Adakah "aplikasi papan pemuka dalam talian" sesuai digunakan bagi menterjemah istilah "online dashboard application"? Terima kasih. | Istilah online dashboard application yang tuan utarakan tiada dalam pangkalan data DBP. Dari segi pembentukan istilah, padanan “aplikasi papan pemuka dalam talian” boleh diterima sekiranya bertepatan konteks penggunaan. | Istilah | 15.11.2017 |
Salam sejahtera, Adakah 'dash lights' atau 'dashboard light' sesuai diterjemahkan kepada 'lampu suluh' atau 'lampu pemuka'? Benda ini terletak pada kenderaan. Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih. | Salam sejahtera, Cadangan padanan dalam bahasa Melayu ialah lampu papan pemuka. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.09.2019 |
istilah 'dashboard' dalam BM | Dashboard dalam bidang Kejuruteraan ialah papan pemuka. | Istilah | 18.12.2011 |
Apakah terjemahan bagi frasa 'attendance dashboard' dalam bahasa melayu? | Untuk frasa "attendance dashboard", pihak kami mencadangkan "papan pemuka kehadiran" dalam bahasa Melayu. | Makna | 19.02.2021 |
Salam, Soalan saya merujuk kepada ayat di bawah: "Beg udara menghalang pemandu dan penumpang daripada merempuh stereng dan papan pemuka dengan memanjangkan masa impak semasa perlanggaran." Adakah perkataan 'merempuh' sesuai digunakan? Jika tidak, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikannya? Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan"rempuh" membawa maksud perbuatan melanggar seseorang atau sesuatu, biasanya dengan agak kuat sehingga terbalik, cedera, rosak dan sebagainya. Oleh itu, perkataan "merempuh" dalam ayat ini boleh digunakan. | Tatabahasa | 21.02.2022 |
Apa istilah "dashcam" dalam Bahasa Melayu? Ini maksud menurut kamus Oxford: a video camera mounted on the dashboard or windscreen of a vehicle and used to continuously record the view of the road, traffic, etc. through the windscreen. | Padanan bagi istilah dashcam atau dashboard camera dalam bahasa Melayu ialah kamera papan pemuka. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 28.10.2024 |
Log masuk bagi Khidmat Nasihat DBP hanya perlu memasukkan e-mel tanpa kata laluan. Ini mendedahkan kepada isu keselamatan terhadap pengguna awam yang pernah bertanya di portal ini. Dipohon pihak DBP perkemas log masuk yang memaparkan ID Pengguna (e-mel) dan kata laluan. Ini merupakan asas bagi modul pengguna. Jika seseorang itu mengetahui e-mel saya, mereka sesuka hati boleh akses papan pemuka saya. Dan mungkin menyamar sebagai saya untuk bertanya soalan yang tidak sepatutnya. Mohon ambil tindakan segera. | Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Terima kasih atas cadangan penambahbaikan sistem KNDBP. Pihak kami akan segera mengambil tindakan sewajarnya. | Lain-lain | 17.01.2024 |