Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mu.ga.ran] | ڤموݢرن

Definisi : 1. pemulihan semula, pembaikan kembali, pembaharuan; 2. perihal memugar (membuka, mengusahakan) tanah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mu.ga.ran] | ڤموݢرن

Definisi : hal atau perbuatan memugar (sesuatu kawasan hutan dsb): ~ hutan dgn menggunakan jentolak dan traktor dpt dilaksanakan dgn cepat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemugaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
land clearing (lombong)Pemugaran Tanah /Pembersihan TanahIstilah13.01.2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memandangkan istilah 'revitalize' dan 'revitalization' tiada pemadanan khusus dalam istilah bahasa Melayu, bolehkah saya mengusulkan kata 'pugar' dan 'pemugaran' sebagai padanan? Adakah terdapat saluran dalam talian bagi mengemukakan cadangan padanan istilah ke DBP? Ini boleh memberi ruang untuk orang ramai memberi saranan/cadangan melalui penggunaan sumber khalayak (crowd sourcing).Istilah (technical term) ialah kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat dalam sesuatu bidang ilmu atau professional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya, dan dengan itu diberikan definisi yang tepat. Jika tiada dinyatakan bidang maka kata hanyalah kata umum. Makna kata umum boleh sahaja dirujuk dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan (KIMD). Dalam KIMD, makna kata revitalize ialah menggiatkan, mencergaskan; manakala makna kata revitalization ialah penggiatan, pencergasan/ semula. DBP sangat mengalu-alukan para pakar bidang untuk bergerak bersama mencipta istilah Melayu.Istilah27.12.2018
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Paraplough Plough 2. Single Furrow Ploughs 3. Sulky Ploughs 4. Turnwrest Ploughs 5. Deep Tillage Subsoiler 6. Shank Subsoiler 7. Terra Weeder. Sekian, didahului dengan ribuan terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
 
1. Paraplough Plough - Bajak Berbilang Bilah
2. Single Furrow Ploughs - Bajak Alur Tunggal
3. Sulky Ploughs - Bajak Berpenarik Haiwan
4. Turnwrest Ploughs - Bajak Bilah Berbalik
5. Deep Tillage Subsoiler - Bajak Subtanah Pemugaran Dalam
6. Shank Subsoiler - Bajak Subtanah Berbatang
7. Terra Weeder - Pencabut Rumpai 
Istilah01.03.2016

Kembali ke atas