. | Tokoh | 26.12.2014 |